Salam Pembuka Bicara

Isnin, 5 November 2012

Sekian lama jari-jari ini tidak menaip..

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di dalam blog ini..kesibukan dalam akademik dan menyumbang kerja Islam tidak mengizinkan untuk seketika bersama blog..

Syukur ke hadrat iIlahi masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.Sujud syukur keatas kenikmatan yang diberikan oleh Sang Pencipta udara yang boleh ana hembuskannya..

Kesibukan dalam akademik di kampus dengan berlalunya exam final dan seterusnya continue dalam sumbangan kerja2 dakwah yang sememangnya harus dipikul oleh makhluk yang berakal dan yang telah Allah SWT ciptakan untuk menjadi KHALIFAH di muka bumi ini..

Dan kita manusia harus memikul kewajipan ini menyebarkan dakwah-dakwah ISLAM di seluruh pelusuk dunia..tidak kira bangsa apa-apa pun..Kerana ISLAM itu telah dimulakan oleh Rasullah SAW dan kita sebagai umatnya wajib meneruskan kerja-kerja dakwah ini..Kita bukanlah penamat dakwah-dakwah ISLAM tetapi penyambung kerja-kerja dakwah Rasulullah SAW..

Tanggungjawab memikul amanah yang diberikan memang payah untuk dilaksanakan..Ujian dan ancaman adalah duri-duri yang kita harus rasakan  sepertimana yang pernah dirasai oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat sebelum Islam tersebar ditanah Melayu....Pelbagai ancaman dan dugaan yang diterima oleh Baginda bersama para sahabat yang diberikan dari kaum musyrikin Mekah..

Wahai sahabat semua..dapatkah kita rasai keperitan dan kesakitan yang selalu dirasai oleh Baginda?Kekasih Allah di baling najis ketika menunaikan solat, dihina dan dicaci malah dikatakan seorang yang gila tatkala Baginda menyeru para kaum Mekah memeluk Islam..Pernahkah kita rasai semua itu?

Wahai Pemuda dan Pemudi!
Usahlah kita bersekang mata melayan hiburan dan keseronokan hal-hal duniawi..Dunia hanya medan keseronokan manusia yang lalai dalam metaati perintah Allah..Leka dari segala kewajipan yang selayaknya kita lakukan kepada ALLAH yang menciptakan Langit dan Bumi..

Bangkit..Bangkit..Bangkit para Anak Muda..
Usah kalian terlena dibuai mimpi indah yang akan menghancurkan timbangan amal kebaikan yang asal usulnya kita adalah dari benih ADAM dan Hawa..yang diciptakan dari Syurga..Janganlah kita menempah neraka..Malulah pada diri sendiri..malulah pada musuh-musuh ISLAM,,,Mereka tertawa akan kita kerana kitalah yang menghancurkan Islam itu sendiri..

Akhir penulisan setakat ini ana mengharapkan anak muda Islam memimpin Umat Islam untuk kebangkita merebahkan kekejaman,kehancuran dan kekufuran yang mana pemerintahnya menzalimi agama Allah iaitu Islam..Allahuakhbar!


Mujahadah Srikandi..

2 ulasan:

  1. insya allah akak,,yakin dengan semua janji Tuhan

    BalasPadam
  2. insyallah dik..
    terima kasih sudi baca blog akak yg xseberapa nie

    BalasPadam