Salam Pembuka Bicara

Isnin, 26 November 2012

Di Semester Terakhir

Hari ini 26/11/2012 hari yang mana bermulanya kuliah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor..Setelah sebulan cuti semester..kini suasana belajar dirasai di kampus..Ini juga semester terakhir untuk ku..Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan ku...Insyallah..

Namun selalunya di minggu pertama kuliah..Pensyarah-pensyarah akan berta'aruf dengan pelajar-pelajar baru..dan kami pelajar lama akan diberi tugasan assagment dan sedikit pengenalan subjek yang kami akan pelajari...

Sedar tak sedar..3 tahun berlalu dengan cepat..tanpa kita sedari..Sedar-sedar diri ini telah semester terakhir..

Ya Allah...

Hari ini..kaki ini akan melangkah kemana-mana tempat yang perlu ku uruskan..Kaki ini akan melangkah ke pejabat fakuliti ku..iaitu Fakuliti Bahasa Dan Moden..Banyak yang perlu uruskan berkenaan dengan subjek-subjek yang perlu ditambah dalam senarai subjek yang perlu ku ambil untuk semester terakhir ini..

Masa Berlalu Pantas..

Bila di ingatkan kembali seketika dulu...mula-mula masuk ke semester yang pertama..macam-macam ragam...bila di ingatkan kembali..memang kelakar...Pelbagai kenangan manis dan pahit juga bila bersama sahabat kelas dan sahabat perjuangan...

Namun aku jadikan pertemuan dan perpisahan kami kerana Allah SWT..aku tidak mahu terlalu rindu pada mereka..kerana suatu hari nanti Allah akan temukan kami semula..Insyallah..semua itu ketentuan Allah SWT..
kita hanya manusia biasa yang kerdil di hadapan Allah..Allah SWT adalah sebaik-sebaik perancang..dan aku yakin segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz...Biiznillah..Aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan