Salam Pembuka Bicara

Selasa, 6 November 2012

Taman Syurga

 Assalammualaikum..Sebelum jari-jari ini menulis lebih panjang..Mohon pada sahabat semua yang membaca blog saya walaupun seketika..mohon pada sahabat..sedekahkan Al Fatihah wat sahabat saya,ibu beliau telah kembali ke rahmatullah..menghadap Allah SWT selamanya..
Alhamdulillah Allah masih memberi kita nikmat kesihatan,nikmat kebahagian kekeluargaan dan nikmat hidup..Sahabat tahu,diluar sana ada dikalangan kita Allah menguji tahap keimanan mereka dengan ditarik nikmat kesihatan,mereka diberi ujian sakit,berbagai penyakit Allah uji..Malah ada dikalangan mereka ditarik nikmat kebahagian kegembiraan dalam kekeluargaan mereka..Allahuakhbar..
justeru saya ingin mengajak sahabat semua mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kita..Bila kita diberi nikmat sihat..tak salah kan kalau kita sama-sama mengajak hati kita dan mentarbiyah hati kita rohani,fizikal dan mental kita dalam menghadiri majlis-majlis ilmu..bukan susah dan bukan mudah untuk dilakukan..susah?sebab hati kita telah dikawal oleh hasutan syaitan seperti Firman Allah dalam surah An Nas ayat 5 yang bermaksud:
"  Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. "
Namun bukan sahaja syaitan yang menghasut manusia tetapi dikalangan manusia itu juga..Sepertimana didalam surah An Nas juga :
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. "  (Ayat :6)
Ayuh..jangan biarkan hati kita terus dikawal oleh syaitan dan manusia yang bertopengkan syaitan..Hadirlah kemana-mana majlis ilmu yang sedang berlangsung..
Thabat(teguh)  hati kita untuk memperbaiki diri kita..jangan mudah menerima pujuk rayu syaitan..

Senang?jika kita inginkan perubahan pada diri kita..jaga hubungan dengan Allah agar diri kita dirahmati dan dilindungi dari segala kejahilan masa silam kita..Adakah sebab kejahilan diri kita..kita malu untuk menghadiri majlis-majlis ilmu..Sahabat semua..Tuntutlah Ilmu sampai negara china manapun..sehingga nafas kita yang terakhir.
Ada hadith berkaitan menghadiri majlis-majlis ilmu:
Nabi SAW bersabda: Jika kamu lalu dekat Taman-Taman Syurga maka singgah (dan sertailah mereka).

Sahabat bertanya: Apakah itu Taman-Taman Syurga wahai Rasullah.

Nabi SAW menjawab: Itu adalah kuliah-kuliah agama atau majlis ilmu.
 Ayuh sahabat tidak kira golongan muda,tua sekalipun ajal makin menjemput sahabat..hadirlah ke taman-taman syurga..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan