Salam Pembuka Bicara

Ahad, 19 Ogos 2012

Hari Kemenangan Umat Islam


Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin..
Tidak lupa pada saudara Islam ku di negara lain..setiap dugaan yang Allah SWT berikan bukanlah semata-mata untuk ujian tetapi ingatlah..ujian itu untuk menguji kesabaran kamu..Allah SWT sangat sayang pada hambaNya yang sentiasa sabar..kerana kesabaran itu adalah peningkatan keimanan dihati mu..

Selasa, 7 Ogos 2012

Satu taklifan..^_^

Alhmadulillah sedar tak sedar..masa berlalu dengan sangat pantas..Ramadhan sudah pun hampir ke puncaknya..bagaimana dengan amalaan-amalan kita?Al Quran sudah juzuk ke berapa..

Dan sedar tak sedar juga..tiba-tiba aku teringat akan nasib kanak-kanak yang dilanda musibah..mampukah mereka untuk meneruskan perjuangan untuk hidup tanpa keadaan yang selesa..Adakah ramadhan ini tak bermakna buat mereka?adakah kegembiraan sambutan hari raya nanti akan mengalir air mata kerinduan bagi yang telah kehilangan keluarga tercinta mereka..Allah..

"Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan orang mukmin,maka mereka bukan dari golongan orang mukmin"
(Riwayat Baihaqi)

Namun kadang-kadang aku terfikir..mampukah aku menjadi khalifah yang telah diamanahkan oleh Allah SWT?

Baru-baru ini aku ditaklifkan pimpinan untuk anak negeri.. sukar untuk mempercayai dan menerima tanggungjawab ini..entah bagaimana aku harus menghadapinya...layakkah aku?

Namun aku serahkan segalanya kepada Allah..Insayallah dengan sedaya upaya aku menerima tanggungjawab ini...