Salam Pembuka Bicara

Isnin, 17 Disember 2012

"Cakap tak serupa bikin"

Salam..
Di saat ini ku keletihan dek kerana tugasan seorang pelajar..Tinggal beberapa bulan sahaja lagi aku akan menamatkan pengajian ku..Semoga ini adalah semester terakhir..Kini sudah sebulan lebih dalam semester ini aku menghabiskan dengan tugasan tesis ku..Terasa kepenatan tetapi itu bukanlah menghalang untuk mencapai kejayaan..bak kata pepatah.."Susah dahulu senang kemudian ".

Tugasan bukan hanya sebagai seorang pelajar di kampus..aku bukanlah pelajar-pelajar lain yang "aktif" menghabiskan masa di bilik atau kaki jalan sahaja..tetapi aku aktif di dalam program-program dakwah..aku perlu teliti dan berdisplin dengan jadual yang telah aturkan..Bila dalam berorganisasi setiap kali program dakwah giat di jalankan..aku akan menghadapi masalah hati..iaitu pasti akan ada perselisihan faham antara sahabat-sahabat yang lain terutamanya kaum Adam..

Aku paling benggang sekali dengan kaum Adam tatkala segelinter mereka cakap dan hujah hebat siap keluar dalil ayat Al Quran dan Hadith tetapi tiada tindakan..Erm macam mana ye?pelik ye orang sekarang..namun aku tahu manusia tetap ada kesilapan..tetapi perlulah di ingatkan jika kita berhujah bagai tetapi tiada tindakan yang kita lakukan...Contohnya mudah..Berkenaan amanah yang perlu di lakukan..keluar lah ayat Al Quran tapi amanah tersebut tidak di lakukan..gerak kerja lambat..macam mana tu?

Aku cakap bukan nak mengatakan yang aku ini hebat dalam gerak kerja dakwah atau berkenaan amanah yang di pikul tetapi sekurang-kurangnya rasalah bertanggungjawab sikit terhadap amal Islam..Aku pun rasa kurangan dalam gerak kerja..namun aku tak berani mengeluarkan hujah-hujah yang hebat dan mantap tetapi tak nak melakukan gerak kerja Islam..Jangan cakap tak serupa bikin!

Khamis, 6 Disember 2012

Allah adalah sebaik-sebaik Perancang

Assalammualaikum..

Jam menunjukkan 1.25 pagi tanggal 6/12/2012

Semalam..diri ini mengharapkan sesuatu perkara yang gembira kepada diri ku...
Tetapi......................

Allah SWT jualah sebaik-baik perancang dalam kehidupan semua hamba-hambaNya..
Dan kita hanya merancang apa yang kita selalu impikan dan angankan..
Namun bukan kerja kita untuk kita tentukan rancangan kita..
Kerana
kita ada Allah yang menjadikan rancangan itu dan Allah Maha Mengetahui segalanya apa yang terbaik untuk hambaNya..
Dan jika Allah menguji kita dengan dugaan dan musibah..bukan kerana Allah tidak sayang pada kita..tetapi Allah nak uji kesabaran kita..Sesungguhnya Allah sangat sayang pada hambaNya yang menghadapi cabaran dalam kehidupan dengan sabar dan itulah orang yang beriman kepada Tuhan..

Ya Allah jadikanlah aku golongan hamba yang sabar dalam menghadapi dugaan dari Mu..
Amin

Lagi beberapa bulan umur ku akan mencecah ke 21 tahun...
apa perancangan aku selepas aku menamatkan pelajaran aku peringkat diploma...
kini aku banyak merancang untuk masa depan ku..
namun
aku hanya merancang dan Allah yang tentukan..
dan aku yakin bahawa Allah dah tentukan hala tuju ku yang terbaik masa depan ku...

Ya Allah..
tetapkanlah aku di jalan redhai Mu
Tetapkanlah aku di landasan iman Mu
Tetapkanlah aku di jalan kebenaran..

AMIN YA Rabbal Alamin

Ahad, 2 Disember 2012

ukhuwah Itu...

Assalammualaikum..
Buat para pembaca blog semua..
satu persoalan bila bersahabat?

                                              "UKHUWAH"

Semua orang bijak berkata kata tentang ukhuwah tetapi tidak bijak melakukannya..Ye memang mudah ber ukhuwah tetapi susah untuk menjaga ukhuwah itu..

Kenapa??

Seribu persoalan?sejuta pertanyaan?

Bagaimana untuk bertemu dengan sahabat yang sejati?
Bagaimana nak mencarinya?
Dimana untuk mencarinya?
Siapakah "sahabat" yang kita cari?
Untuk apa dicari sahabat?

Semakin banyak persoalan semakin runsing untuk menemui jawapannya..

Sekarang memang ana runsing tentang sahabat..ana memang paham setiap manusia ada ragamnya sendiri..
Namun
Mungkin juga ana belum kenal diri ana sebenarnya..
Atau
Ana memilih sahabat?
Tidak..ana tak pernah memilih sahabat..
Ana tidak pernah mengambil berat siapa sebenarnya sahabat ana..
walaupun sahabat itu buruk rupanya..
atau
keturunannya sendiri..
kerana semua manusia sama sahaja..
sama-sama kerdil di hadapan Allah...
siapa kita untuk memilih dalam bersahabat..
Rasulullah SAW tidak pernah memilih dalam bersahabat..

Bila memikirkan bersahabat..
hati selalu berkata"Pilih sahabat yang memimpin kita ke Nikmat Syurga"
Allahuakhbar!
Ana jahil..siapa ana..
Ana tidak layak..
ana selalu menyakiti sahabat ana sendiri..
Ana selalu bersangka buruk pada sahabat ana sendiri..
Ya Allah...

Ana tak takut ana memakan daging saudara ana sendiri...
Ana takut ana akan membuka aib ana saudara sendiri..

Layakah ana ada sahabat
Bila ramai sahabat..
sahabat-sahabat ana akan mengadu masalah pada ana berkaitan dengan sahabat mereka..
Siapa ana nak menasihatkan tentang ukhuwah..

AstagfirullahalAzim

Kadang-kadang ana perlu menjadi seorang kakak untuk tegas jika adik-adik bergaduh sesama sahabat
Kadang-Kadang ana perlu menjadi adik jika ada kakak-kakak ada selisih faham dengan sahabat mereka sendiri..
Kadang-kadang ana perlu menjadi sahabat jika ada sahabat bergaduh dengan sahabat sekelas mereka..
Jadi siapa yang akan membantu ana jika ana menghadapi masalah jika ana ada persilisahan faham dengan sahabat sekelas sendiri?
Allah SWT...
ana mengadu padaNya
ana mendapat kekuatan dariNya
ana mendapat kesabaran dari janjinya di Kitab SuciNya..
kerana ana tahu ana kadang-kadang lemah semangat..
lemah..tiada kekuatan..tiada suara sahabat berkata"semangat!kuat!you can doing!"
Nothing anyone...
Sebesar mana ana menghadapi masalah dalam ukhuwah..ana perlu tempuhi juga..
kerana jika ana tergelincir di landasan aqidah ana..
ana akan sukar bangkit..ana sukar untuk berdiri dengan sebaik mungkin..

#Ini bukan mengadu tetapi meluahkan apa yang berlaku pada ana sendiri..Wallahualam..