Salam Pembuka Bicara

Khamis, 6 Disember 2012

Allah adalah sebaik-sebaik Perancang

Assalammualaikum..

Jam menunjukkan 1.25 pagi tanggal 6/12/2012

Semalam..diri ini mengharapkan sesuatu perkara yang gembira kepada diri ku...
Tetapi......................

Allah SWT jualah sebaik-baik perancang dalam kehidupan semua hamba-hambaNya..
Dan kita hanya merancang apa yang kita selalu impikan dan angankan..
Namun bukan kerja kita untuk kita tentukan rancangan kita..
Kerana
kita ada Allah yang menjadikan rancangan itu dan Allah Maha Mengetahui segalanya apa yang terbaik untuk hambaNya..
Dan jika Allah menguji kita dengan dugaan dan musibah..bukan kerana Allah tidak sayang pada kita..tetapi Allah nak uji kesabaran kita..Sesungguhnya Allah sangat sayang pada hambaNya yang menghadapi cabaran dalam kehidupan dengan sabar dan itulah orang yang beriman kepada Tuhan..

Ya Allah jadikanlah aku golongan hamba yang sabar dalam menghadapi dugaan dari Mu..
Amin

Lagi beberapa bulan umur ku akan mencecah ke 21 tahun...
apa perancangan aku selepas aku menamatkan pelajaran aku peringkat diploma...
kini aku banyak merancang untuk masa depan ku..
namun
aku hanya merancang dan Allah yang tentukan..
dan aku yakin bahawa Allah dah tentukan hala tuju ku yang terbaik masa depan ku...

Ya Allah..
tetapkanlah aku di jalan redhai Mu
Tetapkanlah aku di landasan iman Mu
Tetapkanlah aku di jalan kebenaran..

AMIN YA Rabbal Alamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan