Salam Pembuka Bicara

Ahad, 1 Disember 2013

Biar Berubah Kerana Allah SWT..

Assalammualaikum..

Sejak akhir-akhir ini diri ini selalu ditanya oleh sahabat-sahabat..Bukan ditanya pasal bila nak nikah tetapi ditanya "boleh tak lemah lembut sikit?" Opss soalan ini memang sangat-sangat sensitiv sikit..pasal apa nampak ganas sangat ker?

Sedih la juga bila ditanya soalan macam tu..rupanya ada maksud tersirat tentang persoalan itu..maksud tersirat itu adalah "kalau nak cari "bakal isteri" mesti cari yang lemah lembut.. aduh!

Dulu ada sahabat lelaki bertanyakan pada diri ini "ana pilih muslimat tu sebab ana suka cara dia yang lemah lembut dan sopan santun" tetapi kenapa eh bercerita tentang "muslimat tu" pada diri ini.. nampak macam memerli jer..Sabar je la hati ini..

Jika diri ini mahu berubah kepada seorang muslimah yang lemah lembut sopan santun insyaAllah ana akan berubah kerana Allah namun diri ini mahu bersahabat dengan orang yang menerima seadanya kelemahan diri ini..dan kepada bakal "calon" (zauj) jika kita nak cari cinta sejati..terimalah kelemahan dan kekeurangan pada pasangan..sejujurnya kelemahan ini tidak melanggar syariat pun..ianya kelemahan pada sifat diri..dan "ganas" itu bukanlah seganasnya tingkah laku atau perwatakan..cuma "ganas" yang tidak menakutkan orang lain..

Kadang-kadang sedih juga bila sahabat-sahabat yang hampir kepada baitulmuslim..jodoh Allah itu ada yang cepat dan ada yang lambat..dan aku yakin 'dia' menerima seadanya aku..dan aku menerima seadanya 'dia'

moga Allah hapuskan kekecewaan ini dan insyaAllah janji Allah itu pasti..Allah suka pada orang yang sabar..


Ahad, 24 November 2013

Allah kita Punya

Assalammualaikum..

Manusia sering tertipu dengan kehiudpan mehnah dunia yang fana..sedarkah kita dunia ini tidak kekal selamanya..ada yang mengetahui dan ada yang tidak ambil peduli atas "petanda" dari Allah SWT..Allahurabbi..

Di dunia ini tidak ada milik kita yang kekal selamanya..keluarga,isteri,suami,anak,harta,pangkat,dan kekayaan yang dimilki sekarang tidak dapat membantu membawa kita ke syurga..yang hanyalah adalah amalan kita,solat kita,doa dari anak yg soleh/solehah..

Manusia itu sedar dan mengetahui tetapi mereka dikhayalkan dengan kenikmatan dunia..

Berapa banyak pemimpin negra kita yang kaya raya dengan harta dunia yang sanggup tinggal di rumah kayu tiada sofa berkilau,tiada hamba abdi,tiada driver kereta,dan tiada ipad ?

Berapa ramai ketua-ketua menteri sanggup menjadi nelayan berada di tengah lautan berpanaskan matahari terik seakan panasnya api neraka yang membakar diri..

Berapa ramai Dato' YB Tan Sri dan seangkatannya yang sanggup memakai pakaian tidak berjenama..sanggupkah memakai hanya berbaju lusuh dan berkain pelikat untuk berjalan bersama keluarga?

Berapa ramai ketua kampung yang sanggup menahan mata tidak tidur pada waktunya keluar melihat situasi kampungnya sendiri?melihat anak-anak yatim tidur beralaskan simen yg kesejukan dan berbantalkan kedua-dua tangan..

<Fikir-fikirkanlah..Tepuk dada tanya Iman..lihat kiri lihat kanan yang mana amalan ku paling berat masa kini>

Sabtu, 23 November 2013

English Camp

Thankfuly to Allah..Having done School Holiday English Camp programme..3 days 2 tonight in Pasti As Solihin Merlimau Malacca..
This programme to improve our childrens english language..

Outdoor activities in Malacca Zoo and Crocodile Park..

Amal Teens Challenge

Alhamdulillah selesai sudah program 'Amal Teens Challenge' bersama sahabat perjuangan..


Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berkayak,flying fox,iklan spontan dan ward games..







Program ini berlangsung pada 16-17 Nov 2013 di Taman Botanikal,Ayer Keroh Melaka..Alhamdulillah kami mendapat respon yang baik dari adik-adik dan ibu bapa..semoga program ini dapat manfaatkan adik-adik ketika cuti sekolah ini..
Kami kakak-kakak dan abang-abang mengucapkan jutaan terima kasih kpd adik-adik kerana berjaya melibatkan diri dalam program ini..


Jumaat, 11 Oktober 2013

Tenangkan Hati ini

Assalammualaikum buat penulis 'blog'..setiap orang ada seni yg tersendiri menulis blogger mereka masing-masing..Hidup ini berbagai-bagai liku jalan yang kita perlu jalani dan hadapinya..Dalam kehidupan seharian kita..pelbagai perasaan yang kita laluinya seperti suka,marah,gembira,bahagia,seronok,sengsara,kecewa,lemah semangat dan berbagai lain kerenah diri kita sendiri..
Pernahkah terfikir bagaimana perasaan itu wujud dalam hati kita..
Adakala perasaan itu secara tiba muncul tanpa kita sedari..dan adakala juga ia dilakukan oleh orang disekeliling kita..
Perasaan negatif seperti putus asa,sedih,marah,kecewa,muram,cemburu,iri hati dan lain-lain sangat tidak baik untuk manusia..perasaan positif seperti gembira,suka,seronok,sabar,kuat semangat,tabah,dan lain-lain perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian kita..

Sesungguhnya bukan perkara ini,tujuan untuk menulis kisah ini tetapi perasan keadaan sekarang yg aku hadapi..negatif namun aku cuba jua untuk mempositifkan diri ini untuk tidak bersikap lemah sbgai seorang mukmin..kerana ciri seorang mukmin itu adalah tidak berasa lemah pd diri sendiri dan tidak mudah berputus asa..mohon doa kalian untuk mendoakan saya agar selalu positifkan diri sendiri..kerana saya hanyalah manusia biasa dan tidak terlepas melakukan kesalahan..
#Duhai Sang Pencipta Malam.. Tenangkan jiwa ku yg resah gelisah ini..#

Jumaat, 27 September 2013

Al Fatihah untuk Pejuang Gerakan Haraki Islam

Ustaz Azizan Abdul Razak adalah sebuah nama besar dalam gerakan Islam di Malaysia, malah turut dikenali di kalangan pimpinan gerakan Islam di luar negara. Seorang yang hidup secara sederhana, suka bergurau tetapi sangat tegas dalam membuat keputusan. Sifat-sifat yang ada pada beliau, menjadikan setiap mesyuarat yang beliau hadiri menjadi hidup dan begitu bermakna. Dalam mana-mana mesyuarat yang beliau hadiri, beliau antara yang kerap memberi pandangan dan komentar. Pernah ketika aku menghadiri satu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, aku bertanya kepada Setiausaha Politik beliau, Saudara Muhammad Sanusi Md Nor, "Apa khabar Ustaz Azizan?". Kata Sanusi: "Kalau dia banyak cakap dalam mesyuarat tu, tandanya dia sihat".

Ketegasan beliau ini di bawa ke mana-mana sama ada semasa beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di UKM sehinggalah terlibat secara sepenuh masa dengan PAS. Aku pernah mendapat pengkhabaran, beliau pernah menempelak Dr Yusof al-Qaradawi sewaktu sama-sama hadir mewakili PAS dalam persidangan gerakan Islam sedunia. Beliau menempelak Dr al-Qaradawi disebabkan beliau pernah menyebut PAS sebagai musta`jilun (golongan yang tergesa-gesa) dalam persoalan melaksanakan hukum hudud. Aku diberitahu, Ustaz Azizan bertanya Dr al-Qaradawi, adakah beliau benar-benar faqih dengan realiti Malaysia?, dan kalau beliau tidak faqih sepatutnya bertanyalah kepada PAS, bukannya ke datang Malaysia terus berjumpa dengan golongan sekular di dalam UMNO.

Aku mula mengenali Ustaz Azizan hampir 20 tahun yang lalu, ketika itu beliau dalam tahun-tahun terakhir berkhidmat di UKM. Ketika itu aku bertemu dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan jemputan memberi pengisian ilmu kepada anak-anak muda yang bakal bertamrin. Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak dapat memenuhi jemputan, lalu beliau mencadangkan nama Ustaz Azizan. Ketika itulah aku mula mengenali nama Ustaz Azizan, salah seorang ulama yang mula berkecimpung sepenuh masa dengan PAS. Selepas bergraduasi, aku menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, dan Ustaz Azizan adalah salah seorang anggotanya. Di kesempatan itulah aku semakin mengenali Ustaz Azizan dengan sifat-sifat yang dinyatakan sebelum ini.

Dalam mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri bersama, Ustaz Azizan adalah kuat mempertahankan pandangannya, malah beliau begitu tegas dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Beliau sering mengingatkan supaya 'ikut buku' ataupun sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat. Sebagai contoh katanya, "sekiranya enta berniaga, enta jangan sesuka hati beri anak enta barangan yang diniaga (seperti gula-gula dan lain-lain). Kalau mereka ambil, minta mereka bayar atau enta sendiri keluarkan duit enta untuk membayarnya". Ketegasan Ustaz Azizan itu, menyebabkan kadang-kadang berlaku ketegangan dalam mesyuarat, tetapi selepas selesai mesyuarat, Ustaz Azizan akan kembali ramah seperti biasa.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan sifat-sifat Ustaz Azizan ini, pasti mereka akan terkedu pada permulaannya, tetapi setelah mengenali beliau barulah kita akan memahami tingkahlakunya. Demikianlah sifat-sifat Ustaz Azizan dalam berkecimpung sepenuh masa dengan PAS, sehingga beliau menjadi salah seorang pimpinan PAS yang sangat kritis dalam memberi pandangan dan membuat keputusan. Ustaz Azizan terlibat dengan organisasi PAS di peringkat tertinggi, iaitu Majlis Syura Ulama sehinggalah ke peringkat akar umbi kawasan dan cawangan. Beliau mula menjadi tulang belakang utama PAS di Kedah selepas pemergian Ustaz Fadzil Mohd Nor. Selepas kemenangan PAS di Kedah dalam PRU 2008, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Sewaktu menjadi Menteri Besar Kedah, beliau menunjukkan kesederhanaan sebagaimana Mursyidul Am PAS yang menjawat jawatan Menteri Besar di Kelantan. Ustaz Azizan tidak mengambil elaun-elaun selaku pengerusi beberapa syarikat berkepentingan kerajaan negeri (GLC), malah memotong elaun Menteri Besarnya untuk diinfaqkan bagi kegunaan rakyat dan parti. Beliau tidak mendiami rumah rasmi MB, sebaliknya terus hidup di tengah-tengah rakyat bawahan di rumah yang serba sederhana. Cara beliau berpakaian juga sangat sederhana, dengan membeli pakaian-pakaian yang berharga murah sepertimana rakyat kebanyakan. Banyak sekali catatan mereka yang bersama-sama dengan Ustaz Azizan, melihat sendiri kesederhanaan beliau dalam kehidupan sehari-hari.

Ramai yang tidak menyedari bahawa Ustaz Azizan berpendidikan tinggi disebabkan kehidupannya yang seperti orang kampung. Ketika beliau mula menjawat jawatan Menteri Besar, ramai juga yang menyangka beliau berkelulusan sekolah pondok, bekas guru sekolah rendah dan lain-lain sangkaan. Bila diberitahu Ustaz Azizan adalah bekas pensyarah UKM dan berkelulusan sarjana dari University of Kent, United Kingdom, ramai juga yang terkejut. Beliau menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris disebabkan pengalamannya hidup beberapa tahun di Mesir dan United Kingdom. Pengkhususan Ustaz Azizan adalah Shari`ah dan Perundangan Islam, di samping beliau mahir dalam Usul al-Fiqh. Dengan latar belakang tersebut, Ustaz Azizan sering menjadi kepercayaan Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk menyemak buku-buku yang ditulisnya sebelum diterbitkan.

Ketika aku menziarahi bekas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Jais Anwar, di rumahnya di London sekitar tahun 2008, aku diberitahu bahawa Ustaz Azizan adalah salah seorang rakan karibnya. Ketika berbual tersebut, Dr Mahfuzd Mohamad yang ada bersama dalam rombongan itu menyatakan, bahawa selepas tamat pengajian di Universiti Azhar Mesir, mereka seramai empat orang mengambil keputusan tidak mahu kembali ke Malaysia. Sebaliknya mereka merancang untuk menyambung pengajian di United Kingdom. Keempat-empat sahabat itu ialah Ustaz Jais Anwar, Ustaz Azizan Abdul Razak, Dr Mahfuzd Mohamad dan seorang lagi bekas pensyarah UKM yang aku lupa namanya. Mereka berkelana ke UK dengan tiada sebarang biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

Mereka memulakan kehidupan mereka di UK dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah membasuh pinggan, menjadi buruh kasar keretapi, berniaga sate dan lain-lain. Bila mereka mempunyai kewangan, barulah mereka menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana. Tiga orang dari mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD, dan kembali ke Malaysia menjadi pensyarah di UKM dan UM. Manakala Ustaz Jais Anwar terus menentap di UK sehinggalah beliau meninggal dunia di sana. Aku diberitahu oleh Ustaz Jais dan Dr Mahfuzd, pengalaman mereka di sana menyebabkan mereka tidak begitu bergantung kepada orang lain dan
Ustaz Azizan telah dijemput oleh Allah pada hari semalam 26 September 2013, meninggalkan jasanya yang begitu besar kepada anak bangsa yang pernah menuntut di UKM dan UIA, dan lebih utama lagi jasanya kepada masyarakat Kedah termasuk legasinya yang cemerlang dalam melaksanakan pentadbiran yang berhemah dan telus. Sudah barang pasti, jasanya kepada perjuangan Islam melalui PAS juga cukup cemerlang, sehingga beliau berjaya mengemudi PAS Kedah untuk menawan negeri Kedah dalam PRU yang ke 12. Semoga ALlah memayungi Ustaz Azizan dengan rahmatNya dan mengampunkan dosa-dosanya, agar ia ditempatkan bersama-sama dengan para anbiya', siddiqin, shuhada' dan salihin. Semua kita akan pasti melalui detik itu, yang berbeza ialah sama ada kita akan mati dalam perjuangan meninggikan kalimah Allah atau tidak. berani untuk menyatakan pendirian masing-masing. Ustaz Jais Anwar yang merupakan menantu Dato Asri Muda, juga meninggal dunia dalam keadaan hatinya terus komit bersama dengan PAS.





"Dalam persaraan Islam ini tidak ada persaraan..Pejuangan akan tetap diteruskan sehingga satu masa yang Allah kehendaki untuk kita berhenti.tetapi kita sebagai amilin yg berjuang,hendaklah berazam untuk teruskan perjuangan"












Orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir untuk Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak..




Sungguh sayu dan sedih mendengar berita pemergian Almarhum Ustaz Azizan..Ramai mengunjungi almarhum disaat akhir pertemuan..orang ramai membanjiri tempat pengembumian..Al Fatihah dan takziah buat keluarga Almarhum..




Awan redup mendung sepanjang perjalanan jenazah Almarhum ke tanah pengembumian..Seperti apa yg berlaku kejadian Almarhum Ustaz Fadzil Noor..Janji Allah itu PASTI..



Suasana sepi menangisi pemergian almarhum..inilah penghormatan terakhir untuk pejuang Islam ini..Sampai ke luar orang ramai menunaikan solat jenazah..#Semoga aku juga pergi menghadap Illahi seperti pejuang ini..sama-sama kita istiqamah dalam gerakan haraki Islam ini..#





Jumaat, 30 Ogos 2013

Temukan kami dalam Sujud Cinta Mu

Assalammualaikum..
Rindunya pada blog nie..Last aku tulis blog nie 6 Jun 2013..Cepatnya masa berlalu..Dan tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri,Maaf Zahir Batin..
Kini aku berkhidmat kepada bonda tersayang di kampung..Maklumla cuti setahun belajar..InsyAllah tahun depan aku sambung belajar..

Sejak aku tidak lagi berada di kolej (kuis), aku selalu berdoa kepada Allah SWT mohon supaya Allah SWT sentiasa menjaga si dia untuk aku..(calon baitulmuslim) tapi jangan lah fikir yg bukan2..si dia hanyalah calon..
Aku yakin setiap kali aku datang ke kuis, aku tak akan berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat-sahabat dalam majlis ilmu dan program ukhuwah..Mungkin Allah SWT tidak mahu aku bertentangan mata dan Allah tahu aku tak mampu nak melwan panahan mata syaitan..Namun aku tetapkan sabarkan hati ini untuk menunggu hari yang bersejarah itu..Bila? biarlah Allah SWT sahaja yang tahu..kerana jodoh itu rahsia Allah..aku hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah..aku tidak mahu terpengaruh dengan anasir-anasir couple yg khusuk bercinta tanpa hubungan yg sah...kerana aku yakin Allah pasti akan temukan jodoh yg terbaik..InsyAllah amin..

InsyAllah dalam masa yang terdekat aku akan mohon keje untuk menjadi cikgu..nak simpan duit untuk aku sambung degree nanti..sekurangnya aku bayar yuran dengan duit aku sendiri..aku dah berumur 21 dan aku nak berdikari untuk masa depan aku..aku tak nak menyusahkan family aku..
<doakan aku jadi anak yg solehah>

"Yakinlah kepada Allah SWT..Janji Allah itu pasti.."


Khamis, 6 Jun 2013

Aku Tunggu Dia

Assalammualaikum..
Apa perasaan bila kita menunggu seseorang yang belum pasti milik kita tetapi kita yakin dia akan menjadi milik kita suatu hari nanti.. Allahurabbi.. kita hanya merancang tetapi Allah lah jua sebaik-baik Perancang.. Di usia 21 tahun bukanlah dalam perancangan untuk bina baitulmuslim..tetapi aku ingin meneruskan pencarian ilmu di hamparan muka bumi Allah tidak kira di utara selatan barat timur tenggara dunia pun.. jika bijak mengatur langkah menjaga iman dan membawa nama Islam pasti diri tidak mudah tersungkur ke lembah kemungkaran.. dalam istikharah lagi dimana aku mahu ingin sambung belajar.. adakah di Kuin atau di ukm atau di unisza.. Ya Allah tunjukklah perjalanan menuntut ilmu untuk ku yg terbaik.. buat masa menunggu pilihan untuk sambung belajar.. aku masih menunggu interview dari Jaim untuk mengajar sekolah petang.. Baitulmuslim ku.. huhuhu alhamdulillah sejujurnya aku dan dia belum bersedia untuk memikul tanggjwb untuk membina keluarga.. buat masa ini aku dan dia sama -sama untuk memikul tanggjwb sebagai anak.. aku anak bongsu.. dia anak sulung lelaki ..dia perlu uruskan bisnees keluarga.. dan aku perlu menjaga bonda kerana aku sudah pun baru habis menamatkan pengajian ku peringkat diploma.. pada masa yg sama tinggal la bersama kakak aku untuk menjaga bonda.. sementara tu bila dpt keje.. boleh simpan duit sikit untuk aku sambung belajar nanti.. InsyAllah..sepanjang menunggu dia mencapai impian dia aku nak menjaga ikhtilat aku dan dia.. semoga aku menjaga hati dan ikhtilat kami sepanjang penantian ini.. aku terima dan redha jika dia bukan untuk ku.. namun aku mohon dia diciptakan untuk aku.. aku memilih dia bukan untuk aku.. tetapi kerana zuriat kami.. kami mahu didik zuriat kami menjadi pendokong Agama  Islam.. InsyAllah..

Sabtu, 25 Mei 2013

Masih Istikharah

Erm sejauh mana penantian terhadap 'BaitulMuslim' yang sudah merisik khabar?InsyAllah jika rezeki dan Jodoh,Allah akan temukan dan memudahkan urusan 'BaitulMuslim' aku..Tetapi ....

Jodoh tu dari Allah tetapi kita perlu berusaha untuk mencari 'si dia'..aku masih istikharah lagi memohon Allah bagi petunjuk kepada aku..

Semoga dipermudahkan urusan..Amin..

Selasa, 21 Mei 2013

Cinta Allah vs Cinta Manusia

                               "Cinta kepada Bunga..Cinta akan Layu..
                                Cinta kepada Manusia..Manusia itu akan pergi..
                                Cinta kepada Allah..Cinta itu akan sejati dan Suci"


Cinta?Apa itu cinta?Siapa yang berhak kita berikan cinta itu?

Cinta itu satu perasaan yang tidak dapat kita tolak dari perasaan kita sendiri..Allah ciptakan perasaan cinta itu untuk kita menikmati bahagia dalam kehidupan..Tetapi kadang-kadang ada insan yang telah menyalahgunakan "cinta" untuk manusia yang tidak berhak mendapatkannya..Perasaan cinta itu sangat indah..Lagi indah bila cinta itu di dambakan kepada yang selayaknya.."Cinta kepada Allah SWT..Ia kekal selamanya"

Ada juga insan yang mengatakan bahawa "Cinta itu Buta"..Cinta itu Buta apabila cinta itu di salah ertikan dan di salah tafsir..Untuk remaja cinta itu dikatakan "cinta monyet"..Cinta remaja bak kata orang tua..darah muda..Ramai remaja masa kini telah hanyut arus oleh buaian cinta yang di bisikkan dan godaan syaitan dan akhirnya terlanjur kesan keinginan nafsu yang tiada pendiding iman..Sehingga di dada media akhbar tersebar berita anak luar di lahirkan..ada juga anak luar nikah itu di buang pelbagai tempat seperti di longkang,di tong sampah sehingga di jinjing anjing dan di makan kulit bayi comel itu oleh si tikus yang kelaparan..beginilah bila tidak dapat mengawal nafsu..    "cintailah Allah barulah Allah memberi cinta yang sejati kepada kita"

 "Maka Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami, 'sesiapa antara kamu berkemampuan untuk berkahwin, maka kahwinlah, sebab berkahwin itu dapat menyekat pandangan mata dan menjaga kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak berkuasa maka hendaklah dia berpuasa, sebab puasa itu melemahkan keinginan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Nak mendapat cinta dari Allah? kita hendaklah mendapat cinta dari Allah dahulu barulah kita akan mendapat cinta yang kita ingin..Bagaimana?beribadatlah dengan hati yang ikhlas kepada Allah..Memohon kepada Allah agar di beri jodoh yang beriman dan soleh/solehah..sementara Allah menghantar jodoh untuk kita..kita perlu mempersiapkan diri kita dengan beribadat kepada Allah..menjaga hubungan sesama manusia..Allah akan temukan jodoh untuk kita apabila kita dah bersedia..lalu Allah akan temukan si dia setelah kita berusaha..jodoh tidak datang dengan sendiri tanpa usaha kita..setelah kita berusaha dan bertemu dengan si dia..istikharah dengan pilihan kita..semoga Allah memberi kita petunjuk yang baik..


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, menyebut "Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda, 'Wanita itu dikahwini kerana empat perkara sebab hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Hendaklah engkau mendapatkan yang kuat agamanya, nescaya selamatlah kedua tanganmu."

Sabtu, 18 Mei 2013

Setelah Sekian Lama

Assalammualaikum..

Setelah sekian lama aku tidak menggerakkan jemari untuk menulis blog ini..Hampir 4 bulan telah berlalu begitu pantas..namun Alhamdulillah masih kekal untuk menulis di blog..

Sedar tak sedar kini usia aku sudah genap 21 tahun..Tanggal 11 Mei 2013 umur ku sudah bertambah..Saban tahun umur kita semakin kepada kematian.."Semoga Allah mengambil ajal ku dalam keadaan baik dan dalam keadaan istiqamah dengan harakki Islam... Amin".

Alhamdulillah kini aku sudah tamatkan pengajian aku dalam jurusan diploma..Kini aku sedang menunggu permohonan sebagai seorang pengajar Jaim dan interview ku bulan 6 nanti.."Semoga Allah permudahkan urusan ku dan semua saudara Islam ku...Amin"

Alhamdulillah sementara menunggu interview dari Jaim aku menghabiskan masa dengan menyelesaikan lesen L yang telah aku tunda beberapa bulan yang lalu..Alhamdulillah hari jumaat lepas aku telah mulakan kelas dengan memandu kereta dan menunggang motorsikal..dah selesai habis kelas..cikgu driving tu benarkan aku bawa kereta untuk balik rumah..Best pengalaman tu..mana tak ye..first time bawa kereta kat atas jalan raya..Alhamdulillah ok la aku bawa tak ada mati enjin..cuma xpandai nak kawal pembawakan kereta..

Lupa nak cerita..Opsss..Time my bufdy hari tu..ada someone yang wish awal..dialah orang yang pertama wish..tak sangka pulak..Ingatkan someone nie dah lupa bufdy aku..dia wish pukul 12.03 pagi pada 11 mei..siapa someone tu?Erm dia adalah kawan yang special yang telah kami kawan selama hampir 6 tahun..begitu lama kami berkawan..

Fitrah manusia cinta mencintai dan ingin hidup berpasangan...siapa yang tidak mahu membina baitulmuslim right?..Alhamdulillah di usia muda ku ini aku mula untuk mengenal cinta..namun aku utamakan cintaku kepada Sang Pencipta hati cinta ini..Allah..DIA lah yang mencipta perasaan cinta suka sedih bahagia..Justeru aku cuba mengintai-intai "dia" untuk diri ku...Pada yang sama aku istikharah kepada Sang Pencipta siang dan malam..aku memohon dan mengadu tentang jodoh ku..aku akui aku hanyalah manusia yang lemah..aku juga sedaya upaya ku memperbaiki diri ku dan memperbaiki hubungan aku dengan Allah..aku mahu menjadi ibu yang solehah kepada zuriat-zuriat ku..aku mereka membesar dengan didikan agama..jika aku tidak tahu tentang ilmu agama..aku bakal musnahkan masa depan anak-anakku dengan mereka hidup dengan suasana jahil..Nauzubillah..Namun aku akui bukan mudah proses baitulmuslim ini..Permulaan baitulmuslim telah bermula..Proses merisik khabar baru dirisikan kepada si dia..Ye..aku yang melamar si dia..Perempuan yang merisik lelaki..Tidak salahkan?Ia bukan perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah si lelaki atau pihak perempuan..Tetapi itu lagi muliakan..Seperti mana Siti Khadijah melamar Baginda Rsulullah SAW..kerana Siti Khadijah yakin bahawa baginda adalah seorang yang jujur dan amanah..dan sebab itu juga aku melamar si dia..aku yakin bahawa Allah telah tetapkan aku untuk dia..si dia bukan orang yang sama dengan si someone tu..tapi si dia adalah orang lain..perkenalan aku dengan si dia adalah ketika mana aku dan dia bekerjasama dalam persatuan di kampus..etapi ketika itu aku belum bersedia memilih dia kerana perkenalan itu terlalu awal...walaupun umur kami sebaya tetapi dia masih belum menamatkan pengajiannya kerana dia daftar masuk sesi ke dua manakala aku adalah sesi pertama...Setelah seminggu aku selesai peperiksaan akhir ku..aku mula merisik dengan menggunakan orang tengah..Alhamdulillah mula-mula tu tak yakin dengan apa yang aku lakukan..namun aku masih istkharah kepada Allah untuk di beri kekuataan..Alhamdulillah..sepanjang perkenalan kami..aku tak pernah berkenalan lebih-lebih untuk mengenali si dia..aku tidak mahu menjadi seperti pasangan yang lain berkenalan dan berdating sebelum di ijabkabul..aku tidak mahu hubungan tidak halal itu tidak mendapat redha dan berkat dari Allah..Kini aku berserah kepada orang tengah untuk menguruskan baitumuslim ku..selebihnya aku berserah kepada Allah..jika dia menolak ku..aku redha..kerana aku yakin Allah nak bagi yang lebih baik untuk ku..jika dia menerima..Alhamdulillah sujud syukur ke hadrat Illahi..

Namun..Allah sentiasa membolak balik kan hati kita kan?muncul seorang muslimin yang lama juga aku kenali..perkenalan itu Allah sudah takdirkan untuk berkenalan..namun aku cuba untuk mengelak untuk rapat dengan dia..kerana aku ingin menjaga maruah ku sebagai seorang muslimah..aku tidak mahu terjerat dengan perangkap godaan syaitan.."Semoga Allah menjaga hati ku dan menjauhi ke arah perzinaan dan maksiat..Amin"

akhir kalam..setakat ini sahaja untuk malam ini..
"Fitrah manusia berkasih sayang..jagalah kasih sayang itu dan berikan kepada insan yang selayaknya..bukan kepada insan yang tidak berhak diberikan.."

Rabu, 16 Januari 2013

16/1/2013

HARI INI AKU BERASA AMAT SENANG HATI..ALHAMDULILLAH..ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN HAMBA MU INI..

SEMEMANGNYA DIRI INI TIDAK MAMPU..SEMUA KEKUATAAN ADALAH DARINYA..SANG PENCIPTA LANGIT DAN BUMI..YANG MEMPUNYAI 99 NAMA..ALLAHUAKHBAR..

BERSYUKURLAH KITA SEBAGAI HAMBANYA..
ALLAH ITU TIDAK PERNAH MUNGKIR JANJINYA KEPADA HAMBA-HAMBANYA..
MAKA TAATLAH DAN PATUH SETIAP ARAHANNYA..
SIAPA KITA UNTUK MELAWAN KEKUASAANNYA DI ATAS MUKA BUMI INI..
KITA MANUSIA KERDIL DI HADAPANNYA..
SUBHANALLAH..MAHA SUCI..

*diriku..insan yang lemah*