Salam Pembuka Bicara

Ahad, 31 Julai 2011

Bulan Ramadhan kembali tiba

Assalammualaikum..kepada semua umat islam  di mana sahaja kalian berada..sedar tak sedar..ramadhan kembali menghampiri kita..Ahlan Wasalan kepada Ramadhan..Kita jangan sangka bahawa bulan ramadhan adalah bulan yang hanya berpuasa sahaja..Bulan Ramadhan juga ada keistimewaan juga dan pelbagai peristiwa yang terjadi khususnya kepada umat islam..Bualan puasa dikatakan bulan yang dimana Al Quran diturunkan dan berlakunya malam lailatul qadar..Bulan puasa juga boleh dikatakan bulan meenguji ketaqwaan kita kepada Allah SWT melalui Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183 hingga 184 yang bermaksud "Wahai orang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa,sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang sebelum kamu,mudah-mudahan kamu beroleh takwa,iaitu berpuasa pada hari-hari yang ditentukan(yakni pada bulan ramadhan)"..Bulan ramadhan dimuliakan dengan penurunan al Quran yang mana ia adalah antara rahsia Allah..Namun apa yang kita faham bahawa pada bulan ramadhan umat islam menahan dari makan dan minum serta menahan melakukan perkara yang mungkar dari terbit fajar hingga lah terbenam matahari..Disitulah Allah ingin menguji hambanya yang bertaqwa..Justeru,jangan kita tinggalkan ramadhan dengan begitu sahaja tanpa di isi dengan kelekaan hidup di dunia kita sahaja..Inilah saat yang kita nantikan hanya setahun sekali kita dapat mengisi dan memperbaiki amalan kita yang selama ini mungkin dosa lebih hebat dari pahala..Berubah!berubah!dan berubah la..hanya Allah yang layak disembah..Himpunkanlah amalan baik kita yang akan kita timbanglkan sendiri di akhirat kelak..Semoga ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi..Insyallah kita sama2 perbaiki diri kita..

Sabtu, 23 Julai 2011

ALAM-AL AZHAR MEMBERS

ALAM @ DIKENALI SEBAGAI AL AZHAR MEMBERS ADALAH PERSATUAN YANG KUAT DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.,ALAM ADALAH DI BAWAH MASJID KUIS YANG DI KETUAI NAZIR IAITU USTAZ FARID RAVI,PENSYARAH INSTITUT KAJIAN HADIS(INHAD) DAN PENCERAMAH BEBAS..WUJUDNYA ALAM INI ADALAH UNTUK MENARIK MAHASISWA DAN MAHASISWI UNTUK BERJEMAAH DI MASJID DAN MENJADI MASJID ADALAH TEMPAT UNTUK SEMUA URUSAN SEPERTI SYURA,TAZKIRAH,TEMPAT BELAJAR,MENUNTUT ILMU KITAB2 LAMA DAN LAIN2..INI UNTUK MENAMPAKKAN BAHAWA MAHASISIWA DAN MAHASISIWI ISLAM HARUS MENJADI MEMIMPIN DAN MEMIMPIN UMMAH AKAN KINI DAN SELAMANYA SEPERTI MOTO ALAM PADA SESI INI ADALAH" MAHASISWA ISLAM MEMPIN UMMAH".PELBAGAI AKTIVITI2 YANG ALAM SEDIAKAN UNTUK MAHASISIWA DAN MAHASISWI ISLAM DI KUIS UNTUK MENDEKATKAN DIRI DAN HATI MEREKA DENGAN KUIS SEPERTI RIADAH,MIMBAR MASJID,USRAH SINAR ROHANI,IFTAR ISNIN KHAMIS SECARA IJMAIE,DAN LAIN2..SETIAP MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DI AMANAHKAN OLEH NAZIR KUIS..ALAM TERDIRI DARI EXCO IMARAH&MASJID,EXCO EKONOMI,EXCO PENERBITAN&PENERANGAN,EXCO SUKAN&KESENIAN DAN EXCO TARBIYAH&DAKWAH..

Isnin, 4 Julai 2011

ANDAI ADA PEMIMPIN BEGINI-ILUVISLAM

Saya mendengar kuliah maghrib selepas tamat solat maghrib di sebuah masjid semalam. Tajuk kuliah yang disampaikan ialah antara "10 Golongan Yang Dijamin Masuk ke Neraka". Ketika penceramah menghuraikan isi kedua beliau: 'Raja dan pemerintah yang zalim', beliau menceritakan kisah sewaktu beliau masih belajar di Universiti Ain As-Syams, Mesir. Beliau belajar Bahasa Arab daripada pengajarnya, seorang Dekan Fakulti di Universiti Kaherah, Mesir. Pensyarahnya itu merupakan seorang pensyarah lepasan Ph.D. Kelas Bahasa Arab tersebut bermula dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang.
Tempoh 2 jam itu cukup lama bagi sesebuah kelas untuk berlangsung tetapi hakikatnya Hakikatnya, beliau hanya diajar oleh pensyarah tersebut selama 15 minit sahaja. Menurut beliau, para pelajar hanya diarahkan  menyebut dan menulis sepotong ayat berulang-ulang sebanyak 15 kali. Selepas tamat 15 minit, pensyarah tersebut berjalan ke belakang kelas dan mula menyusun meja.
Kemudian?
Kemudian pensyarah tersebut tertidur di atas meja yang disusun tersbut selama 1 jam 45 minit.
Penceramah tersebut telah berguru dengan pensyarah itu selama 6 bulan. Menjelang bulan ke-6, penceramah memberanikan diri untuk bertanya kepada gurunya:
"Wahai guruku, mengapakah kamu hanya mengajar kami 15 minit? Sedangkan masa yang diperuntukan adalah 2 jam."
"Saya minta maaf, wahai anak muridku. Saya sebenarnya sangat letih. Kehidupan saya sungguh sibuk," jawab pensyarah tersebut dengan nada keletihan.
"Apakah maksudmu, wahai guruku?" Soal penceramah tersebut dengan penuh sopan.
"Saya menguruskan pentadbiran di Universiti Kaherah daripada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Gajinya sebanyak 300 Genih Mesir: RM 330 sebulan. Kemudian saya berkhidmat pula, di Universiti Al-Azhar, daripada jam 1.00 hingga 4.00 petang. Gajinya juga sama seperti tadi. Kemudian, di sini di Universiti Ain As-Syams, saya berkhidmat daripada jam 5.00 hingga 7.00 petang. Gajinya 150 Genih Mesir= RM 165. Saya sangat penat. Maka, izinkan saya untuk berehat,"
"Adakah tuan menggunakan kereta?" Penceramah itu menyoal pensyarah tersebut lagi.
"Tidak. Saya cuma menaiki bas.Saya tidak mampu membeli kereta dengan gaji sebanyak ini. Hanya cukup untuk menyara keluarga saya," jawab pensyarah itu jujur dan tenang.
"Adakah tidak mengalir air mata kita apabila mendengar kisah ini? Inilah yang dikatakan zalim apabila pemimpin hidup dalam keadaan kaya raya dan berkuasa, rakyat dibiarkan hidup miskin dan papa kedana. Inilah yang terjadi ketika Mesir dibawah pucuk pimpinan Hosni Mubarak. Dia menyimpan kekayaan negara, sementara rakyat Mesir masih bergelumang di lembah kepapaan," ujar penceramah tersebut lagi.
Kisah benar ini harus dijadikan pengajaran. Semoga Allah melindungi kita daripada orang-orang yang zalim.

ANDAI RASULULLAH DI HADAPAN MU

ASSALAMMUALAIKUM..
Dalam diam dan sedar..kita sudah pun masuk bulan syaban..tidak lama lagi bulan ramadhan yang penuh barakah pula..Pernahkah kita terfikir amal jariah yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita..Pernah kita terfikir ketika kita lena dibuai arus duniawi dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak,melakukan perkara yang mungkar dan perkara yng terkutuk oleh Allah SWT..andaikan anda sedang melakukan perkara maksiat itu..sedangkan Rasulullah melihat apa yang anda sedang lakukan..bagaimana perasaan beliau..bagaimana reaksi beliau..dan apa yang akan dilafazkan oleh beliau..tidak mungkin beliau tidak mengatakan.."INIKAH UMATKU??"

Bagaimana pula tatkala kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab mendidik anak2 kita tentang apa itu ISLAM..namun kita mengajar mereka bagaimana untuk mengejar kemewahan,kekayaan dan darjat..apakah perasaan Rasulullah ketika berada di situ..adakah beliau akan berkata"IKUTLAH AJARAN KU BERPANDUKAN KITAB ALLAH DAN SUNNAH KU"

Bagaimana pula ketika seorang pencuri memasuki rumah untuk mencuri..bagaimana hancur perasaan hati seorang Nabi yang sentiasa memikirkan umatnya tidak kira siang dan malam..beliau akan mengatakan.."JANGAN SESEKALI MENGAMBIL HAK SAUDARA ISLAM SENDIRI TANPA IZIN SAUDARANYA"

Bagaimana seorang sepasang kekasih melakukan zina..dan Rasulullah melihat akan perkara jijik itu..menangis Rasullah akannya..dan tidak malukah akan akan mereka melakukan di hadapan seorang NABI yang sudah dijamin syurga yang tertinggi untuknya..Kata olehnya.."JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA"

Banyak sekali untuk saya menceritakan keadaan manusia di akhir zaman..dan setiap perkara yang mungkar andai disaksikan oleh Rasullah secara realitinya..apakah perasaan beliau..NAMUN..RASULULLAH sudah tiada..namun ada masih lagi yang meneruskan warisan RASULLAH SAW..jika tiada sudah lama dunia ini musnah.. AUZUBILLAHMINZALIK....