Salam Pembuka Bicara

Ahad, 31 Julai 2011

Bulan Ramadhan kembali tiba

Assalammualaikum..kepada semua umat islam  di mana sahaja kalian berada..sedar tak sedar..ramadhan kembali menghampiri kita..Ahlan Wasalan kepada Ramadhan..Kita jangan sangka bahawa bulan ramadhan adalah bulan yang hanya berpuasa sahaja..Bulan Ramadhan juga ada keistimewaan juga dan pelbagai peristiwa yang terjadi khususnya kepada umat islam..Bualan puasa dikatakan bulan yang dimana Al Quran diturunkan dan berlakunya malam lailatul qadar..Bulan puasa juga boleh dikatakan bulan meenguji ketaqwaan kita kepada Allah SWT melalui Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183 hingga 184 yang bermaksud "Wahai orang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa,sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang sebelum kamu,mudah-mudahan kamu beroleh takwa,iaitu berpuasa pada hari-hari yang ditentukan(yakni pada bulan ramadhan)"..Bulan ramadhan dimuliakan dengan penurunan al Quran yang mana ia adalah antara rahsia Allah..Namun apa yang kita faham bahawa pada bulan ramadhan umat islam menahan dari makan dan minum serta menahan melakukan perkara yang mungkar dari terbit fajar hingga lah terbenam matahari..Disitulah Allah ingin menguji hambanya yang bertaqwa..Justeru,jangan kita tinggalkan ramadhan dengan begitu sahaja tanpa di isi dengan kelekaan hidup di dunia kita sahaja..Inilah saat yang kita nantikan hanya setahun sekali kita dapat mengisi dan memperbaiki amalan kita yang selama ini mungkin dosa lebih hebat dari pahala..Berubah!berubah!dan berubah la..hanya Allah yang layak disembah..Himpunkanlah amalan baik kita yang akan kita timbanglkan sendiri di akhirat kelak..Semoga ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi..Insyallah kita sama2 perbaiki diri kita..

2 ulasan: