Salam Pembuka Bicara

Khamis, 26 April 2012

Masyarakat Melayu Terlalu Mengikut Adat Dalam Perkahwinan

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati kekuasaan Kami"
( Surah Az Zariyat: 36)
"Nikah adalah sebahagian daripada sunnahku.Siapa yang tidak suka kepada sunnahku,dia tidak termasuk dalam golongan ku"
(Hadith Bukhari)
"Tidak ada jalan lain pada dua orang yang saling mencintai selain berkahwin"
(Hadith Ibnu Majah)


"Kita ta'aruf dulu yer..Maaflah kalau saya bawa adik perempuan saya..untuk teman kita..tak akan la kita berdua jer..Ok lah Bismillahirahmanirrahim..nama saya Danial Haikal..saya masih belajar kat Universiti..Insyallah tahun terakhir..dalam jurusan Ijazah Teknologi Maklumat..saya asal dari Selangor..Umur saya 24 tahun..Saya adik beradik ada 7 orang dan saya anak yang ke 2..tapi saya anak sulung lelaki..Saya suka suasana sporting..tapi dalam bab kerja saya serius..erm apa lagi yer.." Huh! ta'aruf depan bakal isteri pun kene cool...relax..
"Insyallah..tapi sebelum tu saya kenal adik saya juga..saya kene bawa peneman juga..saya ingat awak datang sorang tadi..baguslah macam tu..ok la..saya Siti Zinirah..saya asal melaka..alhamdulillah saya baru habis tamat pengajian saya dalam diploma IT..sekarang nie saya bekerja bawah syarikat grafik islam kat melaka..saya adik beradik 7 orang juga dan anak bongsu..Jenis saya bila masa gurau..saya gurau..bila keje saya wat betul-betul la..sama macam awak..tapi saya lebih suka wat keje santai tapi serius.." Ya Allah nasib baik tak tergagap nak cakap..
"Erm nampaknya kita serasi la..hehehe..ok la seterusnya saya dah cakap dengan mak ayah saya..dan insyallah mereka setuju dengan keputusan saya..jadi macam mana dengan awak?"
"Keluarga saya mula-mula memang ada yang setuju..lebih-lebih lagi kakak sulung saya..dan saya pun berbincang baik-baik dengan mereka..terangkan kepada mereka..Alhamdulillah..akhirnya mereka setuju.."
"Alhamdulillah..baguslah kalau macam tu..insyallah Allah mudahkan segala urusan kita..Ok la..saya cadangkan lepas kita berjumpa nie..keluarga saya akan datang jumpa dengan keluarga awak..bukan meminang tau..saya nak kita terus kahwin..boleh save bajet terus..lagi pun..dalam perkahwinan..pertunangan tu berkenalan kan..kita dah pun berkenalan..yang selebihnya selepas kita kahwin la..just keluarga saya datang nak bincang persiapan kahwin dan tarikh..dan kalau boleh saya nak jemput saudara mara awak dan kenalan rapat awak..cukuplah mereka yang tahu..bukan saya kata awak tak ada duit..saya nak buat ringkas yang boleh sahaja..tapi saya cadangkan jer tau..kalo pihak awak terpulang..saya cadangkan jer..tapi pihak saya..insyallah..saya wat ringkas sahaja.."
"Erm saya terfikir macam tu juga..saya terima cadangan awak..bila awak nak bawa keluarga awak jumpa keluarga saya?"
"Insyallah minggu depan hari sabtu..saya bawa keluarga terdekat jer..awak pun tak payah nak wat makan apa-apa pun..biasa-biasa jer..keluarga saya ok jer.."
"Insyallah saya nanti saya bagi tau mak saya.."
"Erm saya nak tanya sesuatu boleh?"
"Erm ye apa dia?"
"Dari tadi awak cakap tentang mak awak jer..ayah awak?"
"Subhanallah! saya lupa nak cakap..ayah saya dah lama meninggal..waktu tu umur saya baru 15 tahun.."
"Owh tak apa..tapi nanti awak guna wali abang awak kan?"
"insyallah.."
"ok la..rasanya tu sahaja nak bincang kan?ke ada lagi?"
"Nak tanya tentang hantaran?"
"Owh hantaran..lupa pulak..hantaran saya rasa tak payah..cuma saya bagi awak hadiah..sebenarnya saya dah lama simpan hadiah untu bakal isteri saya..ke awak nak gune untuk hantaran ? saya ada buku,tudung labuh,telekung..dan saya nak tanya awak guna minyak wangi apa..nanti ingat nak beli dan letak sebagai hadiah juga.."
"Erm saya pun ada beli hadiah..dah lama juga..kain pelekat,jubah putih,kopiah,buku agama,sejadah..erm rasanya boleh juga la letak sebagai hantaran..just hantaran waktu kahwin..saya guna minyak wangi melor..tapi susah sikit nak jumpa..awak kene beli kat kedai yang islam jual buku2 agama..erm tak apalah..macam nie..saya cadangkan kita keluar dengan keluarga kita..beli barang untuk perkahwinan nanti..macam mana?"
"bagus juga tu..nanti saya datang melaka la untuk beli barang-barang semua tu.."
"ok la..ada lagi tak? saya rasa dah xada lagi nak bincang.."
"erm tu jer rasanya..tanda saya gune gelang tau..boleh?"
"erm tak kisah..gelang pun boleh.."
"alhamdulillah.."
"erm ok la..apa-apa nanti saya emel awak yer"
"ok..terima kasih yer datang.."
"sama-sama"
"ok la kami gerak dulu..Assalammualaikum"
"Waalaikumusslam...."
Si dia berlalu pergi..selesai sudah ta'ruf kami.."Alhmdulillah lega abang..dik.."
"Cantik la bakal kakak ipar adik..putih..comel..erm sejuk hati adik bila pandang muka dia..adik suka dia.." erkk adik aku nie puji lebih la pulak..aku tak kata apa-apa lagi..tapi memang betul..Allah temukan aku dengan wanita muslimat yang selama ini aku idamkan..alhmdulillah..
"dah tak payah nak cakap banyak abang tau adik nak makan..dah jom abang belanja.."

Di dalam kereta..wanita mulimat tersenyum..bersyukur ke hadrat Illahi..Allah temukan imam yang ku harapkan..dapat membimbingkan aku..insyallah..terima kasih ya Allah..

Ya Allah..walaupun pertama kali kenal dia..Engkau telah lama mengenali dia..Engkau tahu apa yang terbaik untuk aku..Aku mohon berkekalan la kami hingga akhirnya..amin..

La Tahzan


 “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
(surah Al Ankabut: 2-3)



"Mengapa wahai sahabatku?aku lihat sejak akhir-akhir ini..wajahmu suram dan murung sahaja..apakah kamu mempunyai masalah?ceritalah pada aku..mungkin aku boleh membantu..Jangan kamu pendam dalam hati kamu..nanti hati kamu yang merana..lalu kamu akan jatuh sakit..adakah kami tidak sayang dengan diri kamu sendiri..Allah SWT melarang hambaNya membinasakan diri sendiri..Ayuh cerita sama aku.."
"Bukan aku tidak mahu menceritakan masalah aku..tapi aku takut..aku takut pada diri sendiri..Aku belum bersedia lagi mahu menceritakan semua ini pada kamu..aku harap kamu faham.."
"Erm kalau macam tu tak apalah..tapi dengarlah nasihat aku..sebanyak mana pun masalah..sukar mana dugaan yang Allah SWT berikan kepada kita..itulah tanda sayang Dia pada kita..kerana Dia nak lihat tahap kesabaran kamu..kamu kuat atau tidak bila Pencipta kita uji kita..sudahkah kita rasa cukup bertaqwa sebagai mahluk di dunia ini..Sudah la tu jangan bersedih lagi..Mohon padaNya agar kamu diberi kekuatan..mengadulah padaNya kerana hanya Dia yang tahu segala isi hati kamu..Jom kita ke masjid..Dah nak masuk zohor..Sesudah itu kamu boleh tenangkan jiwa kamu..Ambil lah masa banyak mana kamu inginkan..tiada siapa yang akan melarang kamu..Masjid Rumah Allah..Disitulah kamu akan tenang..Insyallah Allah akan bagi petunjuk dan penyelesaian dalam masalah kamu.."
"Insyallah..terima kasih..semoga Allah merahmati kamu dan sentiasa dalam pelihara Nya..Kamulah perantaraan Allah dalam membantu sahabat di dunia ini.."
"Kita sama-sama khalifah di bumi Allah..sama-samalah kita bantu sahabat dalam kesusahan.."
"aku sayang kamu kerana Allah SWT"
"Aku juga begitu"

Rabu, 25 April 2012

Kenapa Wanita Suka Menangis?

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?
JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang  yang ia sayangi
Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:

1) Pemerintah yang adil
2) Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
3)  Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
4)  Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan
    berpisah kerana Allah
5) Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut
     kepada Allah”
6)  Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah
     yang diberikan oleh tangan kanannya
7)  Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.


(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Selasa, 17 April 2012

Rezeki Allah itu Dimana-mana

Ya Allah
Rezeki Mu itu dimana-mana sahaja..
Kau hamparkan di siang hari..
Ada yang rezekinya sedikit tapi tetap bersyukur..
Kerana 
Ia Adalah Halal..
Ada yang rezekinya sedikit juga 
Tapi..
Hasilnya dari yang haram..

Ya Allah
Ada Manusia mencari rezeki untuk infak fi sabilillah..
Golongan ini adalah sentiasa mengharapkan ganjaran syurga Mu.,.
Namun
Ada juga Manusia mencari rezeki untuk Dunia
Mereka merasa dunia ini adalah sementara untuknya..

Ya Allah..
Jauhkanlah rezeki yang aku dapat..
rezeki yang haram..
yang boleh merosakkan badan iman ku..
Serta keturunan ku..

Hubungan Allah SWT dengan HambaNya

Ya Allah..
Biarlah aku dihina di mata manusia di dunia ini
Jangan aku Dihina di Hadapan Mu Ya Allah..

Ya Rahman..
Biarlah aku tidak mendapat cinta dari Manusia Di dunia ini..
Jangan aku tidak Mendapat Cinta Dari Mu..

Ya Rahim..
Berilah aku perantaraan manusia agar aku bersamanya mengabdikan diri kepada Mu
Jangan berikan perantaraan untuk menghanyutkan aku di dunia..

Ya Malik..
Segalanya pada diri ku hanyalah untuk Mu..
Jangan Kau sisihkan diriku dari Rahmat Mu..

Ya Qudus..
Ku Pohon makrifat dari Mu..
Jangan Kau Tinggalkan aku sendirian..

Ya Fatah..
Aku memohon pada Mu..
Aku tak Mahu sendirian..
Aku tahu..
Kewujudan Mu sentiasa ada disisi HambaNya..
Hapuskanlah Kesedihan Ku..
Hilangkanlah keresahan di jiwa Ku..

Hanya Pada Mu Ku Sujud

Ujian Allah SWT..

Kadang-kadang Hidup Nie Memang Ada Susah Dan Senang..
Tapi..
Itu Semua Dugaan Dari Allah SWT..
Adakalanya HambaNya tempuh Dugaan itu Dengan Mudah..
Adakalanya Dengan sukar..
Namun disitulah Allah SWT menguji HambaNya..
Untuk Menguji Tahap Keimanan HambaNya..

WALLAHUALAM