Salam Pembuka Bicara

Isnin, 14 Mei 2012

Design Kad Kahwin

Salam Mahabbah..syukur diberi peluang untuk bernafas..cuti yang agak kurang best..dan aku xtau nak wat apa..oleh itu..aku wat kad kahwin..saja-saja jer nak cuba hasil kan sendiri..mana tau aku nie ada bakat dalam design-design kad ker kan?so nie lah hasilnya yang tak berapa lawa


Haaa macam mana?memang tak lawa kan..huhu..baru nak cuba-cuba jadi design nie..huhu..







Huhuhu..erm kalo ok..insyallah nanti nak wat bisnees sendiri..kedai kad kahwin..hohohoho..ala..mana la tau..

Khamis, 3 Mei 2012

BerSih 3.0

Assalammualaikum!

    Alhamdulillah..bersyukur kerana Allah SWT masih diberi kesempatan untuk melihat bumi yang Indah..

Sabtu 27 April..Tarikh yang ditunggu-tungu..
Malam itu,mata tidak mahu lena..mungkin resah untuk menanti hari esoknya..berdebar-debar rasanya hati ini..hanya Allah SWT yang tahu..
Hampir 4.30 pagi..belum juga merehatkan badan..
Jam 5.30 pagi..Alhamdulillah lena sekejap pun tak apa..rasa berat lagi mata nie..
Jam menunjukkan tepat 6.30 pagi..usai sahaja solat subuh dan bacaan Al Mathurat..Rasa hati ini makin resah..namun tetap kuatkan hati.sentiasa doa dalam hati ini..
7.30 pagi..Bertolak ke Masjid Negara..setiap langkah hati ini terus selawat dan mohon pada Allah SWT..
Jam 9 pagi..sampai sahaja di Masjid Negara..hairan dengan anggota polis..tiada menahan @ check..
Namun terus melangkah berjalan..Bersama-sama kumpulan orang tua..tak kisahlah..nak rasa selamat sikit..=)
Alhamdulillah jam 9.30 pagi ..berhenti di Masjid Negara..suasana belum hangat lagi..belum ramai lagi membanjiri dihadapan Masjid Negara..
Jam 11 pagi..Nampaknya ramai sudah berkumpul di hadapan Masjid Negara..ada juga yang sudah siap sedia..suara-suara rakyat juga telah didengari..banner telah di bentangkan untuk dilihat..






Jam 12 tghari orang ramai berehat sebentar di dalam Masjid Negara..rehatkan badan untuk mengisi kekuatan selepas solat zohor..
Jam 1.45ptg..Orang ramai berpusu-pusu keluar dari Masjid Negara untuk berkumpul..Terus sahaja berarak..Dah tak tahu pukul berapa..tiada masa untuk melihat jam..Terus jer berhimpun..namun kami terpaksa undur mengikut jalan yang lain..kerana di hadapan asap pemedih mata dah dilepaskan oleh pihak polis..
Berhenti di tengah-tengah jalan..mendengar ucapan..kiraan 15minit ke atas berhenti..tiba-tiba..asap pemedih mata terkena pada kami..orang ramai berkeliaran berlari menuju tempat yang selamat..
Mulut tidak henti selawat dan mohon pada Allah SWT..
Tangan meraba garam untuk dikemam dan air untuk basuh mata..Allahuakhbar!..
Terharu air mineral diberi orang bukan non muslim..
Kaki ini terus melangkah..mata ini masih pedih lagi..
kelihatan orang awam terus berjalan untuk menyambung balik untuk berhimpun..
dan aku terus untuk ke Lrt untuk ke KL sentral..
Di Lrt kami ditahan oleh pihak polis..dikatakan Lrt tutup..
Rupa-rupanya..ermm dia tak nak bagi kami masuk nek Lrt..
Diri nie dah terlalu letih namun doa mengharapkan Allah SWT masih memberikan kekuatan..
Kami terus menuju ke Lrt juga..pagar untuk memasuki Lrt dibuka..
orang awam mengetahui penipuan itu marah..ada juga yang mengambil gambar polis tersebut..bukan orang melayu yang tangkap gambar polis 2..tapi non muslim..
Kami terus beratur untuk beli tiket ke KL sentral..
Sepanjang dalam train..masih ada orang ramai terus berhimpun..
Sampai sahaja di Masjid Jamek..orang ramai membanjiri di Masjid Jamek..
Dan kami terpaksa untuk pulang awal..
Alhamdulillah kami selamat sampai di KL sentral..
Walaupun penat tak hilang lagi..namun aku bersyukur kerana dapat merasai suasana..
Kini dah 6 hari Bersih 3.0 telah berlalu..namun kehangatan isu masih terasa..
Isu yang paling hangat tentang polis upahan penyokong bersih..