Salam Pembuka Bicara

Isnin, 26 November 2012

Di Semester Terakhir

Hari ini 26/11/2012 hari yang mana bermulanya kuliah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor..Setelah sebulan cuti semester..kini suasana belajar dirasai di kampus..Ini juga semester terakhir untuk ku..Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan ku...Insyallah..

Namun selalunya di minggu pertama kuliah..Pensyarah-pensyarah akan berta'aruf dengan pelajar-pelajar baru..dan kami pelajar lama akan diberi tugasan assagment dan sedikit pengenalan subjek yang kami akan pelajari...

Sedar tak sedar..3 tahun berlalu dengan cepat..tanpa kita sedari..Sedar-sedar diri ini telah semester terakhir..

Ya Allah...

Hari ini..kaki ini akan melangkah kemana-mana tempat yang perlu ku uruskan..Kaki ini akan melangkah ke pejabat fakuliti ku..iaitu Fakuliti Bahasa Dan Moden..Banyak yang perlu uruskan berkenaan dengan subjek-subjek yang perlu ditambah dalam senarai subjek yang perlu ku ambil untuk semester terakhir ini..

Masa Berlalu Pantas..

Bila di ingatkan kembali seketika dulu...mula-mula masuk ke semester yang pertama..macam-macam ragam...bila di ingatkan kembali..memang kelakar...Pelbagai kenangan manis dan pahit juga bila bersama sahabat kelas dan sahabat perjuangan...

Namun aku jadikan pertemuan dan perpisahan kami kerana Allah SWT..aku tidak mahu terlalu rindu pada mereka..kerana suatu hari nanti Allah akan temukan kami semula..Insyallah..semua itu ketentuan Allah SWT..
kita hanya manusia biasa yang kerdil di hadapan Allah..Allah SWT adalah sebaik-sebaik perancang..dan aku yakin segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz...Biiznillah..Aminn

Jumaat, 23 November 2012

Sunyi..rindu di zaman sekolah Menengah



Cukup untuk aku mengatakan..ana sunyi..aku rindukan sahabat-sahabat di zaman sekolah menengah..
Indahnya kenangan tatkala bersama mereka..keriangan tidak terkata..

Ya Allah..dapatkah aku rasai keindahan sebegitu lagi..

Suasana berada di kampus membuatkan aku keseorangan..
dan aku rindu..amat rindu pada suasana sekolah menengah..
namun apakan daya..fitrah manusia merindui perkara yang berlalu..aku akui dan aku perlu meneruskan perjalan hidupku..dan suatu hari nanti aku akan menempuhi alam pekerjaan dan alam perkahwinan..dan aku bukan peramal nasib apa yang akan berlaku pada diri ku..dan aku bukan tuhan untuk menentukan ketentuan takdir qada' dan qadar untuk ku..kerana aku hanyalah manusia biasa..manusia yang kerdil..manusia yng sering melakukan kesilapan di atas muka bumi..

Hati ini kini kian terhimpit kesunyian..terlalu sunyi..mengapa perasaan itu selalu wujud..dan mengapa perasaan itu akan membuatkan aku menangis..menangis..dan menangis...

namun ku pujuk hati..dan berkata "aku perlu kuat..kuat..kuat..dan aku yakin aku boleh lakukannya"
semoga ada hikmah ke atas apa yang berlaku..dan aku yakin Allah SWT telah tentukan pengakhiran hidup ku..dengan satu kebahagian..adakah di alam perkahwinan?itulah yang ku harapkan..
Insyallah..Amin..

10.40 malam
23/11/2012

Bila Mana Kita di Uji 2

Hari ke Hari..Minggu ke Minggu..Bulan ke Bulan..
Masa pantas berlalu pergi..jika tidak di isi dengan perkara yang betul..Rugilah bagi siapa yang membazirkannya...

Semester bertambah semester..Alhamdulillah kini Nisha telah tahun kedua di kolejnya..Masa yang ada dia bijak mengatur jadual masanya..kesibukan bertambah sibuk..kadang-kadang dia patah semangat dalam perjuangan dia..tiada sahabat disisi yang menghiburkan hatinya..kedukaan dan kesedihan mnyelebungi sisi hidupnya..namun dia cuba untuk menyembuyikan kedukaan dihatinya,.,Allah SWT tempat dia mengadu kesedihannya..kerana Allah jua mengujinya..Setiap kali mengenangkan apa yang berlaku dalam hidupnya..dia akan menangis..dan menangis..terus menangis..dan dia jua menggembirakan hatinya sendiri..

Kini Nisha sibuk dalam kerja-kerja dakwah..namun identiti sebagai seorang pelajar IPT tidak melupakan dia dan dia telah bersiap sedia dalam menghadapi hari-hari bakal tiba..dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu yang mendidik jiwanya membantu dia kuat dalam jalan-jalan dakwah..Siapa yang akan lakukan perjuangan yang diwarisi Rasulullah SAW kalau bukan umat Rasulullah SAW sendiri..Para Pejuang bukan penamat berjuang tetapi penyambung warisan Anbiya..

Siapa kata bila berjalan di medan dakwah..akan tempuhi dengan mudah?
Siapa kata bila berjalan di medan dakwah..orang disekeliling akan menerima dengan mudah dakwah kita?
siapa kata bila berjalan di medan dakwah..kita dan dipuji dakwah kita?
siapa kata bila berjalan di medan dakwah..kita akan senang lenang?
siapa kata bila berjalan di medan dakwah..kita akan tidur di tilam yang empuk?
siapa kata bila berjalan di medan dakwah..kita akan makan yang enak dan sedap?

Tidak..Nisha rasa dia tidak layak mendapat kesenangan sebagai seorang pejuang..Rasulullah SAW ketika menyebarkan dakwahnya tidak pernah mendapat layanan yang baik dari kaum Quraish..Malah dihina dan di caci oleh kaum kerabatnya..Malahan di baling najis unta kepadanya ketika menunaikan solat..Jadi Nisha tidak layak medapat kesenangan..Dan dia juga perlu kuat menempuhi kehidupan yang berliku ini..dia perlu kuat..kuat dan terus kuat,..Rasulullah SAW tidak pernah rasa jemu dan patah semangat untuk meneruskan dakwahnya..Para Sahabat juga begitu..sentiasa berkorban melindungi dan meneruskan perjuangan walaupun ketitisan darah..

Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar

Memang benar..bila kita berdawah..bukan mudah untuk mad'u kita meneriman dakwah kita..yang sukar itulah kekuatan kita..

Selasa, 13 November 2012

Bila mana kita diuji

Ini adalah cerita rekaan semata-mata..Cerita seorang yang sentiasa dirinya didalam golongan orang jihad dijalan Allah..Jihad yang macam mana?jihad yang sentiasa ingin mendekati saudaranya sendiri..berdakwah tidak kira masa dan tempat..kemana sahaja kaki itu melangkah itulah tempat dia bermusafir..Berkelana adalah hobi dia..merantau mengikut gerak hati imannya..disitulah dia melihat berbagai ragam manusia..macam-macam ada..^_^..Namun dia sedar bahawa manusia di dunia ini ada yang terlalu mengejar kemewahan dan ada juga yang mengejar akhirat...Dan cerita ini bukanlah cerita tentang si penulis blog ini..Namun cerita ini juga telah membantu si penulis blogger ini berubah..berubah dan terus berubah..

Seorang insan bernama Nisha anak gadis yang comel,periang dan sentiasa menceriakan orang lain..Di bangki sekolah menengah lagi dia bijak dan mudah mesra bersama rakan-rakannya termasuk la juga cikgu-cikgunya..Walaubagaimanapun,semua orang tidak tahu kisah dia yang dia selalu pendam didalam hatinya..Di zaman sekolah menengah..dia selalu berdamping dengan guru-gurunya sehingga ramai rakan-rakannya yang lain cemburu akan keakraban dia bersama-sama guru di sekolah..5 tahun disekolah itu prestasi sebagai seorang pelajar memang baik..Malah dia selalu mendapat sokongan guru-guru melanjutkan pelajaran ke luar negara..Namun atas kekangan dari keluarga sendiri..dia membatalkan niatnya untuk merantau ke tanah anbiya..

Akhirnya dia menbuat keputusan untuk ke salah satu kolej yang dicadangkan oleh satu pendidik dia.Nisha mengambil keputusan untuk memilih bidang yang dia suka iaitu bidang agama..Dia khuatir andai dia mengambil jurusan bukan dari agama..dia akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang dari bidang agama..Siapa tahu hati kita mudah cair akan ajakan rakan-rakan..rakan-rakan Nisha yang sudah melanjutkan pelajaran di universiti lain sudah hanyut diarus fesyen..ada yang sudah free hair,dan ada pula yang mendedahkan aurat..memakai pakaian yang ketat..Dia yakin tempat dan jurusan yang dia bakal pelajari akan membawa dia ke landasan yang benar..

Kini sudah dua bulan dia di semester pertama..Hari demi hari...jiwa dia semakin kosong dengan pengisian rohani dalam jiwa Nisha..Suatu hari dia menerima ajakan seorang sahabat yang dia kenali yang sentiasa membantunya membawa dia ke satu usrah..Lama kelamaan,dia rasakan setiap kali dia menghadiri usrah itu..dia rasa tenang dan dia rasakan satu cahaya yang menerangi kesunyian dan memperbaiki rohani dalam diri dia..Setiap kali usrah dijalankan..Seorang kakak yang mengendalikan usrah itu akan bertanya kepada pelajar yang hadir tentang 3 perkara yang perlu difikirkan..iaitu

1)Dari mana kita datang ,asal kita dari mana
2)Kenapa kita diciptakan,apa matlamat kita hidup di dunia ini
3)Kemana kita akan dikembalikan,dimana tempat terakhir kita selepas di dunia

Akhirnya Nisha semakin kerap menghadiri usrah,kuliah agama dan program yang menambahkan ilmu pengetahuan dalam dirinya..Nisha sentiasa bersyukur kerana Allah SWT telah mentakdirkan dirinya belajar di situ..Dia berazam pada dirinya untuk berubah kearah kebaikan..Dia sentiasa berdoa agar Allah SWT tidak memalingkan hatinya dari hidayah dan petunjuk yang telah Allah SWT berikan kepadanya...

Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar..

Sambung...

Isnin, 12 November 2012

ILOVE ISLAM_Tersembunyi Cinta Pada Tadbir Usaha

Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi
Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.
Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.

Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s

Murtad?Orang Islam Murtad??

Assalamualaikum..
Malam berlalu pergi..Kini pagi sudah..namun mata belum lena..Tidak boleh lena kerana baru sahaja membaca isu murtad yang berlaku di Malaysia..Ya Allah..Apa yang sedang berlaku sekarang ini..Lesen murtad diberikan kepada orang melayu ISLAM..Allahuakhbar!

Yang terbaru saya membaca tentang akhbar harakah:
“Kita boleh menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad mengikut hukum Islam tanpa dikenakan hukuman mengikut syariat Islam akan tetapi untuk selesa dengan hanya takrifan Perlembagaan mengenai definisi orang Melayu adalah berugama Islam adalah dangkal,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.
 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal dengan tabiat meraih ‘kesempatan politik’ (political mileage) dalam budaya politik di Malaysia. Dalam hampir semua tutur kata, ahli politik mengambil kesempatan untuk menyerang musuh politik walaupun maklumat yang sahih belum lagi diperolehi.

Cukup hanya melalui laporan akhbar, sudah memadai seluruh jentera media diguna untuk melancarkan kempen memburukkan imej seseorang yang menjadi musuh politik. Tidak cukup dengan itu agensi keselamatan juga diperalat untuk memberi tekanan kepada pihak yang dituduh.


Pemimpin politik pula bergegas mahu memberi komen tanpa menunggu maklumat sepenuhnya dan tanpa bersedia mendapat penjelasan dari yang dituduh. Malang sekali pemimpin politik yang mahu mencuri peluang menghentam lawan juga menunjukkan tahap pemikiran rendah dan murah bila memberi komentar sangat dangkal dan sarat dengan prejudis politik yang memualkan.


Inilah yang kami perhatikan di kalangan kumpulan yang terlalu obses dengan  politik sehingga seluruh jentera,  tenaga dan fikiran tertumpu kepada kepentingan politik dan bukan kepentingan umat dalam ertikata yang sebenar.


Politik di Malaysia nampaknya bukan lagi suatu aspek kehidupan yang bertujuan mengatur urustadbir dan membangun negara akan tetapi sudah menjadi suatu pertarungan, permainan dan percaturan yang sangat hodoh apabila aktor politik menyerang lawan dengan apa sahaja cara hatta menyebar maklumat palsu dan fitnah.


Media pencatur dan pencacar politik kian menonjolkan peranan menyebar fitnah tidak kira sama ada maklumat yang disebar itu betul atau di sebaliknya. Matlamatnya hanya satu. Rosakkan imej lawan atau paling tidak imej seorang musuh politik sekurangnya dapat dicalarkan. Itu sudah dianggap memadai untuk menjatuhnya. Walaupun ia termasuk menyebar fitnah.



 Allahuakhbar...

Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:
Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217)

Sedihnya bila mana orang yang telah memeluk agama ISLAM murtad semudahnya..

Kesan Hukuman Bunuh ke atas orang yang Murtad

Terdapat beberapa kesan pelaksanaan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad:
 Pertama : Haram memandikannya, mengkafankannya dan menyembahyangkannya kerana dia telah terkeluar daripada Islam.

Kedua : Haram dikebumikan di perkuburan orang Islam. Mayatnya hendaklah ditanam di satu tempat lain yang jauh dari perkuburan orang Islam.

Ketiga : Tidak boleh mewarisi harta peninggalannya.



Sama-samalah kita muhasabah diri kita..lihatlah dan ambil berat terhadap umat ISLAM sekarang..Masyarakat umat ISLAM disekeliling kita..sama-sama kita jaga nama ISLAM..jangan kita pejamkan mata dan pekakkan telingan mendengar isu murtad ini..

12/11/2012
1.48 pagi

Ahad, 11 November 2012

Mana Ukhuwah?

Assalammualaikum buat sahabat blog semua...Kali ini saya ingin membawa satu cerita dimana seorang sahabat saya..Dia selalu menemui saya dan berkongsi dengan saya tentang diri dia..Dimana dia memerlukan teman untuk bercerita..Berkisahkan mengenai persahabatan dia dan kawan sekelasnya..Waktu itu dia sememangnya telah kecewa dengan persahabatan yang telah terbina seawal menjejak kaki bersama di medan ilmu..Sama-sama kenali ketika berdaftar di satu kolej di IPTS..Namun..persahabatan mereka berdua tidak semesra semasa berkenalan pada pertama kali berjumpa..

Ketika saya mendengar cerita ini..saya melihat sudah kelihatan titik manik air mata jatuh ditangannya..Ku usap bahunya..Ku gengam tangannya..Hati ku mula terdetik..Sahabat yang sedia mendengar kesedihan menjadi perantaraan untuk meringankan walaupun sedikit kesedihan yang ditanggungnya..

Ya Allah,moga-moga aku adalah insan yang dapat menceriankan hatinya...walaupun aku juga dalam kesedihan..Moga kesedihan dapat aku ubatinya jua..

Sahabat itu menceritakan dimana ukhuwah dia dengan sahabatnya mesra walaupun mereka berdua dari kelas yang berbeza..namun pertengahan semester dia merasakan ada jurang dan perasaan sahabatnya berlainan..Mungkin juga dia rapat dengan dengan seorang teman baru yang mana satu kelas dengannya..Semester seterusnya..sahabatnya merasakan ukhuwah yang mereka bina hampir musnah bila sahabatnya cuba menjauhi dengan dia..Mana tak hampir musnah..Sahabatnya duduk bersama satu dorm dengan teman sekuliahnya..Allahuakhbar..

Lama kelamaan..sahabatnya tidak layan ketika dia datang ke dormnya..Siapa yang tidak terasa jika dilayan sebegitu..Sepanjang semester 2,3,dan 4..Sahabat saya teruskan perjalanan di medan ilmu secara sendirian..Pergi ke kelas sendirian,makan dan belajar..Sentiasa bersendirian...Bila terlalu bosan sahabat saya akan ke perpustakaan dan juga masjid..Hanya dua tempat ini saja sahabat saya menghiburkan hati dan berjumpa serta berbual dengan sesiapa sahaja yang dia kenali..

Namun dia tak pernah sombong untuk bergaul dengan sesiapa sahaja..Boleh dikatakan ramai pelajar yang mengenali sahabat saya..Sehingga sahabat saya dikenali ulat buku dan budak masjid..Hanya kerana sahabat saya seringkali di perpustakaan dan masjid..Wah!mudahnya dapat title macam tu kan...

Kadang-kadang sahabat saya cemburu juga melihat setiap sahabat yang lain berjalan ke kelas @ pulang ke kelas bersama sahabat..gembira dan gelak ketawa keceriangan di senyuman mereka..Allahuakhbar..Hebat ukhuwah mereka..

Sahabat saya hanya senyum melihat keadaan begitu..namun siapa yang tahu..hati itu terlalu rindukan persahabatan sehingga menangis..Ya Rasulullah..aku ingin ukhuwah yang manis sebagaimana ukhuwah Mu dengan sahabat2 sehingga mereka selalu dengan Mu ya Rasulullah...

Setiap layanan sahabat saya ketika dia datang dan bertemu dengan sahabtnya sering kali berlaku pertelingkahan antara mereka.Ya Allah..Seringkali usai sudah solat..Sahabat selalu mengadu dengan Pencipta Hati jiwa manusia..memohon kekuatan menghadapi dugaan sebegini..dan mohon ketengan dijiwanya..Apakah dosanya?Ya Allah adakah terlalu banyak dosa terhadap Mu......................................

Segalanya yang terpendam di luahkan kepada saya..Saya melihat wajahnya..sayu melihat..Patutlah saya selalu melihat dia bersendirian sehingga saya keliru akan dia..keliru kenapa?sebabnya saya seringkali melihat dia bersama dengan pelajar akaun..kadang-kadang dengan pelajar perniagaan paling terkejut saya selalu melihat sahabat saya dengan pelajar kejurawatan..rupa-rupanya dia berkawan dengan semua orang..Alhamdulillah..sukar kita nak tengok orang begini..berkawan dengan semua orang...dan tidak memilih sahabat...

Saya memahami situasi sahabat saya..Saya mengatakan kepadanya bahawa dia itu adalah sahabat yang terbaik..Jadikanlah Al Quran serta kitab-kitab ilmu sebagai teman disisi..Biarlah orang nak gelarkan ulat buku manapun..tetapi jangan biarkan orang gelar kita cetek ilmu..Bahaya tu..Jadikanlah Masjid itu tempat kita menjalinkan ukhuwah sesama muslim yang lain dengan solat berjemaah,talaqi ilmu..kerana disitulah ukhuwah bertemu dan berpisah kerana Allah..Biarlah orang nak kata kita orang masjid sekalipun tetapi jangan biarkan orang panggil kita budak bilik dan tidak pernah menjejak ke masjid menunaikan solat berjemaah dan tidak menghadiri majlis ilmu...

Duhai sahabatku..mohon la doa..minta padaNya.,.kerana DIA lah yang tahu segala isi hati kita..Sebanyak mana pun kita rahsiakan masalah kita,Allah tahu segalanya..Kerana DIA tidak pernah terlepas mendengar bicara dihati kita..Mohon la pada Nya..Insyallah DIA pasti akan tunjukkan kebenaran dan penyelesainya..mungkin bukan sekarang..tetapi Insyallah suatu hari nanti..Bersabarlah sahabat..Allah suka pada hambaNya yang sentiasa sabar....

Ku lihat sedikit senyuman di bibirnya..Saya rasakan sedikit beban didalam dirinya..Dan saya merasa sebegitu juga..Muhasabah untuk diriku jua..Muhasabah bahawa Allah menghantarkan seseorang untuk saya berfikir bahawa setiap masalah itu ada penyelesaian dan kesabaran itu penguat untuk diri kita bertahan..

Ukhuwah itu indah dan manis jika bertemu kerana Allah SWT
"Bila Waktu Telah Berakhir"
11/11/2012
11.00 malam


Khamis, 8 November 2012

WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA

WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.
Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperangan.

Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.

Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).

Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...."

Rabu, 7 November 2012

Ibadah Solat ku

Assalammualaikum buat sehabat semua..Mohon sedekahkan Al Fatihah buat ibu bapa yang tidak mempunyai anak dari zuriat mereka untuk mendoakan mereka..tidak lupa bayi-bayi yang lahir tanpa kasih sayang seorang insan yang tidak sempat memanggil ibu dan ayah..Tidak lupa juga kekasih Allah SWT,Rasulullah SAW..Semoga kita diberi syafaat diakhirat kelak..Amin
Cuba lihat jam masing-masing semua..dah solat zohor?Ayuh kepada yang belum solat...pergi dahulukan solat yang sudah menunaikan kewajipan..Alhamdulillah..
Kali ini saya ingin kongsi tentang serba sedikit berkaitan fiqh ibadah..Solat..ye solat..rasa-rasa kan solat kita ini sempurna atau pun tidak..Dari permulaan wuduk kita sehinggalah kita memberi salam..kita lihat tidak tempat dan pakaian kita untuk solat..
Sedikit ilmu yang saya ingin kongsi didalam blog ini iaitu:
 PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:
1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.

2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.

3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:

a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.

b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.

c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.

d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.

e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.

4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:

a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.

b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.

c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.

d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.

e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.

f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.

5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.

6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.

7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.
Keuzuran yang menggugurkan kewajipan solat:
 
1. Perempuan haid
2. Perempuan nifas.
3. Orang kafir asli.
4. Orang tidak siuman.
5. Kanak-kanak.
6. Pitam atau pengsan.

Meninggalkan solat fardu adalah seperti seorang itu berhutang dengan Allah.

Selasa, 6 November 2012

Taman Syurga

 Assalammualaikum..Sebelum jari-jari ini menulis lebih panjang..Mohon pada sahabat semua yang membaca blog saya walaupun seketika..mohon pada sahabat..sedekahkan Al Fatihah wat sahabat saya,ibu beliau telah kembali ke rahmatullah..menghadap Allah SWT selamanya..
Alhamdulillah Allah masih memberi kita nikmat kesihatan,nikmat kebahagian kekeluargaan dan nikmat hidup..Sahabat tahu,diluar sana ada dikalangan kita Allah menguji tahap keimanan mereka dengan ditarik nikmat kesihatan,mereka diberi ujian sakit,berbagai penyakit Allah uji..Malah ada dikalangan mereka ditarik nikmat kebahagian kegembiraan dalam kekeluargaan mereka..Allahuakhbar..
justeru saya ingin mengajak sahabat semua mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan kepada kita..Bila kita diberi nikmat sihat..tak salah kan kalau kita sama-sama mengajak hati kita dan mentarbiyah hati kita rohani,fizikal dan mental kita dalam menghadiri majlis-majlis ilmu..bukan susah dan bukan mudah untuk dilakukan..susah?sebab hati kita telah dikawal oleh hasutan syaitan seperti Firman Allah dalam surah An Nas ayat 5 yang bermaksud:
"  Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. "
Namun bukan sahaja syaitan yang menghasut manusia tetapi dikalangan manusia itu juga..Sepertimana didalam surah An Nas juga :
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. "  (Ayat :6)
Ayuh..jangan biarkan hati kita terus dikawal oleh syaitan dan manusia yang bertopengkan syaitan..Hadirlah kemana-mana majlis ilmu yang sedang berlangsung..
Thabat(teguh)  hati kita untuk memperbaiki diri kita..jangan mudah menerima pujuk rayu syaitan..

Senang?jika kita inginkan perubahan pada diri kita..jaga hubungan dengan Allah agar diri kita dirahmati dan dilindungi dari segala kejahilan masa silam kita..Adakah sebab kejahilan diri kita..kita malu untuk menghadiri majlis-majlis ilmu..Sahabat semua..Tuntutlah Ilmu sampai negara china manapun..sehingga nafas kita yang terakhir.
Ada hadith berkaitan menghadiri majlis-majlis ilmu:
Nabi SAW bersabda: Jika kamu lalu dekat Taman-Taman Syurga maka singgah (dan sertailah mereka).

Sahabat bertanya: Apakah itu Taman-Taman Syurga wahai Rasullah.

Nabi SAW menjawab: Itu adalah kuliah-kuliah agama atau majlis ilmu.
 Ayuh sahabat tidak kira golongan muda,tua sekalipun ajal makin menjemput sahabat..hadirlah ke taman-taman syurga..


Kerana Allah SWT masih memberi peluang

Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kerana Allah SWT kita masih bernafas di bumi Nya..Bersyukurlah kita..
Allah SWT tidak pernah sekali pun membezakan rezeki yang diberikan untuk hambaNya..
Namun ada juga makhluk yang dicipta oleh Nya bernama Manusia tidak mensyukuri nikmat oleh Nya..
Ucapkanlah Alhamdulillah bukannya susah atau pun perlu beli dengan duit pada kalimah syukur itu..

Adakah hati manusia itu sudah gelap dengan dosa-dosa riak dan bongkah dengan kekayaan sehingga lupa untuk menyatakan syukur pada Sang Pemberi Rezeki..Allahuakhbar..Sucikanlah hati dengan beristighfar kepada Nya..Tak rugi apa-apa pun..Malah untung pada diri kita..

Zikir..zikir..zikir dan teruskan zikir..biar hati kita lalai berzikir daripada kita lalai tidak basahkan lidah kita dengan zikrullah,.

Ayuh..ajak hati kita bersyukur atas nikmatnya..
Ayuh..kita tenggelamkan hati kita pada lautan kasih syukur kita pada Allah SWT
Ayuh..kita putihkan hati kita bak seorang bayi yang baru lahir tiada dosa padanya..
Ayuh..jangan kita lenakan tidur kita hinga matlamat kita untuk diami Syurga Allah terhenti kerana ringan amalan kita diatas dunia...
Teruskan kita menegakkan kalimah tauhid kita dan janji setia kita pada Allah SWT..

Isnin, 5 November 2012

Sekian lama jari-jari ini tidak menaip..

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di dalam blog ini..kesibukan dalam akademik dan menyumbang kerja Islam tidak mengizinkan untuk seketika bersama blog..

Syukur ke hadrat iIlahi masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.Sujud syukur keatas kenikmatan yang diberikan oleh Sang Pencipta udara yang boleh ana hembuskannya..

Kesibukan dalam akademik di kampus dengan berlalunya exam final dan seterusnya continue dalam sumbangan kerja2 dakwah yang sememangnya harus dipikul oleh makhluk yang berakal dan yang telah Allah SWT ciptakan untuk menjadi KHALIFAH di muka bumi ini..

Dan kita manusia harus memikul kewajipan ini menyebarkan dakwah-dakwah ISLAM di seluruh pelusuk dunia..tidak kira bangsa apa-apa pun..Kerana ISLAM itu telah dimulakan oleh Rasullah SAW dan kita sebagai umatnya wajib meneruskan kerja-kerja dakwah ini..Kita bukanlah penamat dakwah-dakwah ISLAM tetapi penyambung kerja-kerja dakwah Rasulullah SAW..

Tanggungjawab memikul amanah yang diberikan memang payah untuk dilaksanakan..Ujian dan ancaman adalah duri-duri yang kita harus rasakan  sepertimana yang pernah dirasai oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat sebelum Islam tersebar ditanah Melayu....Pelbagai ancaman dan dugaan yang diterima oleh Baginda bersama para sahabat yang diberikan dari kaum musyrikin Mekah..

Wahai sahabat semua..dapatkah kita rasai keperitan dan kesakitan yang selalu dirasai oleh Baginda?Kekasih Allah di baling najis ketika menunaikan solat, dihina dan dicaci malah dikatakan seorang yang gila tatkala Baginda menyeru para kaum Mekah memeluk Islam..Pernahkah kita rasai semua itu?

Wahai Pemuda dan Pemudi!
Usahlah kita bersekang mata melayan hiburan dan keseronokan hal-hal duniawi..Dunia hanya medan keseronokan manusia yang lalai dalam metaati perintah Allah..Leka dari segala kewajipan yang selayaknya kita lakukan kepada ALLAH yang menciptakan Langit dan Bumi..

Bangkit..Bangkit..Bangkit para Anak Muda..
Usah kalian terlena dibuai mimpi indah yang akan menghancurkan timbangan amal kebaikan yang asal usulnya kita adalah dari benih ADAM dan Hawa..yang diciptakan dari Syurga..Janganlah kita menempah neraka..Malulah pada diri sendiri..malulah pada musuh-musuh ISLAM,,,Mereka tertawa akan kita kerana kitalah yang menghancurkan Islam itu sendiri..

Akhir penulisan setakat ini ana mengharapkan anak muda Islam memimpin Umat Islam untuk kebangkita merebahkan kekejaman,kehancuran dan kekufuran yang mana pemerintahnya menzalimi agama Allah iaitu Islam..Allahuakhbar!


Mujahadah Srikandi..