Salam Pembuka Bicara

Ahad, 11 November 2012

Mana Ukhuwah?

Assalammualaikum buat sahabat blog semua...Kali ini saya ingin membawa satu cerita dimana seorang sahabat saya..Dia selalu menemui saya dan berkongsi dengan saya tentang diri dia..Dimana dia memerlukan teman untuk bercerita..Berkisahkan mengenai persahabatan dia dan kawan sekelasnya..Waktu itu dia sememangnya telah kecewa dengan persahabatan yang telah terbina seawal menjejak kaki bersama di medan ilmu..Sama-sama kenali ketika berdaftar di satu kolej di IPTS..Namun..persahabatan mereka berdua tidak semesra semasa berkenalan pada pertama kali berjumpa..

Ketika saya mendengar cerita ini..saya melihat sudah kelihatan titik manik air mata jatuh ditangannya..Ku usap bahunya..Ku gengam tangannya..Hati ku mula terdetik..Sahabat yang sedia mendengar kesedihan menjadi perantaraan untuk meringankan walaupun sedikit kesedihan yang ditanggungnya..

Ya Allah,moga-moga aku adalah insan yang dapat menceriankan hatinya...walaupun aku juga dalam kesedihan..Moga kesedihan dapat aku ubatinya jua..

Sahabat itu menceritakan dimana ukhuwah dia dengan sahabatnya mesra walaupun mereka berdua dari kelas yang berbeza..namun pertengahan semester dia merasakan ada jurang dan perasaan sahabatnya berlainan..Mungkin juga dia rapat dengan dengan seorang teman baru yang mana satu kelas dengannya..Semester seterusnya..sahabatnya merasakan ukhuwah yang mereka bina hampir musnah bila sahabatnya cuba menjauhi dengan dia..Mana tak hampir musnah..Sahabatnya duduk bersama satu dorm dengan teman sekuliahnya..Allahuakhbar..

Lama kelamaan..sahabatnya tidak layan ketika dia datang ke dormnya..Siapa yang tidak terasa jika dilayan sebegitu..Sepanjang semester 2,3,dan 4..Sahabat saya teruskan perjalanan di medan ilmu secara sendirian..Pergi ke kelas sendirian,makan dan belajar..Sentiasa bersendirian...Bila terlalu bosan sahabat saya akan ke perpustakaan dan juga masjid..Hanya dua tempat ini saja sahabat saya menghiburkan hati dan berjumpa serta berbual dengan sesiapa sahaja yang dia kenali..

Namun dia tak pernah sombong untuk bergaul dengan sesiapa sahaja..Boleh dikatakan ramai pelajar yang mengenali sahabat saya..Sehingga sahabat saya dikenali ulat buku dan budak masjid..Hanya kerana sahabat saya seringkali di perpustakaan dan masjid..Wah!mudahnya dapat title macam tu kan...

Kadang-kadang sahabat saya cemburu juga melihat setiap sahabat yang lain berjalan ke kelas @ pulang ke kelas bersama sahabat..gembira dan gelak ketawa keceriangan di senyuman mereka..Allahuakhbar..Hebat ukhuwah mereka..

Sahabat saya hanya senyum melihat keadaan begitu..namun siapa yang tahu..hati itu terlalu rindukan persahabatan sehingga menangis..Ya Rasulullah..aku ingin ukhuwah yang manis sebagaimana ukhuwah Mu dengan sahabat2 sehingga mereka selalu dengan Mu ya Rasulullah...

Setiap layanan sahabat saya ketika dia datang dan bertemu dengan sahabtnya sering kali berlaku pertelingkahan antara mereka.Ya Allah..Seringkali usai sudah solat..Sahabat selalu mengadu dengan Pencipta Hati jiwa manusia..memohon kekuatan menghadapi dugaan sebegini..dan mohon ketengan dijiwanya..Apakah dosanya?Ya Allah adakah terlalu banyak dosa terhadap Mu......................................

Segalanya yang terpendam di luahkan kepada saya..Saya melihat wajahnya..sayu melihat..Patutlah saya selalu melihat dia bersendirian sehingga saya keliru akan dia..keliru kenapa?sebabnya saya seringkali melihat dia bersama dengan pelajar akaun..kadang-kadang dengan pelajar perniagaan paling terkejut saya selalu melihat sahabat saya dengan pelajar kejurawatan..rupa-rupanya dia berkawan dengan semua orang..Alhamdulillah..sukar kita nak tengok orang begini..berkawan dengan semua orang...dan tidak memilih sahabat...

Saya memahami situasi sahabat saya..Saya mengatakan kepadanya bahawa dia itu adalah sahabat yang terbaik..Jadikanlah Al Quran serta kitab-kitab ilmu sebagai teman disisi..Biarlah orang nak gelarkan ulat buku manapun..tetapi jangan biarkan orang gelar kita cetek ilmu..Bahaya tu..Jadikanlah Masjid itu tempat kita menjalinkan ukhuwah sesama muslim yang lain dengan solat berjemaah,talaqi ilmu..kerana disitulah ukhuwah bertemu dan berpisah kerana Allah..Biarlah orang nak kata kita orang masjid sekalipun tetapi jangan biarkan orang panggil kita budak bilik dan tidak pernah menjejak ke masjid menunaikan solat berjemaah dan tidak menghadiri majlis ilmu...

Duhai sahabatku..mohon la doa..minta padaNya.,.kerana DIA lah yang tahu segala isi hati kita..Sebanyak mana pun kita rahsiakan masalah kita,Allah tahu segalanya..Kerana DIA tidak pernah terlepas mendengar bicara dihati kita..Mohon la pada Nya..Insyallah DIA pasti akan tunjukkan kebenaran dan penyelesainya..mungkin bukan sekarang..tetapi Insyallah suatu hari nanti..Bersabarlah sahabat..Allah suka pada hambaNya yang sentiasa sabar....

Ku lihat sedikit senyuman di bibirnya..Saya rasakan sedikit beban didalam dirinya..Dan saya merasa sebegitu juga..Muhasabah untuk diriku jua..Muhasabah bahawa Allah menghantarkan seseorang untuk saya berfikir bahawa setiap masalah itu ada penyelesaian dan kesabaran itu penguat untuk diri kita bertahan..

Ukhuwah itu indah dan manis jika bertemu kerana Allah SWT
"Bila Waktu Telah Berakhir"
11/11/2012
11.00 malam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan