WASIAT
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI
WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI.
Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad … ! Dan juga
mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa
jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa kepada Allah SWT adalah
sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat
tipu daya dalam peperangan.
Aku memerintahkan kepada kamu dan
mereka yang bersama-sama kamu supaya menjauhikan diri daripada maksiat
kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah
lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang-orang
Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah SWT disebabkan oleh
kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal
itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.
Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh
adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan
pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh, tidaklah
kita sekuat mereka. Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan
pihak musuh dalam melakukan maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan
kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.
Jika kita tidak
mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah
pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!!
Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para
malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu
supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan
maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan
janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita,
mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama
melakukan kejahatan". Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik
kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak
musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana
akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah
api).
Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT
untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana
kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu.
Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...."
Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka. Ketahuilah !!! Bersama -sama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjaga kamu supaya kamu berasa selamat. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu berasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai ke atas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan". Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita, maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).
Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk menghilangkan penyakit yang ada dalam diri kamu itu, sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah SWT untuk mengalahkan musuh-musuh kamu. Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami...."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan