Salam Pembuka Bicara

Isnin, 12 November 2012

Murtad?Orang Islam Murtad??

Assalamualaikum..
Malam berlalu pergi..Kini pagi sudah..namun mata belum lena..Tidak boleh lena kerana baru sahaja membaca isu murtad yang berlaku di Malaysia..Ya Allah..Apa yang sedang berlaku sekarang ini..Lesen murtad diberikan kepada orang melayu ISLAM..Allahuakhbar!

Yang terbaru saya membaca tentang akhbar harakah:
“Kita boleh menegaskan bahawa orang Islam tidak boleh murtad mengikut hukum Islam tanpa dikenakan hukuman mengikut syariat Islam akan tetapi untuk selesa dengan hanya takrifan Perlembagaan mengenai definisi orang Melayu adalah berugama Islam adalah dangkal,” kata Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.
 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal dengan tabiat meraih ‘kesempatan politik’ (political mileage) dalam budaya politik di Malaysia. Dalam hampir semua tutur kata, ahli politik mengambil kesempatan untuk menyerang musuh politik walaupun maklumat yang sahih belum lagi diperolehi.

Cukup hanya melalui laporan akhbar, sudah memadai seluruh jentera media diguna untuk melancarkan kempen memburukkan imej seseorang yang menjadi musuh politik. Tidak cukup dengan itu agensi keselamatan juga diperalat untuk memberi tekanan kepada pihak yang dituduh.


Pemimpin politik pula bergegas mahu memberi komen tanpa menunggu maklumat sepenuhnya dan tanpa bersedia mendapat penjelasan dari yang dituduh. Malang sekali pemimpin politik yang mahu mencuri peluang menghentam lawan juga menunjukkan tahap pemikiran rendah dan murah bila memberi komentar sangat dangkal dan sarat dengan prejudis politik yang memualkan.


Inilah yang kami perhatikan di kalangan kumpulan yang terlalu obses dengan  politik sehingga seluruh jentera,  tenaga dan fikiran tertumpu kepada kepentingan politik dan bukan kepentingan umat dalam ertikata yang sebenar.


Politik di Malaysia nampaknya bukan lagi suatu aspek kehidupan yang bertujuan mengatur urustadbir dan membangun negara akan tetapi sudah menjadi suatu pertarungan, permainan dan percaturan yang sangat hodoh apabila aktor politik menyerang lawan dengan apa sahaja cara hatta menyebar maklumat palsu dan fitnah.


Media pencatur dan pencacar politik kian menonjolkan peranan menyebar fitnah tidak kira sama ada maklumat yang disebar itu betul atau di sebaliknya. Matlamatnya hanya satu. Rosakkan imej lawan atau paling tidak imej seorang musuh politik sekurangnya dapat dicalarkan. Itu sudah dianggap memadai untuk menjatuhnya. Walaupun ia termasuk menyebar fitnah.



 Allahuakhbar...

Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya:
Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217)

Sedihnya bila mana orang yang telah memeluk agama ISLAM murtad semudahnya..

Kesan Hukuman Bunuh ke atas orang yang Murtad

Terdapat beberapa kesan pelaksanaan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad:
 Pertama : Haram memandikannya, mengkafankannya dan menyembahyangkannya kerana dia telah terkeluar daripada Islam.

Kedua : Haram dikebumikan di perkuburan orang Islam. Mayatnya hendaklah ditanam di satu tempat lain yang jauh dari perkuburan orang Islam.

Ketiga : Tidak boleh mewarisi harta peninggalannya.



Sama-samalah kita muhasabah diri kita..lihatlah dan ambil berat terhadap umat ISLAM sekarang..Masyarakat umat ISLAM disekeliling kita..sama-sama kita jaga nama ISLAM..jangan kita pejamkan mata dan pekakkan telingan mendengar isu murtad ini..

12/11/2012
1.48 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan