Salam Pembuka Bicara

Rabu, 28 Disember 2011

Masjid di Hatiku

Tersegam indahnya..bagaiman ingin aku gambarkan...
sesungguhnya perasaan ini bukan hanya cukup dipamerkan pada update blog ini..
tapi..secara realitinya..
satu bangunan dihadapan ku ini..
tersegam indahnya..
Allahuakhbar!!..
Masjid Quba dibina yang pertama..
Di situlah azan yang pertama dilaungkan..
Penghormatan yang diberikan oleh Baginda..
Menitis air mata tatkala Bilal Bin Raba' diberi keizinan..
Dan disitulah jua solat fardu tunaikan..
Dan disitulah Rasulullah SAW berjemaah bersama dengan para sahabat yang lain..
Firman Allah dalam kalam suci Nya..
"Sesungguhnya masjid itu yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak hari pertama adalah lebih patut bagimu (Hai Muhammad) bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri.......(At Taubah, 108)Ya Allah!..
beruntungnya jika aku juga ada berada disitu bersama mereka..
 Marlah kita sama-sama mengimarahkan masjid @ surau..tiada gunanya ia dibina jika kita tidak memberi manfaat kepada kita..




Selasa, 27 Disember 2011

Demi Masa Itu


Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu sering dalam kerugian..
Kecuali orang-orang yang beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dalam keadaan yang sabar..

*Surah Al Asr :1-3*

Masa itu berputar..kadang-kadang diatas dan kadang-kadang dibawah..berunutnglah kepada sesiapa yang memanfaatkannya dengan sebaik mungkin..dan rugilah kepada sesiapa yang mengabaikannya..dan jika masa berlalu pergi..masa tidak akan berputar kembali..tiada masa lalu..maka lihatlah dihadapan..jika ia masih berpeluang untk dimanfaatkan..maka manfaatkanlah..jika tidak..apa yang lalu moga dipohonkan keampunan dan keinsafan diri..



Jumaat, 23 Disember 2011

6 perkara hidup Zuhud??

Pernah didatangai oleh seseorang kepada Ibrahim Bin Adham lalu berkata kepadanya "Wahai Ibrahim..saya termasuk orang yang sering melakukan dosa..Oleh itu..sudikah Tuan mengajarkan saya hidup zuhud agar Allah SWT menerangi jalan hidup saya dan melembutkan hati saya yang keras ini! "Lalu Ibrahim menjawab, "Jika kamu dapat memegang teguh dengan enam perkara ini..maka kamu akan selamat!"..."Pertama-Bila kamu melakukan maksiat,janganlah kamu memakan rezeki Allah SWT.."
"Jika di seluruh sudut hujung bumi ini adalah milik Allah SWT,baik di ladang-ladang dan di gunung adalah hasil rezeki yang diberikan oleh Allah SWT,maka dari mana ingin aku mencari untuk makan?"jawab lelaki itu..
Ibrahim berkata "Wahai saudaraku!layakkah kamu makan rezeki Allah SWT sedangkan kau melanggar peraturan Nya?" "Tidak,demi Allah,seterusnya apa yang kedua?"
"Kedua-bila kamu melakukan maksiat pada Allah,Janganlah kamu mendiami permukaan bumi Nya!"
Lelaki itu berkata "Demi Allah,seluruh permukaan bumi adalah milikNya,tiada yang satu pun bukan hak Nya,Jika demikian,dimana harus ku tinggal?"
"Patutkah kamu makan rezeki Allah dan tinggal di bumi Nya,padahal kamu melakukan maksiat padaNya?"
"Ketiga-jika kamu ingin melakukan maksiat,janganlah kamu lupa pada Allah Yang Maha Melihat!"
"Wahai Tuan.bagaimana mungkin perkara itu terjadi,ini kerana Allah SWT sentiasa melihat hambaNya dan tidak pernah terlepas sesaat pun untuk melihat perlakuan hambaNya walaupun sedetik dalam hati rohani"
"Layakkah kamu menikmati rezekiNya,tinggal di bumiNya,melakukan maksiat padanNya,sedangkan Allah melihat dan mengawasimu?"
Lelaki itu berkata"tidak sama sekali Tuan"
"Keempat-Apabila datang kepadamu seorang malaikat maut hendak mencabut nyawamu,maka katakanlah kepadanya"Tunggu dahulu.aku ingin bertaubat"
"Tidak mungkin malaikat maut akan mengabulkan permintaan ku itu"
"Jika kamu sedar bahawa kamu tidak mungkin akan menolak keingginannya,apa yang kamu fikirkan?"
Lelaki itu diam sebentar dan berkata"benar sekali ucapan Tuan,seterusnya apa yang kelima?"
"Kelima-Bila mana datang malaikat Munkar dan Nakir kepadamu,maka lawanlah kamu dengan mereka dengan seluruh kekuatan mu!"
"Itu sangat mustahil!"
Ibrahim meneruskan "keenam-apabila esok hari kamu di sisi Allah SWT dan Dia menyuruh kamu memasuki neraka,katakanlah'Ya Allah,aku tidak bersedia'.."
Lelaki itu dengan pantas berkata "cukuplah Tuan Ibrahim"
Lalu lekai itu pergi meninggalkan Ibrahim...

Ahad, 11 Disember 2011

AkU mERINdUImU..

"Erm cepatnyer dah masuk bulan 12 kan?"Tanya Aliyah kepada aku..Aku terus tersentak..kaku tangan aku seketika dari mencoret diari ku..Pen yang baru dibeli semalam dari kedai koperasi terjatuh dari tangan ku..aku seakan-akan pitam.."da..da..da..ma..suk..bu..lan..12..ker??"bergetar-getar suara ku..terasa tersekat-sekat di kerongkong ku..Lantas aku melihat kelender di meja belajar aku..aku merenung sayu ke arah 4/12/2011..hari ini 1/12/2011..maknanya lagi 3 hari lagi..Ya Allah...

*sebulan yang lalu*
"Erm..ari nie 4/11/2011..sejak dah nek sem 4 nie..aku tak sabar kot nak habis stady kat sini..makannyer kita nie lagi 1 tahun setengah lagi kn??Alahmdulillah..semoga Allah mempermudahkan urusan kita..tak sabar aku nak balik kampung..rindu giler..hehehe"Tersenyum aku tatkala menghintung tarikh-tarikh di kalender..namun hati aku terusik untuk melihat bulan seterusnya....lagi sebulan untuk aku menunggu hari itu..hari yang aku tunggu-tinggu.."erm tau tak apa..aku bersyukur beb..sekejap giler dah nak masuk tahun ke dua kita kat kolej sini.."ujar aliyah kepada aku..dia pun merasa perasaan seperti aku..aku masih merenung pada kalender itu..renungan ku...teringat pada si dia..insan yang ku kasihi.."eh! ko nie ok x?len macam jer aku tengok muka ko..de orng masuk meminang ker??abang mahfuz dah ketuk pintu ko ker wei!??"gurau Aliyah kepada aku..aku tahu..dia hanya sekadar berguarau kepada aku..dengan nada yang lemah..."bulan depan tarikh lahir arwah ayah aku..aku rindu kat dia..aku rasa nak peluk dia sangat-sangat..aku nak cium tangan dia..aku belum puas menatap wajah dia..aku rindu kat suara dia..aku rasa masa dia hidup aku sia-siakan dia.."aku merasakan pipi aku basah..air mata aku berjurai saat aku teringat kembali kenangan aku dan arwah ayah...insan yang aku paling sayang..insan yang ku kenali..lelaki yang pertama aku sayang..tapi kini..tiada lagi berada di sisi aku..tatkala aku memerlukannya..."sabar la sahabat ku..Allah SWT lebih menyayangi dia..kita yang masih di  bumi ini..perlu teruskan hidup...sabar ya Humaira...ko kene kuat hadapi semua nie..ingat! Allah sentiasa ada dengan kita..itu adalah ujian dia untuk hambaNya..sabar ya.."tangisan aku semakin kuat..esakan ku semakin kedengaran..aku terus memeluk Aliyah..Aliyah adalah sahabat  aku ketika aku terkontang kanting ketika aku berada di kolej..aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana menemukan aku dengan sahabat seperti dia..sejak arwah abah dan abang pergi meninggalkan kami sekeluarga pada tahun yang sama..aku mula mudah menangis..hatiku mudah untuk terasa..entah mengapa..malam itu..aku dan Aliyah dibuai ketenangan sambil mendengar ayat suci Al Quran....sedikit lega di hati ini...

*malam 4/12/2011*
"Bismillahirahmanirahim....Yassin.....Wal Quran Nil Hakim........."sungguh tenang hati ku malam itu...sesungguhnnya Al Quran..Kitab Allah...suci dan menenangkan siapa-siapa hati.......kedengaran suara ku tersesak-esak membaca surah Yassin..jatuh setitik demi setitik air mata ku di atas senaskah Al Quran pemberian ummi dari madinah ketika menunaikan umrah..tersa sayu hati ini...tak dapat aku tahankan lagi...
"YA ALLAH....Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku..adik beradik ku..keturunan nenek moyang aku..saudara seislam ku..guru-guru ku..para mujahadah fi sabillah..dan khususnya..kekasih ku..Nabi Muhammad SAW serta kerabat-kerbatnya dan warisan Anbiya....Tempatkanlah mereka di tempat yang telah KAU janjikan untuk para Solihin...Aminnnn Ya Rabbal almin....
(Abah..tunggu kejayaan dari nak mu ini..walaupun kau tak berada disisi..tapi kau tetap berada di hati ini..aku tetap merindui mu..doakan kejayaan anak mu ini..)

AL FATIHAH WAT AYAHANDA..MOHD NOOR BIN IBRAHIM