Salam Pembuka Bicara

Jumaat, 23 Disember 2011

6 perkara hidup Zuhud??

Pernah didatangai oleh seseorang kepada Ibrahim Bin Adham lalu berkata kepadanya "Wahai Ibrahim..saya termasuk orang yang sering melakukan dosa..Oleh itu..sudikah Tuan mengajarkan saya hidup zuhud agar Allah SWT menerangi jalan hidup saya dan melembutkan hati saya yang keras ini! "Lalu Ibrahim menjawab, "Jika kamu dapat memegang teguh dengan enam perkara ini..maka kamu akan selamat!"..."Pertama-Bila kamu melakukan maksiat,janganlah kamu memakan rezeki Allah SWT.."
"Jika di seluruh sudut hujung bumi ini adalah milik Allah SWT,baik di ladang-ladang dan di gunung adalah hasil rezeki yang diberikan oleh Allah SWT,maka dari mana ingin aku mencari untuk makan?"jawab lelaki itu..
Ibrahim berkata "Wahai saudaraku!layakkah kamu makan rezeki Allah SWT sedangkan kau melanggar peraturan Nya?" "Tidak,demi Allah,seterusnya apa yang kedua?"
"Kedua-bila kamu melakukan maksiat pada Allah,Janganlah kamu mendiami permukaan bumi Nya!"
Lelaki itu berkata "Demi Allah,seluruh permukaan bumi adalah milikNya,tiada yang satu pun bukan hak Nya,Jika demikian,dimana harus ku tinggal?"
"Patutkah kamu makan rezeki Allah dan tinggal di bumi Nya,padahal kamu melakukan maksiat padaNya?"
"Ketiga-jika kamu ingin melakukan maksiat,janganlah kamu lupa pada Allah Yang Maha Melihat!"
"Wahai Tuan.bagaimana mungkin perkara itu terjadi,ini kerana Allah SWT sentiasa melihat hambaNya dan tidak pernah terlepas sesaat pun untuk melihat perlakuan hambaNya walaupun sedetik dalam hati rohani"
"Layakkah kamu menikmati rezekiNya,tinggal di bumiNya,melakukan maksiat padanNya,sedangkan Allah melihat dan mengawasimu?"
Lelaki itu berkata"tidak sama sekali Tuan"
"Keempat-Apabila datang kepadamu seorang malaikat maut hendak mencabut nyawamu,maka katakanlah kepadanya"Tunggu dahulu.aku ingin bertaubat"
"Tidak mungkin malaikat maut akan mengabulkan permintaan ku itu"
"Jika kamu sedar bahawa kamu tidak mungkin akan menolak keingginannya,apa yang kamu fikirkan?"
Lelaki itu diam sebentar dan berkata"benar sekali ucapan Tuan,seterusnya apa yang kelima?"
"Kelima-Bila mana datang malaikat Munkar dan Nakir kepadamu,maka lawanlah kamu dengan mereka dengan seluruh kekuatan mu!"
"Itu sangat mustahil!"
Ibrahim meneruskan "keenam-apabila esok hari kamu di sisi Allah SWT dan Dia menyuruh kamu memasuki neraka,katakanlah'Ya Allah,aku tidak bersedia'.."
Lelaki itu dengan pantas berkata "cukuplah Tuan Ibrahim"
Lalu lekai itu pergi meninggalkan Ibrahim...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan