Ya Allah..
Biarlah aku dihina di mata manusia di dunia ini
Jangan aku Dihina di Hadapan Mu Ya Allah..
Ya Rahman..
Biarlah aku tidak mendapat cinta dari Manusia Di dunia ini..
Jangan aku tidak Mendapat Cinta Dari Mu..
Ya Rahim..
Berilah aku perantaraan manusia agar aku bersamanya mengabdikan diri kepada Mu
Jangan berikan perantaraan untuk menghanyutkan aku di dunia..
Ya Malik..
Segalanya pada diri ku hanyalah untuk Mu..
Jangan Kau sisihkan diriku dari Rahmat Mu..
Ya Qudus..
Ku Pohon makrifat dari Mu..
Jangan Kau Tinggalkan aku sendirian..
Ya Fatah..
Aku memohon pada Mu..
Aku tak Mahu sendirian..
Aku tahu..
Kewujudan Mu sentiasa ada disisi HambaNya..
Hapuskanlah Kesedihan Ku..
Hilangkanlah keresahan di jiwa Ku..
Hanya Pada Mu Ku Sujud
Tiada ulasan:
Catat Ulasan