Salam Pembuka Bicara

Selasa, 6 November 2012

Kerana Allah SWT masih memberi peluang

Bismillahirahmanirahim..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kerana Allah SWT kita masih bernafas di bumi Nya..Bersyukurlah kita..
Allah SWT tidak pernah sekali pun membezakan rezeki yang diberikan untuk hambaNya..
Namun ada juga makhluk yang dicipta oleh Nya bernama Manusia tidak mensyukuri nikmat oleh Nya..
Ucapkanlah Alhamdulillah bukannya susah atau pun perlu beli dengan duit pada kalimah syukur itu..

Adakah hati manusia itu sudah gelap dengan dosa-dosa riak dan bongkah dengan kekayaan sehingga lupa untuk menyatakan syukur pada Sang Pemberi Rezeki..Allahuakhbar..Sucikanlah hati dengan beristighfar kepada Nya..Tak rugi apa-apa pun..Malah untung pada diri kita..

Zikir..zikir..zikir dan teruskan zikir..biar hati kita lalai berzikir daripada kita lalai tidak basahkan lidah kita dengan zikrullah,.

Ayuh..ajak hati kita bersyukur atas nikmatnya..
Ayuh..kita tenggelamkan hati kita pada lautan kasih syukur kita pada Allah SWT
Ayuh..kita putihkan hati kita bak seorang bayi yang baru lahir tiada dosa padanya..
Ayuh..jangan kita lenakan tidur kita hinga matlamat kita untuk diami Syurga Allah terhenti kerana ringan amalan kita diatas dunia...
Teruskan kita menegakkan kalimah tauhid kita dan janji setia kita pada Allah SWT..

2 ulasan:

  1. setuju ngan apa akak kata,,hinngakan shabat nabi brdoa,,ya allah jadikanlah ku antara golongan yang sedikit,,kerana hanya sedikit dari umat yg akan bersyukur

    BalasPadam
  2. Syukran dik..Sedikit perkongsian bersama..

    BalasPadam