Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu
tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal
tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi
Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah
hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu
dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang
hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak
mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam
senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.
Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya
sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi
dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti
malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa
dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat
mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu
sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana
kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia
temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya.
Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu
terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap
saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin
memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang
melebihkan-Nya berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi
manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa
merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama
lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan
itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang
singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih
terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam
jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu
seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya
akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda
cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang
terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku
tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat,
nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."
- Israiliyat, Allah kepada Isa a.s
Newest casino app: Spin88, the US's first sports betting app, is now
BalasPadamSpin88 인천광역 출장안마 was launched in December 2016 and was launched in November 2017. The app is available for iOS and 진주 출장안마 Android. The app 남원 출장마사지 also has a 과천 출장안마 live chat function and 계룡 출장안마