Salam Pembuka Bicara

Selasa, 13 November 2012

Bila mana kita diuji

Ini adalah cerita rekaan semata-mata..Cerita seorang yang sentiasa dirinya didalam golongan orang jihad dijalan Allah..Jihad yang macam mana?jihad yang sentiasa ingin mendekati saudaranya sendiri..berdakwah tidak kira masa dan tempat..kemana sahaja kaki itu melangkah itulah tempat dia bermusafir..Berkelana adalah hobi dia..merantau mengikut gerak hati imannya..disitulah dia melihat berbagai ragam manusia..macam-macam ada..^_^..Namun dia sedar bahawa manusia di dunia ini ada yang terlalu mengejar kemewahan dan ada juga yang mengejar akhirat...Dan cerita ini bukanlah cerita tentang si penulis blog ini..Namun cerita ini juga telah membantu si penulis blogger ini berubah..berubah dan terus berubah..

Seorang insan bernama Nisha anak gadis yang comel,periang dan sentiasa menceriakan orang lain..Di bangki sekolah menengah lagi dia bijak dan mudah mesra bersama rakan-rakannya termasuk la juga cikgu-cikgunya..Walaubagaimanapun,semua orang tidak tahu kisah dia yang dia selalu pendam didalam hatinya..Di zaman sekolah menengah..dia selalu berdamping dengan guru-gurunya sehingga ramai rakan-rakannya yang lain cemburu akan keakraban dia bersama-sama guru di sekolah..5 tahun disekolah itu prestasi sebagai seorang pelajar memang baik..Malah dia selalu mendapat sokongan guru-guru melanjutkan pelajaran ke luar negara..Namun atas kekangan dari keluarga sendiri..dia membatalkan niatnya untuk merantau ke tanah anbiya..

Akhirnya dia menbuat keputusan untuk ke salah satu kolej yang dicadangkan oleh satu pendidik dia.Nisha mengambil keputusan untuk memilih bidang yang dia suka iaitu bidang agama..Dia khuatir andai dia mengambil jurusan bukan dari agama..dia akan dipengaruhi oleh rakan-rakan yang dari bidang agama..Siapa tahu hati kita mudah cair akan ajakan rakan-rakan..rakan-rakan Nisha yang sudah melanjutkan pelajaran di universiti lain sudah hanyut diarus fesyen..ada yang sudah free hair,dan ada pula yang mendedahkan aurat..memakai pakaian yang ketat..Dia yakin tempat dan jurusan yang dia bakal pelajari akan membawa dia ke landasan yang benar..

Kini sudah dua bulan dia di semester pertama..Hari demi hari...jiwa dia semakin kosong dengan pengisian rohani dalam jiwa Nisha..Suatu hari dia menerima ajakan seorang sahabat yang dia kenali yang sentiasa membantunya membawa dia ke satu usrah..Lama kelamaan,dia rasakan setiap kali dia menghadiri usrah itu..dia rasa tenang dan dia rasakan satu cahaya yang menerangi kesunyian dan memperbaiki rohani dalam diri dia..Setiap kali usrah dijalankan..Seorang kakak yang mengendalikan usrah itu akan bertanya kepada pelajar yang hadir tentang 3 perkara yang perlu difikirkan..iaitu

1)Dari mana kita datang ,asal kita dari mana
2)Kenapa kita diciptakan,apa matlamat kita hidup di dunia ini
3)Kemana kita akan dikembalikan,dimana tempat terakhir kita selepas di dunia

Akhirnya Nisha semakin kerap menghadiri usrah,kuliah agama dan program yang menambahkan ilmu pengetahuan dalam dirinya..Nisha sentiasa bersyukur kerana Allah SWT telah mentakdirkan dirinya belajar di situ..Dia berazam pada dirinya untuk berubah kearah kebaikan..Dia sentiasa berdoa agar Allah SWT tidak memalingkan hatinya dari hidayah dan petunjuk yang telah Allah SWT berikan kepadanya...

Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar..

Sambung...

4 ulasan:

  1. akak,jgn lupa smbungan tu,ana tunggu post seterusnya

    BalasPadam
  2. Uiiishhh... susah jgak ye nak masuk Universiti,snang trpngaruh dgn kwn2 bwat pekara yg x elok... nauzubillah...

    BalasPadam
  3. betul 2 Adham96...jika hati dan iman kita tak kuat..mudah diusik ajakan kpd perkara yg tak baik..Mudahlah kita terikut kpd perkara2 yg akan melukai hati insan yg menyayangi.

    BalasPadam