Salam Pembuka Bicara

Isnin, 19 September 2011

iluvislam-Setia dan Sedia Dalam Ikatan

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya. Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.
Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

iluvislam-kepimpinan"FUTUR"

Futur
Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.
Kenapa Futur Bahaya?
Walaupun futur adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestilah diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk.
Di antaranya :
1 - Cuai kepada tanggungjawabnya
Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.
2 - Gugur dari jalan kebaikan
Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya.
Apabila dia gugur dari jalan kebaikan, maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.
3 - Mati di dalam keadaan yang futur
Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah S.W.T mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah S.W.T menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab itulah Rasulullah S.A.W mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit lemah dan malas."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Kenapa Boleh Futur?
Di sana, terdapat banyak pintu yang boleh membuka jalan kepada futur :
1 - Terlebih dalam pergaulan
Rasulullah S.A.W menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud;
"Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
2 - Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal
Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan.
Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
"Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3 - Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus
Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau ber-FB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk 'terbang' di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.
4 - Suka bersendirian
Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada Syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya.
Pastinya Syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjemaah dan bermasyarakat.
5 - Kurang mengingati mati
Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan Syurga, takutkan dosa dan siksa Neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al-Quran, solat Subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang akan mengingatkan kita kepada Akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.
6 - Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa
Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama-kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.
7 - Hati yang berpenyakit
Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.
8 - Permasalahan dalaman organisasi
Bermacam-macam faktor yang boleh menyebabkan konflik internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.
9 - Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya
Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka dia boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah S.W.T dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.
Mari kita renungi bersama maksud sabda Rasulullah S.A.W ini;
"Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli Syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni Neraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli Neraka menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni Syurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

iluvislam-Sinar Perubahan

"Apa tujuan kita menutup aurat, Ustazah?" Pertanyaanku secara tiba-tiba itu memecah sepi yang sebelum ini menyelubungi Kelas Tiga Abi Daud.
Ternyata soalan 'cepumas' itu berjaya menarik perhatian rakan-rakan sekelasku yang sebelum ini pasif mendengar penjelasan Ustazah Ruqayyah tentang kepentingan menutup aurat.
Masing-masing cuba memberi pendapat mereka. Ustazah Ruqayyah cuba menenangkan suasana kelas yang tiba-tiba riuh itu sambil melemparkan pandangan keluar.
Pagi tadi, dia ada terdengar kemungkinan ada pemantau daripada Jabatan Pelajaran Johor akan ke sekolah ini. Takut juga dia kalau-kalau pemantau itu sudah tiba dan sedang melawat kelas-kelas di sekolah ini. Kelas yang bising ini pastinya akan meninggalkan imej yang kurang baik kepada pemantau tersebut.
"Tolong diam semua!" Ustazah Ruqayyah meninggikan sedikit suaranya. Para pelajar kembali menumpukan perhatian. Masing-masing kelihatan tidak sabar ingin mendengar jawapan yang akan keluar daripada mulut ustazah yang mereka hormati ini.
Ustazah Ruqayyah menerangkan kepada kelasnya tujuan umat Islam menutup aurat setelah suasana kelas mula terkawal. "Tujuan utama kita menutup aurat sudah tentulah untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang Muslim. Oleh itu, kita wajib melaksanakannya." Begitulah bunyi jawapan yang keluar daripada mulut ustazah.
"Bukankah tiada paksaan dalam agama, Ustazah?" Aku melontarkan lagi persoalan yang bermain di benakku. Ustazah kelihatan berfikir sejenak. Mungkin berfikir cara terbaik untuk menjawab soalanku. "Baiklah pelajar semua." Ustazah berhenti seketika, cuba memancing tumpuanku dan rakan-rakan sekelasku.
"Konsep tiada paksaan dalam agama ini cuma sesuai dalam konteks tidak memaksa orang yang masih belum menerima Islam sebagai pegangannya. Sebagai contohnya, kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam menerima Islam. Kita cuma boleh mengajak sahaja bukannya memaksa." Sambung ustazah lagi.
"Bagi orang yang sudah Islam, wajiblah ke atasnya untuk menerima ketetapan yang telah disyariatkan semampu mungkin." Ustazah Ruqayyah menghujani lebih banyak kefahaman Islam kepada muridnya. Kebanyakan rakan sekelasku menganggukkan kepala mereka tanda memahami penerangan yang diberi ustazah tapi hatiku masih sarat dengan tanda tanya.
Kemudian, ustazah meneruskan pengajarannya yang sebelum ini terhenti dengan pertanyaanku sehinggalah bunyi loceng menandakan waktu pulang berbunyi nyaring. Sebelum meninggalkan kelas, ustazah sempat berpesan supaya bertemu dengannya jika ada apa-apa masalah.
"Eh, kau nak ke mana tu Syu? Jomlah balik." Ajak Zulaikha, teman rapatku.
"Kau baliklah dulu. Cikgu Hashim suruh aku hantar buku latihan ni tadi." Balasku. Sebelum meninggalkanku, Zulaikha sempat mengingatkanku tentang rancangan kami hendak keluar ke bandar esok. Menurutnya lagi, Kamal dan Raqib akan menyertai kami. Aku menganggukkan kepalaku.
Selepas itu, aku mengatur langkahku ke bilik guru. Cikgu Hashim tiada di situ jadi aku meletakkan sahaja buku latihan yang aku bawa di atas mejanya. Saat kakiku ingin melangkah keluar, mataku terpandang Ustazah Ruqayyah yang kelihatan sedang sibuk menyemak buku pelajar di mejanya. Serta merta persoalan yang bersarang di benakku menjelma lagi. Sifat ingin tahu bertandang menguasai fikiranku lantas ku susun langkahku menuju ke mejanya.
"Assalamualaikum." Aku menghulurkan ucapan selamat. Ustazah Ruqayyah mencari pemilik suara itu sambil menyambut ucapan salamku.
"Oh, Syuhada rupanya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanyanya pula. Aku kehilangan kata-kata. Lidahku kaku.
"Eh, kenapa dengan aku ni, tadi bukan main semangat, sekarang..." Aku bermonolog antara hati dan perasaan.
"Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Ustazah mengulangi pertanyaannya.
"Em..." Aku memulakan bicaraku.
"Boleh tak Ustazah jelaskan kepada saya tentang tiada paksaan dalam agama?" Aku meneruskan kata-kataku apabila keyakinan mula mengambil alih perasaanku. Ustazah tersenyum dan bertanya.
"Syuhada, awak pemain bola jaring sekolah kan?" Tanya ustazah. Aku mengangguk kepala, sedikit kehairanan bermain di fikiranku. Mencari perkaitan antara pertanyaanku dengan soalan yang diajukan sebentar tadi.
"Maka, sudah tentu awak mematuhi peraturannya?" Sekali lagi aku mengangguk.
"Begitu jugalah dengan Islam. Apabila sudah Islam, maka wajib dipatuhi ketetapannya, sama ada suka atau tidak." Ustazah merungkaikan persoalan yang mengetuk fikiranku satu-persatu.
"Kalau awak tak main bola jaring, buat apa awak ikut peraturannya kan?" Senyuman manis menghiasi wajahnya. Aku mengiyakan kata-kata ustazah.
Hatiku berbunga riang kerana persoalan yang kerap bertandang telah dapat dirungkaikan. "Terima kasih, ustazah." ucapku perlahan.
Di rumah, selepas bersolat Isya', aku termenung memikirkan kejahilanku. Kata-kata ustazah siang tadi menerjah fikiranku saban detik. Bagai musafir di gurun tandus. Meraba jalan mencari setitik air bagi mengairi tekak. Begitulah dengan diriku, dahagakan setitik ilmu untuk memanduku menjadi muslimah sejati.
Sebelum ini, aku kerap berpeleseran dengan teman-temanku jika ada kesenggangan. Menunjukkan identiti sebagai seorang yang semakin jauh dari jalan yang seharusnya dilalui sebagai seorang Islam. Untuk apa aku melakukan itu semua?
"Syuhada, mari makan." Laung ibuku lembut menyirnakan lamunanku. "Baiklah." Aku menjawab sambil menuju ke dapur.
"Ibu..." Aku memulakan bicara pada malam yang dingin itu.
"Kenapa Islam mensyariatkan umatnya menutup aurat?"
Ibu kehairanan dengan sikapku malam ini. Selalunya aku akan mencebik masam setiap kali dia cuba mengutarakan soal aurat. Namun, ibu ketepikan itu semua kerana yang penting anaknya ini sudah ingin berubah. "Em, baiklah, kalau ibu nak simpan cincin perkahwinan ibu, di mana tempat yang paling sesuai?" Tanya ibu.
"Tentulah di tempat yang paling selamat." Jawabku.
"Begitulah dengan aurat kita. Kalau kita rasa ia berharga, tentulah kita akan menjaganya daripada tatapan umum, bukan begitu? Sebaliknya, jika kita rasa aurat kita itu umpama perhiasan murahan, sudah tentu kita tidak kisah mempertontonkannya kepada orang yang asing dalam hidup kita, kan?" Ibu mencurahkan diriku dengan jawapan yang boleh kufahami  dengan jelas.
"Kita kena ingat menutup aurat juga mempunyai mesej supaya kita menjaga pergaulan kita dengan lelaki ajnabi dalam kehidupan masyarakat ini." Tambah ibuku lagi.
Selepas mendengar penerangan ibu, aku berasa yang aku perlu berubah. Lantas ku hubungi Zulaikha. Kepadanya aku berkata bahawa aku tidak dapat mengikutnya esok kerana ada hal lain. Dia agak terkejut dengan keputusanku itu dan cuba memujukku namun hatiku bulat menegaskan yang wajar berkata tidak kepada ajakannya. Zulaikha akhirnya akur dengan keputusanku.
Keesokan harinya, tatkala fajar sudah terbit dari kamar peraduannya, aku sudah terjaga. Selepas solat Subuh, aku membantu ibu di dapur. Ibuku senang dengan perubahan yang aku buat ini. "Eh, hari ini kan ayah akan balik, bu." Aku tiba-tiba teringat.
"Oh, ibu terlupa." Kata ibuku sambil menepuk dahinya.
"Kalau macam tu malam ni kena masak istimewa sikit ni." Kata ibuku lagi.
"Jom, teman ibu ke pasar, Syuhada."
"Baiklah. Em, ibu ada tudung lebih?" Tanyaku spontan. Ibu agak terkejut dengan pertanyaan itu namun dia menguntum senyum sambil menganggukkan kepalanya. Akhirnya, impiannya termakbul.

iluvislam-Berdoalah Kepada Allah SWT

Allah tidak memandang doa yang datang daripada hati yang alpa.Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya (Petikan Buku, Murabbi Cinta).
Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)

Bila berdoa dari hati,
Lalu tangisan hadir membasahi,
Dengan menyerah diri pada Ilahi,
Pasti terasa sinar pelangi menyinari kembali diri,
Apa yang penting,lunturnya ia di hadapan rabbul Izzati.
Itulah kepuasan dan ketenangan yang hanya kita dan DIA rasai dan ketahui,
Yang haqiqinya DIA lebih fahami dan mengerti,
Masakan tidak itu semua terjadi,
Pemilik hati kita, milik DIA yang abadi!
Bila lisan bergerak beserta hati tawadhu' dalam berdoa kepada Allah! Lebih nikmat dan kepuasan yang tidak tergambar kita rasai! Yang penting apabila menghafal doa dalam bahasa arab, kita perlu untuk memahami maksudnya, supaya hati lebih merasai dan menjiwai doa yang dipohon tersebut.
Doa dari hati, bukan sekadar di bibir. Tanpa berdoa pun sebenarnya Allah mengetahui apa kemahuan kita, cuma apa yang penting, adalah Doa yang dimohon itu untuk merasakan pengabdian dan penyerahan diri kita yang hina dan dina kepadaNya. Allah... Allah... Allah...!

Ahad, 11 September 2011

Cerpen:Siapa Yang Harus Di cemburi??

"Maafkan saya..saya memang tak patut untuk cemburu kat awak..saya yang bersalah dalam hal nie..maafkan saya!"Perasaan bersalah aku pada dia menghantui diri ku..ya..aku yang bersalah dalam hal nie..aku terlalu mengikutkan perasaan cemburu aku..TAPI..YaAllah...titisan air mata aku berjujuran..

SETAHUN LALU

"Ain..kau tengok tu..rapat semacam diorang tu..berkepit jer..yela..untunglah ada orang sayang..kita nie sapa lah..tak ada orang sayang pun.."Dengus ku kepada Ain..kawan seperjuangan ku.."Biarlah dia..tak baik fikir bukan-bukan..aku paham kau cemburu..sabar eh.."Ujar Ain kepada aku..Ain tahu tentang keluarga ku..adik beradik ku..bila diingat kembali kisah hidup ku..air mata terus sahaja mengalir..seperti telah memberi isyarat..adik beradik aku..aku rela dilahirkan dalam keluarga anak tunggal daripada mempunyai adik beradik yang ramai..tapi aku tak dapat menolak takdir Allah SWT..Dilahirkan didalam keluarga sebagai anak yang bongsu cukup memeritkan jiwa ku..Teringat ketika zaman kecil ku.disebabkan pertikaian kak long dan kak ngah..aku turut menjadi mangsa..dituduh bersubahat dalam hal mereka..Padahal aku masih kecil..tidak tahu apa-apa lagi..Mak dan ayah menangis kekecewaan anak-anak mereka..aku tidak tahu siapa yang salah dalam pergaduhan mereka..dan kenapa aku menjadi mangsa??kenapa akuuuuu????beribu-ribu soalan di benak fikiran ku..Ya Allah..selamatkanlah keluarga ku......
"Yang kau termenung jauh-jauh nie kenapa..sudah-sudah la tu..Doa pada Allah agar terbuka hati mereka untuk bersatu dalam adik beradik..kau belajar agama..terangkan pada mereka hukum-hukum Allah..Hukum memutuskan persaudaraan sesama islam..Aku tau kau kuat menempuh dugaan nie...insyallah..Dah!..jom kita pergi masjid..dah azan asar nie.."Ain mengenangkan aku.."Jom!.."aku tidak mahu fikir kan lagi..semakin aku fikir semakin aku sedih dan kecewa dengan sikap mereka.."Tapi kenapa orang yang dilahirkan anak first selalu dapat perhatian??kenapa bukan anak bongsu..orang selalu cakap..anak bongsu selalu dapat perhatian la..dimanjakan la..arghhhh..tengok tu diowang..kita kan dalam perjuangan..sama-sama berkasih sayang la..mungkin aku nie memang dah ditakdirkan  untuk sendirian kot..tak ada teman untuk menumpang kasih sayang.."Sayu hati ku meluahkan apa yang terpendam..Ain merenung wajah ku..Kesian aku tengok..aku tau kau sabar..sabarlah..ada hikmah disebalik ini semua..Kata Ain di dalam hatinya..

*****************************************
Sahabat dalam perjuangan tak selalu nya kekal menjadi sahabat..kadang-kadang dia akan menjadi musuh kita..tapi jika kita ikhlas untuk berteman..maka kekal la dia menjadi sahabat kita..tapi kenapa aku cepat cemburu kalau dia manja-manja dan rapat dengan kakak-kakak senior..mungkin aku cemburu..mungkinkah aku nie sejak kecil kurang mendapat perhatian dari kakak-kakak aku sendiri..ya..tapi...arghhh biarkanlah dia..cuma aku berharap..aku akan mendapat kasih sayang dari insan yang akan ku panggil dia "suamiku"...

Sabtu, 10 September 2011

Cerpen:Andai itu Satu Perpisahan

"Sabar ye Iera..Mungkin ini semua ketentuan Illahi..Jangan sesekali menolak takdirNya.."Pujukkan Hawa tidak aku hiraukan..Mata aku tertumpu dua jenazah terbujur di hadapan untuk menunggu saat untuk di kebumikan..Air mata aku berjujuran melihat manusia disekeliling menggali liang lahad untuk kedua-dua orang yang aku sayang..Mak!Abah!..jangan tinggalkan adik!Adik tak ada sapa-sapa dalam dunia ini..Jerit batin ku memanggil ayah dan mak..Lidah aku terkaku tidak keluar suaranya..yang hanya..titisan air mata terus mengalir..

Seminggu sebelum kejadian..

"Adik..Meh sini kejap..ayah nak cakap sesuatu.."Ayah memanggil ku..Lantas aku berlari mendapatkan ayah yang sedang membaca buku yang baru beli..SIKSAAN DI LIANG LAHAD.."Napa ayah?"Tanya ku..seolah-olah sikap ayah agak berlainan..Apa yang ada di fikirannya sekarang nyer.."Ayah hadiahkan buku nie kat adik..Nanti adik baca tau..Kalau ayah dan mak dah tak ada nanti..adik jaga diri baik-baik..jangan nakal-nakal..solat jangan lupa..belajar rajin-rajin..jangan lupa kat ayah dan mak..ingat tau!.."Nasihat ayah aku tekun mendengar..entah kenapa..aku mendengar seolah-olah mereka ingin meninggalkan aku..aku belum cukup bimbingan dan kasih sayang mereka.."Ayah nie..jangan la cakap macam tu..sedih adik dengar la..adik belum bagi ayah dan mak kejayaan adik lagi.."Suara aku seakan akan ingin mati..menahan sebak tatkala ayah mengucapkan wasiat nya.."Tapi andai kami dah tak ada..ingatlah pesanan ayah dan mak.."Aku melihat wajah mereka dengan penuh kasih sayang..Seperti selepas ini aku tidak dapat menatap nya lagi..

Sebulan selepas kejadian

"Tanniah Syahira!Akhirnya kau dapat pergi belajar ke Jordan..Hebat kawan aku nie.."Ucapan tanniah dari Hawa membuatkan aku tersentak..seketika mengimbau kenangan saat bersama ayah dan ibu.."Alhamdulillah..rezeki aku kat sana Hawa..Kau pun apa kurangnya..dapat pergi Mesir..Tapi kalau lah ayah dan ibu ku masih ada lagi..Mesti aku dapat raikan bersama mereka.."Suasana menjadi sepi..Hawa merenung wajah aku..dialah sahabat baik aku..teman suka dan duka.."Shahirah..jodoh maut tu semua di tangan Allah..Allah nak uji kita..Mungkin ayah dan mak kau gembira melihat kejayaan kau..walaupun mereka tiada di sisi kau..Ingatlah..amalan yang akan diterima oleh kedua ibu bapa adalah anak yang soleh solehah,sedekah,dan ilmu yang bermanfaat ketika hidup di dunia..kau kene ingat 2.."Nasihat Hawa kepada ku..Mak!Abah!..andai ini satu perpisahan untuk kita..adik redha..walaupun adik rindu sangat-sangat kat mak dan abah..Kita akan jumpa kembali satu hari nanti..mungkin disana..tunggu adik ya..Ya Allah Kau tempatkan kedua ibu bapaku ditempat yang kau janjikan kepada mereka yang beriman kepada Mu..Ampunkanlah dosa-dosa mereka dari mereka kecil hingga mereka kembali kepada  Mu semula..Aminnn

Jumaat, 9 September 2011

Nilai Sebuah Persahabatan

"Erm maaf-maaf..saya tak sengaja..awak tak apa-apa ker?"Cemas di hati ku..harap dia tak apa-apa..kalau tak habis la aku nak kene marah nanti..Aku tengok dia cuba menahan kesakitan..Alamak!dia cedera ker?teruk ker aku langgar dia??macam mana nie..Ya Allah..bantulah hambaMu ini..Aku memang tak sengaja langgar dia..
"Eh pe..saya tak apa..cuma rasa macam tangan saya terseliuh sikit..Yela orang yang langgar saya nie macam gajah..Opppsss!Maaf tak sengaja saya cakap macam tu..Maaf yer"Usik si dia mengata aku..Aku senyum sinis pada dia..Mulut tak ada insurans ker??suka hati dia kata badan aku nie macam gajah??kalau ikutkan hati nak jer aku nie siku kepala dia..Mulut mengalah buntut ayam nak bertelur jer..Sabar jelah aku dengan mamat nie..Dengus hati aku..aku mengomel-gomel di dalam hati..Kira bersyukur aku minta maaf..kalau ikutkan perasaan memang nak maki-maki jer mamat nie..Tapi aku nie manusia biasa..ujian dari Allah..Sabar kan jelah..
"Maaf la untuk saya katakan kepada saudara..saya dah minta maaf kepada saudara..tapi rasanya tak perlu untuk saudara menghina diri saya..saya ada perasaan dan maruah..jangan senang untuk saudara memperlekehkan diri saya.."Tegas suara mengeluarkan api yang sedang marak di dalam hati ini..Tapi itu bukan diri aku yang sebenar..aku ingin menjaga adab aku..itulah hasil didikan ayah dan ibu aku..
"errr....maaflah..saya tak ada niat nak cakap macam 2 kat awak..saya minta maaf yer..maafkan saya.."rayu si dia kepada aku..dari melihat muka dia aku tahu dia tak sengaja..tapi aku rasa kemaafan sukar untuk aku terima..Wajah dia langsung aku tidak ingin lihat lagi.."Dah la saudara..saya mintak diri dulu..Assalamualaikum!!" aku berlalu pergi meninggalkan dia keseorangan dengan dia mengharapkan  kemaafan dari aku..Arghh!!lelaki suka memang macam tu..maaf..maaf..maaf..senang sahaja ucap maaf..tapi nanti buat lagi..Bisik hati aku sendiri..aku tak tau kenapa aku rasa marah sengat selepas kejadian itu..

Seminggu selepas kejadian..
"Tanniah la Mardhiah..dapat jadi timbalan exco fakuliti..Untunglah kawan aku seorang nie..hahaha" Usik Liya kepada aku..Erm aku tak mengharap sangat pun dapat jawatan tu..aku dulu cuma bantu kakak senior aku buat kerja.."Erm mane kau tau nie..aku rasa belum di heboh-heboh kan lagi.."Aku risau orang akan kata aku nie bodek senior untuk menggantikan jawatan dia..Tapi kalau dapat Alhamdulilah..Tapi siapa pula ketua aku eh??boleh ker aku kerja dengan dia??dia garang ker??tegas ker orang nyer??Aduhhh..pusing kepala aku nie memikirkan perkara nie..Bertubi-tubi soalan di fikiran aku..Apa la aku nie..belum jumpa lagi orang ye..dah fikir yang bukan-bukan pula..Cuba lah bersangka baik sikit..Astagfirullahalazim..
"Eh kan hari tu dah keluar kat facebook..pe la kau nie..ketinggalan..orang lain pun belajar juga tapi ada masa nak bukak facebook.."Perli Liya kepada aku..ya..aku memang jarang bukak sejak-sejak aku memegang jawatan sebagai timbalan exco Ilmiyah..Mungkin kesibukan aku dengan mesyuarat sana sini dan juga ketekunan aku dalam pelajaran..aku tak nak pointer aku jatuh hanya semata-mata aku penat dengan mesyuarat..Aku tak nak dikatakan fitnah dalam perjuangan..
"Bukan lah..aku kan guna wireless kat sini..mane la laju..aku nie tak macam kau..gune brondband..Mane la aku ada duit nak bayar tiap-tiap bulan.."Gurau aku dan Liya..Liya memang kawan yang baik..dia selalu bantu aku dalam perjuangan dakwah kami..
"Yela..eh bukan kau kata ada mesyuarat dengan ketua kau..korang kan belum pernah jumpa walaupun dah sebulan pegang jawatan.."Liya mengingatkan aku tentang perkara itu..Alamak aku dah lambat..habis lah aku..mesti kene perli dengan ketua aku.."Ah la..ok2..aku pergi dulu la..jumpa nanti Assalammualaikum.."
Aku berjalan pantas menuju ke bilik mesyuarat..Doa2 la dia tak marah aku..Walaupun kami dah pegang jawatan sebulan..inilah pertama kali kami bertemu..Mesti dia dah fikir untuk kene kan aku dalam mesyuarat nanti..Dia..mamat nie ker yang jadi ketua aku??Aduh ai...macam mana senior boleh fikir untuk letak kami dalam satu exco.."Tuk!Tuk!..Assalammualaikum.."Aku masuk perlahan melihat keadaan di dalam bilik mesyuarat..Semua memandang ke arah aku..Dan mata aku tertumpu pada dia..Peh!malu nyer aku..

Malam itu aku sedang asyik mentelaah pelajaran aku..tiba-tiba..handset aku berbunyi menanda message masuk..lagu nasyid yang aku sukai.."INSAN BERNAMA KEKASIH" oleh kumpulan Unic..aku menekan butang OPEN melihat siapa yang menghantar mesej..RADZI..pe la mamat nie nak lagi..malam-malam nie kacau aku la.."MAAF JIKA MENGANGU MALAM-MALAM NIE..SAYA INGIN MOHON KEMAAFAN DARI AWAK JIKA ADA TERASA HATI DENGAN SIKAP SAYA DI DALAM MESYUARAT SIANG TADI..SAYA BUKAN APA..SAYA TAK NAK AHLI JAWATANKUASA LAIN FIKIR SAYA NIE BERAT SEBELAH..SAYA TEGUR TADI KEPADA SEMUA ORANG..BUKAN KHUSUS UNTUK AWAK SAHAJA..MAAF KAN SAYA  YER AWAK..KITA KAN 2 TAHUN AKAN BERKERJASAMA DALAM EXCO NIE..SAYA TAK NAK AWAK WAT MUKA MASAM DENGAN SAYA..SAYA TAK BOLEH TENGOK ORANG MASAM DENGAN SAYA..BOLEH AWAK MAFKAN SAYA??" Arghh!!ingat aku nie apa..hati batu ker tak boleh nak maafkan orang..tapi tadi........
Hari berganti hari..minggu berganti minggu..dan bulan berganti bulan..Kerjasama kita hampir selesai..tanggungjawab kita akan bertukar kepada jeunior kita..Kita juga hampir tamat belajar di sini..tapi aku tak tau kenapa hati aku resah dan takut..mungkin kah persahabatan kita akan terhenti disini sahaja??Mungkin kah kau akan lupakan aku dan akan menemui sahabat yang lebih baik dari aku??Ya Allah....
"Saya minta maaf pada semua jika ada salah dan silap sejak saya menjadi ketua kamu semua..saya harap apa yang kita lakukan untuk agama kita dan untuk diri kita serta perjuangan kita..Insyallah"Kata-kata terakhir dari dia ketika kami bermesyuarat..Sayu hati ku mendengar..entah kenapa aku pun tak tau..Keluar sahaja dari bilik mesyuarat..langkah aku terhenti kerana dia memanggil aku.."Saya minta maaf kaalau ada wat salah kat awak..saya selalu bersama awak dalam kerja..maafkan saya"Wajah itu aku masih ingat lagi ketika kejadian langgar dulu.."Erm saya minta maaf juga..saya pun selalu marah-marah awak kan?saya minta maaf la nyer.."Jelas aku dapat menerima kemaafan dia..mungkin itulah yang dikatakan nilai persahabatan..harus saling maaf memaafi antara satu sama lain.."Jaga diri baik-baik..insyallah kalau ada rezeki kita boleh berjumpa lagi..kita kan bersahabat.."Insyallah.."terharu aku dibuatnya..itulah nilai persahabatan..tak kenal maka tak cinta..Alhamdulillah..ukhuwah kami masih kuat walaupun kami berjauhan..Namun..adakah ia kan menjadi kuat setelah masing-masing sibuk dengan keluarga..Hanya dapat aku berdoa agar dia tak akan lupakan persahabatan ini..Aminn