Salam Pembuka Bicara

Khamis, 26 April 2012

Masyarakat Melayu Terlalu Mengikut Adat Dalam Perkahwinan

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati kekuasaan Kami"
( Surah Az Zariyat: 36)
"Nikah adalah sebahagian daripada sunnahku.Siapa yang tidak suka kepada sunnahku,dia tidak termasuk dalam golongan ku"
(Hadith Bukhari)
"Tidak ada jalan lain pada dua orang yang saling mencintai selain berkahwin"
(Hadith Ibnu Majah)


"Kita ta'aruf dulu yer..Maaflah kalau saya bawa adik perempuan saya..untuk teman kita..tak akan la kita berdua jer..Ok lah Bismillahirahmanirrahim..nama saya Danial Haikal..saya masih belajar kat Universiti..Insyallah tahun terakhir..dalam jurusan Ijazah Teknologi Maklumat..saya asal dari Selangor..Umur saya 24 tahun..Saya adik beradik ada 7 orang dan saya anak yang ke 2..tapi saya anak sulung lelaki..Saya suka suasana sporting..tapi dalam bab kerja saya serius..erm apa lagi yer.." Huh! ta'aruf depan bakal isteri pun kene cool...relax..
"Insyallah..tapi sebelum tu saya kenal adik saya juga..saya kene bawa peneman juga..saya ingat awak datang sorang tadi..baguslah macam tu..ok la..saya Siti Zinirah..saya asal melaka..alhamdulillah saya baru habis tamat pengajian saya dalam diploma IT..sekarang nie saya bekerja bawah syarikat grafik islam kat melaka..saya adik beradik 7 orang juga dan anak bongsu..Jenis saya bila masa gurau..saya gurau..bila keje saya wat betul-betul la..sama macam awak..tapi saya lebih suka wat keje santai tapi serius.." Ya Allah nasib baik tak tergagap nak cakap..
"Erm nampaknya kita serasi la..hehehe..ok la seterusnya saya dah cakap dengan mak ayah saya..dan insyallah mereka setuju dengan keputusan saya..jadi macam mana dengan awak?"
"Keluarga saya mula-mula memang ada yang setuju..lebih-lebih lagi kakak sulung saya..dan saya pun berbincang baik-baik dengan mereka..terangkan kepada mereka..Alhamdulillah..akhirnya mereka setuju.."
"Alhamdulillah..baguslah kalau macam tu..insyallah Allah mudahkan segala urusan kita..Ok la..saya cadangkan lepas kita berjumpa nie..keluarga saya akan datang jumpa dengan keluarga awak..bukan meminang tau..saya nak kita terus kahwin..boleh save bajet terus..lagi pun..dalam perkahwinan..pertunangan tu berkenalan kan..kita dah pun berkenalan..yang selebihnya selepas kita kahwin la..just keluarga saya datang nak bincang persiapan kahwin dan tarikh..dan kalau boleh saya nak jemput saudara mara awak dan kenalan rapat awak..cukuplah mereka yang tahu..bukan saya kata awak tak ada duit..saya nak buat ringkas yang boleh sahaja..tapi saya cadangkan jer tau..kalo pihak awak terpulang..saya cadangkan jer..tapi pihak saya..insyallah..saya wat ringkas sahaja.."
"Erm saya terfikir macam tu juga..saya terima cadangan awak..bila awak nak bawa keluarga awak jumpa keluarga saya?"
"Insyallah minggu depan hari sabtu..saya bawa keluarga terdekat jer..awak pun tak payah nak wat makan apa-apa pun..biasa-biasa jer..keluarga saya ok jer.."
"Insyallah saya nanti saya bagi tau mak saya.."
"Erm saya nak tanya sesuatu boleh?"
"Erm ye apa dia?"
"Dari tadi awak cakap tentang mak awak jer..ayah awak?"
"Subhanallah! saya lupa nak cakap..ayah saya dah lama meninggal..waktu tu umur saya baru 15 tahun.."
"Owh tak apa..tapi nanti awak guna wali abang awak kan?"
"insyallah.."
"ok la..rasanya tu sahaja nak bincang kan?ke ada lagi?"
"Nak tanya tentang hantaran?"
"Owh hantaran..lupa pulak..hantaran saya rasa tak payah..cuma saya bagi awak hadiah..sebenarnya saya dah lama simpan hadiah untu bakal isteri saya..ke awak nak gune untuk hantaran ? saya ada buku,tudung labuh,telekung..dan saya nak tanya awak guna minyak wangi apa..nanti ingat nak beli dan letak sebagai hadiah juga.."
"Erm saya pun ada beli hadiah..dah lama juga..kain pelekat,jubah putih,kopiah,buku agama,sejadah..erm rasanya boleh juga la letak sebagai hantaran..just hantaran waktu kahwin..saya guna minyak wangi melor..tapi susah sikit nak jumpa..awak kene beli kat kedai yang islam jual buku2 agama..erm tak apalah..macam nie..saya cadangkan kita keluar dengan keluarga kita..beli barang untuk perkahwinan nanti..macam mana?"
"bagus juga tu..nanti saya datang melaka la untuk beli barang-barang semua tu.."
"ok la..ada lagi tak? saya rasa dah xada lagi nak bincang.."
"erm tu jer rasanya..tanda saya gune gelang tau..boleh?"
"erm tak kisah..gelang pun boleh.."
"alhamdulillah.."
"erm ok la..apa-apa nanti saya emel awak yer"
"ok..terima kasih yer datang.."
"sama-sama"
"ok la kami gerak dulu..Assalammualaikum"
"Waalaikumusslam...."
Si dia berlalu pergi..selesai sudah ta'ruf kami.."Alhmdulillah lega abang..dik.."
"Cantik la bakal kakak ipar adik..putih..comel..erm sejuk hati adik bila pandang muka dia..adik suka dia.." erkk adik aku nie puji lebih la pulak..aku tak kata apa-apa lagi..tapi memang betul..Allah temukan aku dengan wanita muslimat yang selama ini aku idamkan..alhmdulillah..
"dah tak payah nak cakap banyak abang tau adik nak makan..dah jom abang belanja.."

Di dalam kereta..wanita mulimat tersenyum..bersyukur ke hadrat Illahi..Allah temukan imam yang ku harapkan..dapat membimbingkan aku..insyallah..terima kasih ya Allah..

Ya Allah..walaupun pertama kali kenal dia..Engkau telah lama mengenali dia..Engkau tahu apa yang terbaik untuk aku..Aku mohon berkekalan la kami hingga akhirnya..amin..

2 ulasan:

  1. Saya rasa pihak perempuan perlu lebih toleransi dalam urusan perkahwinan.

    BalasPadam
  2. tak kisah lelaki @ perempuan..asas yg utama perkahwinan adalah akad nikah..=)

    BalasPadam