Salam Pembuka Bicara

Sabtu, 13 Ogos 2011

Ramdhan Abah

"Erm 2 Alaisyah wat pe 2??termenung jauh abah nampak??erm anak abah dah de pakwe eh??"usik abah tatkala melihat aku duduk sendirian di beranda rumah..Walaupun sudah 30 tahun abah dirikan rumah itu..namun ia masih kukuh..Rumah kami tidak ada sikit pun sisa batu..Semuanya kayu sahaja sehingga kadang2 terpaksa di tukar ganti..Namun aku bersyukur apa yang Allah kurniakan kepada keluarga kami..dengan adik beradik yang begitu ramai.."Apalah abah nie..mane de termenung..Adik terfikir macam mana nak sambung belajar kalo tanpa abah dan mak nanti.."sayu hati ku meluahkan apa yang telah aku pendam selama ini..Abah merenung dalam ke hatiku..Setahun kemudian aku dapat melanjutkan pelajaran di Mesir dalam jurusan Bahasa arab..2 tahun setengah aku disana tanpa pulang ke tanah air menjadikan aku semakin bersifat sabar..namun aku akui suratan takdir..Pada semester 4 aku disana..Allah telah menjemput abah kembali kepadanya..Di sebabkan aku ketika itu dalam menduduki peperiksaan tidak membenarkan aku pulang melihat kali terakhir wajah abah sayang ku..Namun aku redha ketentuan Illahi..Tamat sahaja pengajian..aku terus pulang ke tanah air untuk menziarahi pusara abah.."Abah..Alaisyah membawa kejayaan yang abah impikan dari anak abah..jangan tinggalkan Alaisyah abah!!!..."meronta jiwaku.. 2 tugu tertera nama abah ku genggam seeratnya..Ramadhan tahun ini tanpa ucapannya..bisikannya.."Abah!!rindu pada abah.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan