Salam Pembuka Bicara

Selasa, 30 Ogos 2011

KEMENANGAN YANG DICAPAI..

ASSALAMMUALAIKUM...terleboh dahulu saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana Allah SWT masih memberi kesempatan kepada kita untuk menyambut kemenangan di bulan syawal ini..Dalam kesibukan kita menyiapkan persiapan menyambut hari raya..cuba kita renungkan masa kita lebih banyak kepada memuja Allah atau memuja pada keseronokan menyambut hari raya..Alangkah baiknya jika kita membuatpersiapan raya seiring dengan takhbir raya yang bukan sahaja berkumandang di masjid2 malah di radio juga di televisyen..Tasbih,tahmid dan tahlil adalah pujian yang wajar kita ucapkan oleh umat ISLAM sebagai tanda kemenangan kita selepas menghadapi ujian besar dari Allah SWT ..Ya sepanjang bulan Ramadhan kita diuji olehNya dengan pelbagai latih tubi seperti ibadah pada bulan ramadhan ditawarkan ganjaranyang banyak berbanding pada bulan-nulan biasa bagi mereka sesiapa yang memperbanyakkan amal ibadahnya..lalu kita pun berumba-lumba untuk merebutkannya.selain itu,walaupun gangguan syaitan sudah tiada kerana telah dirantai fizikalnya,kita masih dibekalkan nafsu yang sifatnya sangat mengajak kepada keburukan..Nafsu inilah yang cuba menghalang amalan  yang cuba kta tingkatkan,nafsu jugalah yang cuba menggagalkan usaha kebaikan sepanjang bulan ramadhan..Syaitan juga dikatakan dirantai di penempatannya  supaya tidak menggangu manusia secara melangsung..
Kemenangan yang paling besar ialah sifat taqwa yang diberikan kepada umat Islam yang dapat mengatasi semua halangan.Mereka takut untuk melakukan dosa walaupun peluang sudah ada di depan mata.Mereka ini juga akan melakukan kebaikan sebanyak mungkin walaupun pelbagai halangan dan dugaan..Atas rasa kemenangan itulah pada malam hari raya Rasulullah SAW mengajak semua umat Islam mengalunkan pujian,tasbih,tahmid dan tahlil..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan