Salam Pembuka Bicara

Selasa, 5 April 2011

Mualaf Yg Kecewa

"Apa yang di menungkan Siti Khadijah 2??Jauh berkhayal...Ingat kat sape la 2 yer?hehehe.."Usik aku tatkala aku melihat Siti khadijah kemurungan.Setelah setahun dia mendapat nur dan hidayah dari Allah..Hati dia telah terpaut dengan agama yang suci..agama yang syumul pada setiap perkara..Ternyata agama islam memang tiada tandingannya..Allahuakhbar!...Di saat dia terkapai-kapai memerlukan bantuan..Datangnya penyelamat untuk dirinya..Semua itu Allah telah tentukan..Dulu..cara hidup dia berbeza dengan kehidupan sekarang..Sangat membezakan..Kini dia ingin lebih mengetahui agama baru dia..Dia ingin tahu segalanya..Namun..

"Eh..Khaulah Zara'..mana de saya termenung..awak nie xbek au.."..Tersenyum dia kepada ku..Sungguh indah ciptaan Allah..Melihat wajahnya..seperti bayi baru lahir..tiada dosa dan titik hitam di dalam dirimu Siti Khadijah..

"Boleh saya duduk sini?"Soal ku.."Duduklah.."
"Apa yang awak termenungkan tadi?"...aku mulakan bicara aku..mungkin de sesuatu yang ingin dia luahkan..
"Sudah setahun saya memeluk islam..Saya bersyukur Allah membuka hati saya untuk mencari Tuhan pada alam ini.." serius memandang wajahku..
"Saya ingin mendalami agama islam..Saya sangat bersyukur sangat2..dan alhamdulillah saya telah sudah khatam al quran..dan selepas ini saya ingin menghafaz dan mengkaji apa ertinya..saya harap awak boleh bantu saya yer ..."Pintanya kepada ku..
"Insyallah selagi saya mampu saya akan bantu awak..kita sama-sama akan melakukannya..Demi Allah jika kita ikhlas mendalami ilmunya..Insyallah akan memberkatinya.."Ujarku kepadanya..
"Boleh saya tanya sesuatu?"....Mungkin apa yang ingin ditanyakan itulah yang bermain-main di fikirannya..
"Insyallah jika saya boleh menjawabnya.." Apa yang ingin ditanya Siti Khadjah kepada ku..aku menanti pertanyaannya..
"Apa yang saya perhatikan..tentang manusia yang Allah ciptakan sejak lahirnya seseorang itu telah menjadi umat islam sejak di dalam perut ibunya lagi..namun mengapa pabila mereka di lahirkan..mereka tidak tunaikan apa yang agama islam inginkan..Saya pelik..mereka tidak mengamalkan apa yang islam ajarkan..mereka tak tahu bersyukur ker menjadi umat islam sejak azali lagi??......"
Erm rupa2 nyer perkara ini yang merunsingkan di dalam hatinya..Patutlah termenung jauh jer tadi..
"Sebenarnya Allah Mengetahui segala-galanya yang berlaku lagi sejak Nabi Adam A.S diciptakan lagi dan Dia juga Mengetahui apa yang akan terjadi pada hari akhirat nanti..Memang betul umat Nabi Muhammad yang lahir-lahir jer sudah memeluk agama islam sejak bercantumnya ovary dan sperm yang di miliki setiap anak cucu Adam dan Hawa..Namun apabila mereka di lahirkan..Mereka melihat keseronokan..mereka alpa..mereka tidak bersyukur bahawa Allah telah melahirkan mereka semua ini..Mereka menganggap agama islam adalah agama yang mengkongkong hidup mereka..Mereka tidak terfikir bahawa dunia siapa yang mereka mendiami..Ada yang mengejar harta,pangkat dan nama..Namun mereka tidak sedari..itu hanya sementara di dunia ini..Perkara itu semua tidak bawa ke syurga.."Mengaharapkan penerangan aku memantapkan imannya..
"Mengapa mereka hiporkit,ego,dan sombong dengan Penciptanya??"
"Mereka terlalu mengikut nafsu mereka..nafsu yang dikawal oleh syaitan..Nauzubillah pada kita..Mereka ingin hidup sempurna.Ingatlah wahai Siti Khadijah..Rasulullah berpesan kepada umatnya agar bersederhana..Jika kita berlebih lebih ..ini lah jadinya..Sentiasa di hasut oleh syaitan untuk melakukan apa yang Allah murka.."
"Saya ada terbaca..umat islam wajib menjadi khalifah du muka bumi Allah..tapi kenapa saya lihat umat islamlah yang menghancur agama mereka sendiri..Tidak mereka rasa berdosa??"melihat pada raut wajahnya..ada secebis perasaan pada umat islam sekarang..
"Mereka lupa pada tugasan mereka yang Allah telah amanahkan..Mereka takbur..Mereka tidak sedar bahawa ada Tuhan yang melihat mereka..mereka menganggap hidup mereka kekal selamanya di dunia..tapi kita harus ingat..Allahlah yang kekal selamanya..kita yang akan mati dan akan di hitungkan di padang mahsyar nanti.."
"Terima kasih Khalah Zara'..jika saya menjadi pemerintah saya ingin menjadi seperti Sultan Al Fatteh dan Sultan Sallehudin Al Ayubi..Saya ingin menjulang agama islam..Saya tidak mahu agama islam di perlekehkan oleh saudara saya sendiri..."Menitis air matanya tatkala mengucapkan kata-kata itu..Alangkah indahnya jika kata-kata itu menjadi satu kenyataan..Aku juga sedih melihat saudara2 islam ku yang kini hanyut dengan ajaran barat...Ya Allah Kau tetapkanlah iman kami..Jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau beri hidayah dan pertunjuk kepada kami..Aminnn..
"Sama-sama...Moga2 jihad kita di makbulkan oleh Nya.."


Semoga Allah selamatkan saudara kita yang leka dan alpa dengan dunia durhjana ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan