Salam Pembuka Bicara

Rabu, 20 April 2011

Dilema Aurat Wanita

Assalammualaikum..

Wanita ibarat harta yang tidak ternilai harganya..Jika seseorang wanita inginkan kemewahan dengan harta yang banyak..barang2 kemas yg nilainya berjuta-juta ringgit..Dan akan menyimpan untuk dirinya..Sentiasa berjaga2 dengan apa yg dia memilikinya..Ada yang menyembuyikannya dengan membungkus dan menyimpannya agar tidak siapa dapat melihatnya..Hebatkan??Tapi bagaimana kalau dia "membungkus " dirinya dengan menutup aurat agar tidak ada siapa yg dapat melihatnya..Adakah ini lebih selamat dari segalanya??Tidak mahu "harta dan maruah" dirinya tidak ada siapa yg melihatnya??Pakaian wanita harus dijaga..Berpakaianlah dengan sederhana..Jangan memakai hingga menarik perhatian sesuatu kaum khususnya kaum lelaki..Tidak salah untuk bergaya tapi untuk kita kita sahaja..sesama kaum hawa.Tidak pun untuk bakal suami kita nanti..Pakaian wanita tidak harus menonjol hingga dapat menarik perhatian kaum lelaki.kesian kaum lelaki..terpaksa berperang dengan nafsu mereka..Wanita islam harus memakai pakaian yg sederahana..kita mulakan dari atas sekali..
1-kepala:wajib memakai pakaian yg tidak menampakkan leher.rambut,telinga..jangan membonggol kan kepala kowang 2..buruk la...nmpak macam bonggol unta..Kalau rambut 2 panjang sgt..pandai2 la kowang simpulkan jangan kasi nampak besar sgt..

2-Badan: Dada kowang 2 kene tutup..pakai baju yg longgar2 skit..jangan kasi nampak badan kowang 2...kalo ketat2..nanti nampk lemak2 kowang 2..macam mane??xsegan ker??ish..kalo saya segan giler...pakai baju besar2 skit..pas 2 pastikan baju jgn jarang pulak..nanti kalo berpeluh...ish..nnti owng laki nampak mcm ner??segan kn??Islam sebenarnyer x suruh pun pakai tudung mcm telekung..tapi harus tutup bahagian yg bawah perut dan bawah punggung kita..de hikmah nyer...kalo kowang nk pakai baju dengan seluar pun boleh..tapi seluar jangan ketat2..x cun la..nmpk sngt kaki kowng nie bnyk lemak...hehehe..beli lah seluar besar sikit..baju pun kene beli yg bwh punggung..
3-Kaki: Perlu pakai stokin ker??ermm xsemestinyer..tak pakai stokin pun xpe asalkan kaki kowang 2 tutp..kalo yg nak pakai stokin 2 plak..kene lah beli yg tebal sikit..jangan kasi nmpk ibu jari kowang 2..

Sekarang nie macam2 fesyen untuk owang perempuan...erm xpyh la nak berfesyen..boleh jatuh dosa kalo memakai pakaian yg berlebih lebihan nie...nak bercantik pun..untuk orang yg tertentu saja jerlah..Sekara nie macam2 kerenah wanita dalam menutup aurat..ada yg pakai tudung tp pendek..ala mcm biarawati gereja pakai..Allah sudah memberitahu kita tentang perintah dan syariat untuk menutup aurat..:

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).” Surah Al-A’raaf : Ayat 26 

Dan didalam firman Allah lagi :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab : ayat 59

Dan juga Allah telah menggatakan:
“Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur : ayat 31

 Di dalam Hadith Rasulullah juga telah mengatakan bahawa:

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” Hadith Riwayat Abu Dawud

“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah “- Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.









Di dalam peristiwa Mi’raj Rasulullah ke langit, baginda telah melihat gambaran hukuman yang dikenakan ke atas wanita yang tidak menjaga aurat ini. Ada wanita yang menangis-nangis meminta pertolongan tetapi tiada siapa yang membantunya -  ini lah hukuman bagi wanita yang berhias untuk selain suaminya. Dan ada wanita yang tergantung dirinya pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk yang panas – inilah hukuman kepada wanita yang tidak menutup aurat termasuk rambutnya. Ada juga wanita yang mukanya HITAM dan MEMAMAH isi perutnya sendiri – inilah hukuman terhadap wanita yang menggoda dan mengghairahkan lelaki. 

Ini baru sebahagian kajian saya..tapi tangan nie plak rasa sengal2 plak..aduh..erm gmbr2 nie bukan nak membuat kan kaum lelaki dosa melihatnyer..namun de sesetengah wanita masih belum memahami aurat sebenar seseorang muslimah yg di janjikan Allah syurga untuk dirinya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan