Salam Pembuka Bicara

Jumaat, 7 Oktober 2011

Duhai Imam rumahtangga ku

Setiap benda yang hidup memerlukan pasangan..
Yang malam akan mencari siang..
Yang gelap akan mencari terang..
Yang tumbuhan akan mencari makanan..
Yang wanita memerlukan lelaki..
Kata2 hati membisikkan di mana teman mu?

Setiap wanita akan terasa sepi..
sunyi..mencari2 sesuatu..
untuk diselami hati agar terasa bahagia..
jiwa yang kosong..terasa untuk di isi dengan sinar kebahagian..
agar yg gelap dihiasi dengan nur bahagia..

Setiap lelaki juga ingin dibelai..dimanaja..
Mencari teman yg hakiki..
Yg boleh melayani mimpi2 indah bersama..
Sentiasa menyokong berjuang bersama kita..
Memboleh rasa kenikmatan syurga dunia..

Itulah fitrah..
setiap makhluk yg bernyawa yg dicipta Oleh Allah SWT
saling sayang menyayangi..
saling ingat mengingati..
menyelami jiwa masing2...
bagaikan indah nya mahligai akan diciptakan..

Memang benar di dalam kalam suci..
Hidup harus berkenal-kenalan..
Tapi ada syaratnya..
Jangan lari dari syariat..
Ada caranya sendiri..
Jika hati sama serasi..ikatlah hati..
jika itu adalah unutk dirimu..
pautlah ikatan dengan ikatan yg murni..
Jangan dicemari tatkala sudah bersatu..
Jagalah hati..jangan disakiti..
ajarlah dan didik lah dengan baik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan