"Macam mana?Dah siap semua persiapan?Nanti jangan kelam kabut sudah."Ujar ayah kepada ibu..Aku pula sibuk mensiapkan diri untuk menyerahkan jiwa dan ragaku kepada bakal ku..Perasaan aku??Erm entah la..sukar untuk menapulasikan perasaan aku sendiri..Persiapan semua hampir siap dibuat tapi..aku masih sempat menjerling seseorang yang duduk jauh termenung..Apa la yang direnungnya..Mungkin dia masih belum terima apa yang akan berlaku nanti..
"Apa la yang maknya termenung sangat 2?jauh jer tengok tu..sudah-sudah la tu maknya..kita redha dan terima sahaja ketentuan Allah SWT..Insyallah kita dah didik dia dengan semua ilmu agama dunia dan akhirat..Apa-apa pun kita berdoa kepada Allah SWT..Dia lah yang Maha Mengetahui.."Pujuk abah apabila melihat mak menyendiri termenung melihat persiapan siap tersedia..
"Saya bukan nya tak boleh terima atau redha bang..tapi hati saya sayu nak melepaskan anak kita pergi..Bagaimana keadaan dia nanti kat sana bang?Bolehkah diterima anak kita??"Tiba-tiba menitis air mata mak tatkala abah menegur mak sendirian..Abah memang memahami perasaan mak..Itulah tanda ikatan kasih sayang walaupun sudah 60 tahun mereka bersama menyemai cinta yang sejati..
"Erm mak..nape nie?tak baik macam nie..mak menangis..nanti orang kata mak buat kenduri tahlil pulak.."usik aku kepada mak..tergelak kecik emak..Ya dalam senyuman ketawa mak tetap masih tersimpan perasaan resah dia..Emak..terimalah ketentuan anak mak..Redhakanlah..doa aku dalam hati ku..
PADA HARI KEJADIAN
"Alhamdulillah..Dia dah pun dapat hak dia..Anak kita telah pergi dengan selamat..Dah terlepas hak kita selama nie.."Ujar abah kepada mak..Aku pergi dengan senyuman melambai-lambai Abah dan Mak..Mereka senyum mengiring aku walaupun aku tau perit hati untuk melepaskan aku pergi..Tapi sebagai manusia biasa..perasaan redha dan menerima ketentuan Illahi adalah wajib dalam hidup yang sementara ini..
"Semoga anak kita aman disana..Insyallah.."doa abah untuk aku.."Aminnn..saya harap sangat..tak sangka dia pergi dulu sebelum kita bang.."Berjurai air mata mak..
Aku selamat dimandikan,dikapankan dan dikebumikan..Itulah saat-saat yang aku tunggu selama ini..Penyakit barah otak yang aku alami selama 2 tahun telah ditamatkan dan Allah telah mengambil haknya dan aku lah haknya..Tiada siapa yang lebih berhak untuk mendapatkan aku selain Dia..
Salam Pembuka Bicara
Rabu, 7 September 2011
AiR MaTa KeiNsAFaN
Air mata keinsafan keinsafan
Yang Mengalir Di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Illahi
Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang Hamba yang Dhaif
Kerana Mengenang segala dosa
Moga Mendapat Keampunan dari Illahi
Setiap Kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh kita bersama susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tidak rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi
Setiap Kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh kita bersama susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tidak rugi
Dalam meniti hidup ini
Yang Mengalir Di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Illahi
Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang Hamba yang Dhaif
Kerana Mengenang segala dosa
Moga Mendapat Keampunan dari Illahi
Setiap Kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh kita bersama susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tidak rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi
Setiap Kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh kita bersama susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tidak rugi
Dalam meniti hidup ini
Jumaat, 2 September 2011
Hilir dan Hulu Sungai-sungai di Syurga
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Pada malam perjalananku ke langit, diperlihatkan kepadaku semua syurga. Maka aku melihat empat macam sungai: Sungai Air, Sungai Susu, Sungai Khamar dan Sungai Madu. Lalu aku bertanya kepada Jibrail: "Dari mana air ini bersumber dan ke mana ia mengalir?"
Jibrail menjawab: "Mengalir ke kolam Al-Kautsar, tetapi aku belum mengetahui dari mana air ini bersumber. Cuba ku tanya dahulu dengan Tuhanmu."
Kemudian datanglah seorang malaikat dan berkata kepadaku: "Hai Muhammad, pejamkanlah matamu!" Tiba-tiba aku berada berdekatan sebuah pohon bersebelahan sebuah Kubah yang terdiri dari Mutiara Putih, pintunya dari yaqut hijau dan kuncinya dari emas merah. Jika dunia dan seisinya diletakkan di atas Kubah ini, akan seperti burung yang hinggap di atas gunung atau seperti telur yang diletak di atas gunung.
Aku melihat sungai-sungai itu megalir dari bawah kubah tersebut. Ketika aku hendak kembali, berkatalah malaikat tersebut menyuruhku memasukinya. Aku bertanya: "Bagaimana aku boleh masuk, sedangkan pintunya terkunci?" Berkatalah malaikat tersebut: "Kuncinya berada di tanganmu, iaitu lafaz Bismillahirrahmanirrahim"
"Maka aku mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim. Tiba-tiba terbukalah pintu Kubah itu dan masuklah aku ke dalamnya. Maka aku menyaksikan dari keempat sudutnya mengalirnya keempat-empat sungai itu. Ketika aku hendak pulang, maka malaikat itu menunjukkan aku tulisan Bismillahirrahmanirrahim tertulis di atas sudut-sudut Kubah itu. Aku menyaksikan bahawa Sungai Air bersumber dari Mim lafaz Bismillah, Sungai Susu bersumber dari Ha lafaz Allah, Sungai Khamar bersumber dari Min lafaz Arrahman dan Sungai Madu bersumber dari Mim lafaz Arrahim. Maka tahulah aku bahawa sumber-sumber sungai itu dari lafaz Bismillahirrahmanirrahim"
Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai Muhammad! Barangsiapa dari umatmu yang menyebutku dengan nama-nama ini, akan Ku beri minum dari sungai-sungai ini".
Nk x jdi istri ke2 sye
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya – ”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan,” jawab Fikri.
***
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
[QS al-Taubah 9:24]
ILUVISLAM-SAYA TAHU SAYA TIDAK CANTIK
SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

Khamis, 1 September 2011
PEMUDA HUSSAINI
LEMBUT TUTUR MU
TEGAS MEMBELA AGAMA
GAGAH BERANI TIADA TANDINGNYA
MULIA AKHLAK MU
DIDIKAN RUMAH KENABIAN
PENYINAR SEGALA KEGELAPAN
IBUNDA MU
PENGHULU WANITA DI SYURGA
JELMAAN BIDADARI DI DUNIA
MENYINTAI NYA ADALAH SATU IBADAH
PUTERI KESAYANGAN RASULULLAH
AL HUSAINI
KEPAHITAN MU KU RASAI
TERKORBAN KAU MENENTANG KEMUNGKARAN
REBAH TERSUNGKUR
MASIH DI DALAM SENYUMAN
TABAH HATI MENEMPUH CABARAN
YA ALLAH SAMPAIKAN SALAM KU KEPADANYA
PEMERGIAN TIADA PENGGANTI
PEMUDA SYURGA GELARAN MU DI DUNIA
KAU PEPOHON PENCINTA KETAQWAAN
ZUHUD SIFAT MU
REDA SETIAP KETETAPAN
PEDOMAN ENGKAULAH TELADAN
AL HUSAINI
KEPAHITAN MU
KU RASAI
TERKORBAN KAU MENENTANG KEMUNGKARAN
REBAH TERSUNGKUR
MASIH DI DALAM SENYUMAN
TABAH HATI MENEMPUH CABARAN
YA ALLAH SAMPAIKAN SALAM KU KEPADANYA
PEMERGIAN TIADA PENGGANTI
HANCUR TUBUH MU
BERCERAI DI KERBALA
DARAH SUCI MERAH MENGALIR
TENANG NAFSU MU
MENYAHUT PANGGILAN SYUHADA
IRINGAN WANGIAN PENGASIH
YA ALLAH...
TEGAS MEMBELA AGAMA
GAGAH BERANI TIADA TANDINGNYA
MULIA AKHLAK MU
DIDIKAN RUMAH KENABIAN
PENYINAR SEGALA KEGELAPAN
IBUNDA MU
PENGHULU WANITA DI SYURGA
JELMAAN BIDADARI DI DUNIA
MENYINTAI NYA ADALAH SATU IBADAH
PUTERI KESAYANGAN RASULULLAH
AL HUSAINI
KEPAHITAN MU KU RASAI
TERKORBAN KAU MENENTANG KEMUNGKARAN
REBAH TERSUNGKUR
MASIH DI DALAM SENYUMAN
TABAH HATI MENEMPUH CABARAN
YA ALLAH SAMPAIKAN SALAM KU KEPADANYA
PEMERGIAN TIADA PENGGANTI
PEMUDA SYURGA GELARAN MU DI DUNIA
KAU PEPOHON PENCINTA KETAQWAAN
ZUHUD SIFAT MU
REDA SETIAP KETETAPAN
PEDOMAN ENGKAULAH TELADAN
AL HUSAINI
KEPAHITAN MU
KU RASAI
TERKORBAN KAU MENENTANG KEMUNGKARAN
REBAH TERSUNGKUR
MASIH DI DALAM SENYUMAN
TABAH HATI MENEMPUH CABARAN
YA ALLAH SAMPAIKAN SALAM KU KEPADANYA
PEMERGIAN TIADA PENGGANTI
HANCUR TUBUH MU
BERCERAI DI KERBALA
DARAH SUCI MERAH MENGALIR
TENANG NAFSU MU
MENYAHUT PANGGILAN SYUHADA
IRINGAN WANGIAN PENGASIH
YA ALLAH...
Rabu, 31 Ogos 2011
Menuju Wawasan..
WAWASAN DIRI DIPENUHI DADA DENGAN ILMU..
WAWASAN AGAMA BEKALAN MASA DEPAN DAN AKHIRAT..
KUAT USAHA JUJUR DAN AMANAH..
SENTIASA MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH
UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG
HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
JANGAN BUANG MASA
SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH
KITA ADA ALLAH MAHA KUASA
KITA PUNYA KUASA TENAGA
DOA SEBAGAI SENJATA
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH2X
UMAT ISLAM ZAMAN LAMPAU TAAT PERINTAH RASULULLAH
BERSAMA BERUSAHA BERSATU TUJU WAWASAN DUNIA DAN ALHIRAT
UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG
HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM
JANGAN BUANG MASA
SIAPA KATA KITA TIDAK BOLEH
KITA ADA ALLAH MAHA KUASA
KITA PUNYA KUASA TENAGA
DOA SEBAGAI SENJATA
UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH..
AKIDAH IBADAH HARUS SEMPURNA
IBADAH TANPA AKIDAH WAWASAN SYAITAN
ULAMA WARISAN ANBIYA
PEGANGAN MEREKA HARUSDI IKUTI'
AJARAN SESAT WAJIB HINDARI..
UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG
HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.....
AKHIRNYA ISLAM CEMERLANG SELURUH DUNIA.....

Langgan:
Catatan (Atom)