Salam Pembuka Bicara

Isnin, 5 November 2012

Sekian lama jari-jari ini tidak menaip..

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis di dalam blog ini..kesibukan dalam akademik dan menyumbang kerja Islam tidak mengizinkan untuk seketika bersama blog..

Syukur ke hadrat iIlahi masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini.Sujud syukur keatas kenikmatan yang diberikan oleh Sang Pencipta udara yang boleh ana hembuskannya..

Kesibukan dalam akademik di kampus dengan berlalunya exam final dan seterusnya continue dalam sumbangan kerja2 dakwah yang sememangnya harus dipikul oleh makhluk yang berakal dan yang telah Allah SWT ciptakan untuk menjadi KHALIFAH di muka bumi ini..

Dan kita manusia harus memikul kewajipan ini menyebarkan dakwah-dakwah ISLAM di seluruh pelusuk dunia..tidak kira bangsa apa-apa pun..Kerana ISLAM itu telah dimulakan oleh Rasullah SAW dan kita sebagai umatnya wajib meneruskan kerja-kerja dakwah ini..Kita bukanlah penamat dakwah-dakwah ISLAM tetapi penyambung kerja-kerja dakwah Rasulullah SAW..

Tanggungjawab memikul amanah yang diberikan memang payah untuk dilaksanakan..Ujian dan ancaman adalah duri-duri yang kita harus rasakan  sepertimana yang pernah dirasai oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat sebelum Islam tersebar ditanah Melayu....Pelbagai ancaman dan dugaan yang diterima oleh Baginda bersama para sahabat yang diberikan dari kaum musyrikin Mekah..

Wahai sahabat semua..dapatkah kita rasai keperitan dan kesakitan yang selalu dirasai oleh Baginda?Kekasih Allah di baling najis ketika menunaikan solat, dihina dan dicaci malah dikatakan seorang yang gila tatkala Baginda menyeru para kaum Mekah memeluk Islam..Pernahkah kita rasai semua itu?

Wahai Pemuda dan Pemudi!
Usahlah kita bersekang mata melayan hiburan dan keseronokan hal-hal duniawi..Dunia hanya medan keseronokan manusia yang lalai dalam metaati perintah Allah..Leka dari segala kewajipan yang selayaknya kita lakukan kepada ALLAH yang menciptakan Langit dan Bumi..

Bangkit..Bangkit..Bangkit para Anak Muda..
Usah kalian terlena dibuai mimpi indah yang akan menghancurkan timbangan amal kebaikan yang asal usulnya kita adalah dari benih ADAM dan Hawa..yang diciptakan dari Syurga..Janganlah kita menempah neraka..Malulah pada diri sendiri..malulah pada musuh-musuh ISLAM,,,Mereka tertawa akan kita kerana kitalah yang menghancurkan Islam itu sendiri..

Akhir penulisan setakat ini ana mengharapkan anak muda Islam memimpin Umat Islam untuk kebangkita merebahkan kekejaman,kehancuran dan kekufuran yang mana pemerintahnya menzalimi agama Allah iaitu Islam..Allahuakhbar!


Mujahadah Srikandi..

Ahad, 19 Ogos 2012

Hari Kemenangan Umat Islam


Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin..
Tidak lupa pada saudara Islam ku di negara lain..setiap dugaan yang Allah SWT berikan bukanlah semata-mata untuk ujian tetapi ingatlah..ujian itu untuk menguji kesabaran kamu..Allah SWT sangat sayang pada hambaNya yang sentiasa sabar..kerana kesabaran itu adalah peningkatan keimanan dihati mu..

Selasa, 7 Ogos 2012

Satu taklifan..^_^

Alhmadulillah sedar tak sedar..masa berlalu dengan sangat pantas..Ramadhan sudah pun hampir ke puncaknya..bagaimana dengan amalaan-amalan kita?Al Quran sudah juzuk ke berapa..

Dan sedar tak sedar juga..tiba-tiba aku teringat akan nasib kanak-kanak yang dilanda musibah..mampukah mereka untuk meneruskan perjuangan untuk hidup tanpa keadaan yang selesa..Adakah ramadhan ini tak bermakna buat mereka?adakah kegembiraan sambutan hari raya nanti akan mengalir air mata kerinduan bagi yang telah kehilangan keluarga tercinta mereka..Allah..

"Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan orang mukmin,maka mereka bukan dari golongan orang mukmin"
(Riwayat Baihaqi)

Namun kadang-kadang aku terfikir..mampukah aku menjadi khalifah yang telah diamanahkan oleh Allah SWT?

Baru-baru ini aku ditaklifkan pimpinan untuk anak negeri.. sukar untuk mempercayai dan menerima tanggungjawab ini..entah bagaimana aku harus menghadapinya...layakkah aku?

Namun aku serahkan segalanya kepada Allah..Insayallah dengan sedaya upaya aku menerima tanggungjawab ini...

Rabu, 25 Julai 2012

Ramadhan Kembali

Ahlan Wassalan Ya Ramadhan..
Bertemu kembali ramadhan yang penuh barakah..
Bulan yang penuh ganjaran amalan baik..
Dibuka pintu-pintu rahmat..
Diikat para syaitan..

Apakah Ramadhan kali ini Ramadhan yang penuh bermakna buat kita?
Adakah Ramadhan ini Ramadhan kali terakhir buat kita?
Bagaimana kita isi masa kosong kita dengan dipenuhi amalan-amalan kebaikan?

Ya Allah..
Jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang penuh barakah bagi ku..
Berkatilah amalan-amalan di bulan Ramadhan ini
Terimalah taubat-taubat kesalahan sengaja atau tidak sengajakan
Jauhkanlah diri ku dengan perkara yang melekakan diri ku..

Jumaat, 29 Jun 2012

Ramadhan Bakal Tiba Kembali...
Jadi para sahabat..adakah teman-teman sudah bersedia menerima kehadiran Ramadhan Karim??
Adakah Ramadhan kali ini Ramadhan yang terakhir bagi kita?
Atau kita akan menemui Ramadhan akan datang?
Sedar atau pun tidak sedar...
bila Ramadhan memasuki ke dalam jiwa umat islam..
adakah mereka ceria atau lemah menerima kehadiran Ramadhan..
Bila sudah memasuki Ramadhan..
Ada yang tidak dapat mengawal nafsu..
Adakah syaitan yang harus dipersalahkan?
Bukankah syaitan itu semua sudah Allah SWT rantaikan mereka..
Dan Allah SWT mengunci pintu-pinti neraka..
Dan dibuka nya kamar-kamar syurga..
Bulan Ramadhan adalah bulan keberkatan untuk umat islam..
Justeru itu,manfaatkanlah...
Rebutlah kebaikan-kebaikan yang pasti diberi ganjaran nya..
Niat Lillahi Ta'ala...
Allahuakkhbar..besar sungguh ganjarannya...
Di bulan lain tiada yang besar ganjarannya..
Namun di akhir bulan Ramadhan..
Ganjarannya lebih hebat!!
Allah menawarkan kepada hambaNya
Ganjaran berlipat ganda pada malam 10 terakhir...
Subahanallah!
Namun sayangnya...
ada segolongan hambaNya memanfaatkan di rumah sahaja..
Bersungguh dalam membuat kuih raya,mencari baju raya...
Menghias rumah....Ibadat 10 malam terakhir?
Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang lakukan...
Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang penuh Barakah yang kita impikan..
Janji pada diri kita sendiri..
Bahawa Ramadhan kali ini dan selamanya kita hidup di bumi Allah ini..
Janji akan manfaarkannya dan merebut segala kebaikan dan amalan yang ganjarannya di syurga kelak nanti..
Amin Ya Rabbal Alamin...

Isnin, 14 Mei 2012

Design Kad Kahwin

Salam Mahabbah..syukur diberi peluang untuk bernafas..cuti yang agak kurang best..dan aku xtau nak wat apa..oleh itu..aku wat kad kahwin..saja-saja jer nak cuba hasil kan sendiri..mana tau aku nie ada bakat dalam design-design kad ker kan?so nie lah hasilnya yang tak berapa lawa


Haaa macam mana?memang tak lawa kan..huhu..baru nak cuba-cuba jadi design nie..huhu..







Huhuhu..erm kalo ok..insyallah nanti nak wat bisnees sendiri..kedai kad kahwin..hohohoho..ala..mana la tau..

Khamis, 3 Mei 2012

BerSih 3.0

Assalammualaikum!

    Alhamdulillah..bersyukur kerana Allah SWT masih diberi kesempatan untuk melihat bumi yang Indah..

Sabtu 27 April..Tarikh yang ditunggu-tungu..
Malam itu,mata tidak mahu lena..mungkin resah untuk menanti hari esoknya..berdebar-debar rasanya hati ini..hanya Allah SWT yang tahu..
Hampir 4.30 pagi..belum juga merehatkan badan..
Jam 5.30 pagi..Alhamdulillah lena sekejap pun tak apa..rasa berat lagi mata nie..
Jam menunjukkan tepat 6.30 pagi..usai sahaja solat subuh dan bacaan Al Mathurat..Rasa hati ini makin resah..namun tetap kuatkan hati.sentiasa doa dalam hati ini..
7.30 pagi..Bertolak ke Masjid Negara..setiap langkah hati ini terus selawat dan mohon pada Allah SWT..
Jam 9 pagi..sampai sahaja di Masjid Negara..hairan dengan anggota polis..tiada menahan @ check..
Namun terus melangkah berjalan..Bersama-sama kumpulan orang tua..tak kisahlah..nak rasa selamat sikit..=)
Alhamdulillah jam 9.30 pagi ..berhenti di Masjid Negara..suasana belum hangat lagi..belum ramai lagi membanjiri dihadapan Masjid Negara..
Jam 11 pagi..Nampaknya ramai sudah berkumpul di hadapan Masjid Negara..ada juga yang sudah siap sedia..suara-suara rakyat juga telah didengari..banner telah di bentangkan untuk dilihat..






Jam 12 tghari orang ramai berehat sebentar di dalam Masjid Negara..rehatkan badan untuk mengisi kekuatan selepas solat zohor..
Jam 1.45ptg..Orang ramai berpusu-pusu keluar dari Masjid Negara untuk berkumpul..Terus sahaja berarak..Dah tak tahu pukul berapa..tiada masa untuk melihat jam..Terus jer berhimpun..namun kami terpaksa undur mengikut jalan yang lain..kerana di hadapan asap pemedih mata dah dilepaskan oleh pihak polis..
Berhenti di tengah-tengah jalan..mendengar ucapan..kiraan 15minit ke atas berhenti..tiba-tiba..asap pemedih mata terkena pada kami..orang ramai berkeliaran berlari menuju tempat yang selamat..
Mulut tidak henti selawat dan mohon pada Allah SWT..
Tangan meraba garam untuk dikemam dan air untuk basuh mata..Allahuakhbar!..
Terharu air mineral diberi orang bukan non muslim..
Kaki ini terus melangkah..mata ini masih pedih lagi..
kelihatan orang awam terus berjalan untuk menyambung balik untuk berhimpun..
dan aku terus untuk ke Lrt untuk ke KL sentral..
Di Lrt kami ditahan oleh pihak polis..dikatakan Lrt tutup..
Rupa-rupanya..ermm dia tak nak bagi kami masuk nek Lrt..
Diri nie dah terlalu letih namun doa mengharapkan Allah SWT masih memberikan kekuatan..
Kami terus menuju ke Lrt juga..pagar untuk memasuki Lrt dibuka..
orang awam mengetahui penipuan itu marah..ada juga yang mengambil gambar polis tersebut..bukan orang melayu yang tangkap gambar polis 2..tapi non muslim..
Kami terus beratur untuk beli tiket ke KL sentral..
Sepanjang dalam train..masih ada orang ramai terus berhimpun..
Sampai sahaja di Masjid Jamek..orang ramai membanjiri di Masjid Jamek..
Dan kami terpaksa untuk pulang awal..
Alhamdulillah kami selamat sampai di KL sentral..
Walaupun penat tak hilang lagi..namun aku bersyukur kerana dapat merasai suasana..
Kini dah 6 hari Bersih 3.0 telah berlalu..namun kehangatan isu masih terasa..
Isu yang paling hangat tentang polis upahan penyokong bersih..