Salam Pembuka Bicara

Selasa, 30 Ogos 2011

KEMENANGAN YANG DICAPAI..

ASSALAMMUALAIKUM...terleboh dahulu saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana Allah SWT masih memberi kesempatan kepada kita untuk menyambut kemenangan di bulan syawal ini..Dalam kesibukan kita menyiapkan persiapan menyambut hari raya..cuba kita renungkan masa kita lebih banyak kepada memuja Allah atau memuja pada keseronokan menyambut hari raya..Alangkah baiknya jika kita membuatpersiapan raya seiring dengan takhbir raya yang bukan sahaja berkumandang di masjid2 malah di radio juga di televisyen..Tasbih,tahmid dan tahlil adalah pujian yang wajar kita ucapkan oleh umat ISLAM sebagai tanda kemenangan kita selepas menghadapi ujian besar dari Allah SWT ..Ya sepanjang bulan Ramadhan kita diuji olehNya dengan pelbagai latih tubi seperti ibadah pada bulan ramadhan ditawarkan ganjaranyang banyak berbanding pada bulan-nulan biasa bagi mereka sesiapa yang memperbanyakkan amal ibadahnya..lalu kita pun berumba-lumba untuk merebutkannya.selain itu,walaupun gangguan syaitan sudah tiada kerana telah dirantai fizikalnya,kita masih dibekalkan nafsu yang sifatnya sangat mengajak kepada keburukan..Nafsu inilah yang cuba menghalang amalan  yang cuba kta tingkatkan,nafsu jugalah yang cuba menggagalkan usaha kebaikan sepanjang bulan ramadhan..Syaitan juga dikatakan dirantai di penempatannya  supaya tidak menggangu manusia secara melangsung..
Kemenangan yang paling besar ialah sifat taqwa yang diberikan kepada umat Islam yang dapat mengatasi semua halangan.Mereka takut untuk melakukan dosa walaupun peluang sudah ada di depan mata.Mereka ini juga akan melakukan kebaikan sebanyak mungkin walaupun pelbagai halangan dan dugaan..Atas rasa kemenangan itulah pada malam hari raya Rasulullah SAW mengajak semua umat Islam mengalunkan pujian,tasbih,tahmid dan tahlil..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Ramdhan Abah

"Erm 2 Alaisyah wat pe 2??termenung jauh abah nampak??erm anak abah dah de pakwe eh??"usik abah tatkala melihat aku duduk sendirian di beranda rumah..Walaupun sudah 30 tahun abah dirikan rumah itu..namun ia masih kukuh..Rumah kami tidak ada sikit pun sisa batu..Semuanya kayu sahaja sehingga kadang2 terpaksa di tukar ganti..Namun aku bersyukur apa yang Allah kurniakan kepada keluarga kami..dengan adik beradik yang begitu ramai.."Apalah abah nie..mane de termenung..Adik terfikir macam mana nak sambung belajar kalo tanpa abah dan mak nanti.."sayu hati ku meluahkan apa yang telah aku pendam selama ini..Abah merenung dalam ke hatiku..Setahun kemudian aku dapat melanjutkan pelajaran di Mesir dalam jurusan Bahasa arab..2 tahun setengah aku disana tanpa pulang ke tanah air menjadikan aku semakin bersifat sabar..namun aku akui suratan takdir..Pada semester 4 aku disana..Allah telah menjemput abah kembali kepadanya..Di sebabkan aku ketika itu dalam menduduki peperiksaan tidak membenarkan aku pulang melihat kali terakhir wajah abah sayang ku..Namun aku redha ketentuan Illahi..Tamat sahaja pengajian..aku terus pulang ke tanah air untuk menziarahi pusara abah.."Abah..Alaisyah membawa kejayaan yang abah impikan dari anak abah..jangan tinggalkan Alaisyah abah!!!..."meronta jiwaku.. 2 tugu tertera nama abah ku genggam seeratnya..Ramadhan tahun ini tanpa ucapannya..bisikannya.."Abah!!rindu pada abah.."

Isnin, 8 Ogos 2011

Kerinduan Dalam Perpisahan

"Abah!!!"..aku menjerit sekuat hati aku..Namun suara aku seolah2 tenggelam dibuatnya..tiba-tiba..
"Bangun Nisha!!..Bangun!!..mengigau la plak kamu nie.."Qislah..rakan sebilik ku menggeleng kepala terkejut mendengar jeritan tidur ku..Lantas aku terbangun dan melihat sekeliling..setiap sudut aku lihat..Tiada siapa di situ dan hanya aku dan Qislah sahaja.."Istigfar Nisha..Istigfar..kamu nie menggigau nie.." Dia menenangkan aku sebentar sebelum menuju ke dapur.."Dah pukul bape nie??"..Tanya aku dengan terpingga.."Erm pukul 4.30 pagi..Dah2..jom sahur..gi basuh muka kamu 2.."Arahannya aku patuhi..Lantas aku turun dari kati menuju ke bilik air..Dalam hati aku..pedih menangis..Hanya Allah yang tahu akan perasaan itu.."Lagi seminggu nak raya nie..kamu balik bila??dah beli tiket ker??Qis balik kampung jumaat nie..raya kan hari rabu..takut la Nisha duk sowang2 kat rumah nie.."Pertanyaan Qislah menghantui aku..Aku nak balik mana??aku tinggal sebatang kara..rumah aku yang dulu yang ditinggalkan ayah dan ibu telah di ambil oleh kakak aku..sungguh kejam dia..centus hati aku..namun inilah takdir yang aku harus hadapi..manusia yang sanggup putuskan hunbungan persaudaraan..darah yang sama2 mengalir dalam diri mereka.."Erm aku xtau la..mungkin aku raya kat sini kot..aku dah biasa dah raya sowang2.."suara aku sedikit sayu..memang betul..sejak ayah dan ibu telah ke rahmatullah..aku dihalau oleh kakak aku dari rumah itu..namun aku bersyukur Allah menemukan sahabat yang sanggup menerima aku dan memberikan tempat tinggal.."Alaa kamu nie..2 la Qis dah ajak kamu raya bersama keluarga Qis kat kampung xnak plak..best pe..rumah Qis meriah..ramai anak buah balik..jom lah!!"..Nampaknya Qislah tekad untuk mengajak aku untuk berhari raya bersama dia di kampung..Hati aku entah mengapa untuk mengatakan tidak untuk pelang bersamanya,,Biarlah hari raya aku dengan titisan air mata kerinduan aku akan saat gembira raya ku bersama ibu dan ayah..Walaupun dalam hati ini meronta2 untuk pulang ke kampung halaman ku.."erm xpe la Qis..Nisha segan la ngn famly Qis..ramai adik beradik balik..nanti mengangu plak raya kowang semua..Lagi pun ingat raya nie nak balik rumah sedara.."Ujar aku dengan senyuman ku..aku mengharap dia setuju dengan rancangan aku.."yela..tapi pasti kan Nisha balik eh rumah sedara Nisha 2..kalo x balik siap lah..xnak kawan Nisha.."Amaran Qis kepada aku..aku tau dia tidak mahu aku sedih pada pagi raya..namun niat aku bukan untuk menipu dia..tapi biarlah aku sendirian ditemani air mata..Abah..Ibu..Nisha terlalu rindu pada Ayah dan Ibu..Kakak2 dah pulau kan Nisha..Kini Nisha xde sape2..Nisha hidup keseorangan..Nisha nak jumpa ibu dan ayah..Nisha rindu sangat2..sejak ibu dan ayah pergi..hanya air mata menemani Nisha..air mata kerinduan pada ayah dan ibu...Ya Allah Kau tempatkanlah mereka di kalangan para soleh dan solehah..Kau ampunkanlah dosa2 mereka dari kecil hingga mereka menghembuskan nafas terakhir..Aminnnn Ya Rabbal Alamin..

Ahad, 31 Julai 2011

Bulan Ramadhan kembali tiba

Assalammualaikum..kepada semua umat islam  di mana sahaja kalian berada..sedar tak sedar..ramadhan kembali menghampiri kita..Ahlan Wasalan kepada Ramadhan..Kita jangan sangka bahawa bulan ramadhan adalah bulan yang hanya berpuasa sahaja..Bulan Ramadhan juga ada keistimewaan juga dan pelbagai peristiwa yang terjadi khususnya kepada umat islam..Bualan puasa dikatakan bulan yang dimana Al Quran diturunkan dan berlakunya malam lailatul qadar..Bulan puasa juga boleh dikatakan bulan meenguji ketaqwaan kita kepada Allah SWT melalui Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183 hingga 184 yang bermaksud "Wahai orang beriman,diwajibkan atas kamu berpuasa,sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang sebelum kamu,mudah-mudahan kamu beroleh takwa,iaitu berpuasa pada hari-hari yang ditentukan(yakni pada bulan ramadhan)"..Bulan ramadhan dimuliakan dengan penurunan al Quran yang mana ia adalah antara rahsia Allah..Namun apa yang kita faham bahawa pada bulan ramadhan umat islam menahan dari makan dan minum serta menahan melakukan perkara yang mungkar dari terbit fajar hingga lah terbenam matahari..Disitulah Allah ingin menguji hambanya yang bertaqwa..Justeru,jangan kita tinggalkan ramadhan dengan begitu sahaja tanpa di isi dengan kelekaan hidup di dunia kita sahaja..Inilah saat yang kita nantikan hanya setahun sekali kita dapat mengisi dan memperbaiki amalan kita yang selama ini mungkin dosa lebih hebat dari pahala..Berubah!berubah!dan berubah la..hanya Allah yang layak disembah..Himpunkanlah amalan baik kita yang akan kita timbanglkan sendiri di akhirat kelak..Semoga ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi..Insyallah kita sama2 perbaiki diri kita..

Sabtu, 23 Julai 2011

ALAM-AL AZHAR MEMBERS

ALAM @ DIKENALI SEBAGAI AL AZHAR MEMBERS ADALAH PERSATUAN YANG KUAT DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.,ALAM ADALAH DI BAWAH MASJID KUIS YANG DI KETUAI NAZIR IAITU USTAZ FARID RAVI,PENSYARAH INSTITUT KAJIAN HADIS(INHAD) DAN PENCERAMAH BEBAS..WUJUDNYA ALAM INI ADALAH UNTUK MENARIK MAHASISWA DAN MAHASISWI UNTUK BERJEMAAH DI MASJID DAN MENJADI MASJID ADALAH TEMPAT UNTUK SEMUA URUSAN SEPERTI SYURA,TAZKIRAH,TEMPAT BELAJAR,MENUNTUT ILMU KITAB2 LAMA DAN LAIN2..INI UNTUK MENAMPAKKAN BAHAWA MAHASISIWA DAN MAHASISIWI ISLAM HARUS MENJADI MEMIMPIN DAN MEMIMPIN UMMAH AKAN KINI DAN SELAMANYA SEPERTI MOTO ALAM PADA SESI INI ADALAH" MAHASISWA ISLAM MEMPIN UMMAH".PELBAGAI AKTIVITI2 YANG ALAM SEDIAKAN UNTUK MAHASISIWA DAN MAHASISWI ISLAM DI KUIS UNTUK MENDEKATKAN DIRI DAN HATI MEREKA DENGAN KUIS SEPERTI RIADAH,MIMBAR MASJID,USRAH SINAR ROHANI,IFTAR ISNIN KHAMIS SECARA IJMAIE,DAN LAIN2..SETIAP MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO MEMAINKAN PERANAN PENTING UNTUK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DI AMANAHKAN OLEH NAZIR KUIS..ALAM TERDIRI DARI EXCO IMARAH&MASJID,EXCO EKONOMI,EXCO PENERBITAN&PENERANGAN,EXCO SUKAN&KESENIAN DAN EXCO TARBIYAH&DAKWAH..

Isnin, 4 Julai 2011

ANDAI ADA PEMIMPIN BEGINI-ILUVISLAM

Saya mendengar kuliah maghrib selepas tamat solat maghrib di sebuah masjid semalam. Tajuk kuliah yang disampaikan ialah antara "10 Golongan Yang Dijamin Masuk ke Neraka". Ketika penceramah menghuraikan isi kedua beliau: 'Raja dan pemerintah yang zalim', beliau menceritakan kisah sewaktu beliau masih belajar di Universiti Ain As-Syams, Mesir. Beliau belajar Bahasa Arab daripada pengajarnya, seorang Dekan Fakulti di Universiti Kaherah, Mesir. Pensyarahnya itu merupakan seorang pensyarah lepasan Ph.D. Kelas Bahasa Arab tersebut bermula dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 petang.
Tempoh 2 jam itu cukup lama bagi sesebuah kelas untuk berlangsung tetapi hakikatnya Hakikatnya, beliau hanya diajar oleh pensyarah tersebut selama 15 minit sahaja. Menurut beliau, para pelajar hanya diarahkan  menyebut dan menulis sepotong ayat berulang-ulang sebanyak 15 kali. Selepas tamat 15 minit, pensyarah tersebut berjalan ke belakang kelas dan mula menyusun meja.
Kemudian?
Kemudian pensyarah tersebut tertidur di atas meja yang disusun tersbut selama 1 jam 45 minit.
Penceramah tersebut telah berguru dengan pensyarah itu selama 6 bulan. Menjelang bulan ke-6, penceramah memberanikan diri untuk bertanya kepada gurunya:
"Wahai guruku, mengapakah kamu hanya mengajar kami 15 minit? Sedangkan masa yang diperuntukan adalah 2 jam."
"Saya minta maaf, wahai anak muridku. Saya sebenarnya sangat letih. Kehidupan saya sungguh sibuk," jawab pensyarah tersebut dengan nada keletihan.
"Apakah maksudmu, wahai guruku?" Soal penceramah tersebut dengan penuh sopan.
"Saya menguruskan pentadbiran di Universiti Kaherah daripada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Gajinya sebanyak 300 Genih Mesir: RM 330 sebulan. Kemudian saya berkhidmat pula, di Universiti Al-Azhar, daripada jam 1.00 hingga 4.00 petang. Gajinya juga sama seperti tadi. Kemudian, di sini di Universiti Ain As-Syams, saya berkhidmat daripada jam 5.00 hingga 7.00 petang. Gajinya 150 Genih Mesir= RM 165. Saya sangat penat. Maka, izinkan saya untuk berehat,"
"Adakah tuan menggunakan kereta?" Penceramah itu menyoal pensyarah tersebut lagi.
"Tidak. Saya cuma menaiki bas.Saya tidak mampu membeli kereta dengan gaji sebanyak ini. Hanya cukup untuk menyara keluarga saya," jawab pensyarah itu jujur dan tenang.
"Adakah tidak mengalir air mata kita apabila mendengar kisah ini? Inilah yang dikatakan zalim apabila pemimpin hidup dalam keadaan kaya raya dan berkuasa, rakyat dibiarkan hidup miskin dan papa kedana. Inilah yang terjadi ketika Mesir dibawah pucuk pimpinan Hosni Mubarak. Dia menyimpan kekayaan negara, sementara rakyat Mesir masih bergelumang di lembah kepapaan," ujar penceramah tersebut lagi.
Kisah benar ini harus dijadikan pengajaran. Semoga Allah melindungi kita daripada orang-orang yang zalim.

ANDAI RASULULLAH DI HADAPAN MU

ASSALAMMUALAIKUM..
Dalam diam dan sedar..kita sudah pun masuk bulan syaban..tidak lama lagi bulan ramadhan yang penuh barakah pula..Pernahkah kita terfikir amal jariah yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita..Pernah kita terfikir ketika kita lena dibuai arus duniawi dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti melepak,melakukan perkara yang mungkar dan perkara yng terkutuk oleh Allah SWT..andaikan anda sedang melakukan perkara maksiat itu..sedangkan Rasulullah melihat apa yang anda sedang lakukan..bagaimana perasaan beliau..bagaimana reaksi beliau..dan apa yang akan dilafazkan oleh beliau..tidak mungkin beliau tidak mengatakan.."INIKAH UMATKU??"

Bagaimana pula tatkala kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab mendidik anak2 kita tentang apa itu ISLAM..namun kita mengajar mereka bagaimana untuk mengejar kemewahan,kekayaan dan darjat..apakah perasaan Rasulullah ketika berada di situ..adakah beliau akan berkata"IKUTLAH AJARAN KU BERPANDUKAN KITAB ALLAH DAN SUNNAH KU"

Bagaimana pula ketika seorang pencuri memasuki rumah untuk mencuri..bagaimana hancur perasaan hati seorang Nabi yang sentiasa memikirkan umatnya tidak kira siang dan malam..beliau akan mengatakan.."JANGAN SESEKALI MENGAMBIL HAK SAUDARA ISLAM SENDIRI TANPA IZIN SAUDARANYA"

Bagaimana seorang sepasang kekasih melakukan zina..dan Rasulullah melihat akan perkara jijik itu..menangis Rasullah akannya..dan tidak malukah akan akan mereka melakukan di hadapan seorang NABI yang sudah dijamin syurga yang tertinggi untuknya..Kata olehnya.."JANGAN KAMU MENGHAMPIRI ZINA"

Banyak sekali untuk saya menceritakan keadaan manusia di akhir zaman..dan setiap perkara yang mungkar andai disaksikan oleh Rasullah secara realitinya..apakah perasaan beliau..NAMUN..RASULULLAH sudah tiada..namun ada masih lagi yang meneruskan warisan RASULLAH SAW..jika tiada sudah lama dunia ini musnah.. AUZUBILLAHMINZALIK....