♥Aku Dan DIA♥
Salam Pembuka Bicara
Ahad, 1 Disember 2013
Biar Berubah Kerana Allah SWT..
Sejak akhir-akhir ini diri ini selalu ditanya oleh sahabat-sahabat..Bukan ditanya pasal bila nak nikah tetapi ditanya "boleh tak lemah lembut sikit?" Opss soalan ini memang sangat-sangat sensitiv sikit..pasal apa nampak ganas sangat ker?
Sedih la juga bila ditanya soalan macam tu..rupanya ada maksud tersirat tentang persoalan itu..maksud tersirat itu adalah "kalau nak cari "bakal isteri" mesti cari yang lemah lembut.. aduh!
Dulu ada sahabat lelaki bertanyakan pada diri ini "ana pilih muslimat tu sebab ana suka cara dia yang lemah lembut dan sopan santun" tetapi kenapa eh bercerita tentang "muslimat tu" pada diri ini.. nampak macam memerli jer..Sabar je la hati ini..
Jika diri ini mahu berubah kepada seorang muslimah yang lemah lembut sopan santun insyaAllah ana akan berubah kerana Allah namun diri ini mahu bersahabat dengan orang yang menerima seadanya kelemahan diri ini..dan kepada bakal "calon" (zauj) jika kita nak cari cinta sejati..terimalah kelemahan dan kekeurangan pada pasangan..sejujurnya kelemahan ini tidak melanggar syariat pun..ianya kelemahan pada sifat diri..dan "ganas" itu bukanlah seganasnya tingkah laku atau perwatakan..cuma "ganas" yang tidak menakutkan orang lain..
Kadang-kadang sedih juga bila sahabat-sahabat yang hampir kepada baitulmuslim..jodoh Allah itu ada yang cepat dan ada yang lambat..dan aku yakin 'dia' menerima seadanya aku..dan aku menerima seadanya 'dia'
moga Allah hapuskan kekecewaan ini dan insyaAllah janji Allah itu pasti..Allah suka pada orang yang sabar..
Ahad, 24 November 2013
Allah kita Punya
Manusia sering tertipu dengan kehiudpan mehnah dunia yang fana..sedarkah kita dunia ini tidak kekal selamanya..ada yang mengetahui dan ada yang tidak ambil peduli atas "petanda" dari Allah SWT..Allahurabbi..
Di dunia ini tidak ada milik kita yang kekal selamanya..keluarga,isteri,suami,anak,harta,pangkat,dan kekayaan yang dimilki sekarang tidak dapat membantu membawa kita ke syurga..yang hanyalah adalah amalan kita,solat kita,doa dari anak yg soleh/solehah..
Manusia itu sedar dan mengetahui tetapi mereka dikhayalkan dengan kenikmatan dunia..
Berapa banyak pemimpin negra kita yang kaya raya dengan harta dunia yang sanggup tinggal di rumah kayu tiada sofa berkilau,tiada hamba abdi,tiada driver kereta,dan tiada ipad ?
Berapa ramai ketua-ketua menteri sanggup menjadi nelayan berada di tengah lautan berpanaskan matahari terik seakan panasnya api neraka yang membakar diri..
Berapa ramai Dato' YB Tan Sri dan seangkatannya yang sanggup memakai pakaian tidak berjenama..sanggupkah memakai hanya berbaju lusuh dan berkain pelikat untuk berjalan bersama keluarga?
Berapa ramai ketua kampung yang sanggup menahan mata tidak tidur pada waktunya keluar melihat situasi kampungnya sendiri?melihat anak-anak yatim tidur beralaskan simen yg kesejukan dan berbantalkan kedua-dua tangan..
<Fikir-fikirkanlah..Tepuk dada tanya Iman..lihat kiri lihat kanan yang mana amalan ku paling berat masa kini>
Sabtu, 23 November 2013
English Camp
This programme to improve our childrens english language..
Outdoor activities in Malacca Zoo and Crocodile Park..
Amal Teens Challenge
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini berkayak,flying fox,iklan spontan dan ward games..
Program ini berlangsung pada 16-17 Nov 2013 di Taman Botanikal,Ayer Keroh Melaka..Alhamdulillah kami mendapat respon yang baik dari adik-adik dan ibu bapa..semoga program ini dapat manfaatkan adik-adik ketika cuti sekolah ini..
Kami kakak-kakak dan abang-abang mengucapkan jutaan terima kasih kpd adik-adik kerana berjaya melibatkan diri dalam program ini..
Jumaat, 11 Oktober 2013
Tenangkan Hati ini
Assalammualaikum buat penulis 'blog'..setiap orang ada seni yg tersendiri menulis blogger mereka masing-masing..Hidup ini berbagai-bagai liku jalan yang kita perlu jalani dan hadapinya..Dalam kehidupan seharian kita..pelbagai perasaan yang kita laluinya seperti suka,marah,gembira,bahagia,seronok,sengsara,kecewa,lemah semangat dan berbagai lain kerenah diri kita sendiri..
Pernahkah terfikir bagaimana perasaan itu wujud dalam hati kita..
Adakala perasaan itu secara tiba muncul tanpa kita sedari..dan adakala juga ia dilakukan oleh orang disekeliling kita..
Perasaan negatif seperti putus asa,sedih,marah,kecewa,muram,cemburu,iri hati dan lain-lain sangat tidak baik untuk manusia..perasaan positif seperti gembira,suka,seronok,sabar,kuat semangat,tabah,dan lain-lain perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian kita..
Sesungguhnya bukan perkara ini,tujuan untuk menulis kisah ini tetapi perasan keadaan sekarang yg aku hadapi..negatif namun aku cuba jua untuk mempositifkan diri ini untuk tidak bersikap lemah sbgai seorang mukmin..kerana ciri seorang mukmin itu adalah tidak berasa lemah pd diri sendiri dan tidak mudah berputus asa..mohon doa kalian untuk mendoakan saya agar selalu positifkan diri sendiri..kerana saya hanyalah manusia biasa dan tidak terlepas melakukan kesalahan..
#Duhai Sang Pencipta Malam.. Tenangkan jiwa ku yg resah gelisah ini..#
Jumaat, 27 September 2013
Al Fatihah untuk Pejuang Gerakan Haraki Islam
Ketegasan beliau ini di bawa ke mana-mana sama ada semasa beliau berkhidmat sebagai Pensyarah di UKM sehinggalah terlibat secara sepenuh masa dengan PAS. Aku pernah mendapat pengkhabaran, beliau pernah menempelak Dr Yusof al-Qaradawi sewaktu sama-sama hadir mewakili PAS dalam persidangan gerakan Islam sedunia. Beliau menempelak Dr al-Qaradawi disebabkan beliau pernah menyebut PAS sebagai musta`jilun (golongan yang tergesa-gesa) dalam persoalan melaksanakan hukum hudud. Aku diberitahu, Ustaz Azizan bertanya Dr al-Qaradawi, adakah beliau benar-benar faqih dengan realiti Malaysia?, dan kalau beliau tidak faqih sepatutnya bertanyalah kepada PAS, bukannya ke datang Malaysia terus berjumpa dengan golongan sekular di dalam UMNO.
Aku mula mengenali Ustaz Azizan hampir 20 tahun yang lalu, ketika itu beliau dalam tahun-tahun terakhir berkhidmat di UKM. Ketika itu aku bertemu dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan jemputan memberi pengisian ilmu kepada anak-anak muda yang bakal bertamrin. Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak dapat memenuhi jemputan, lalu beliau mencadangkan nama Ustaz Azizan. Ketika itulah aku mula mengenali nama Ustaz Azizan, salah seorang ulama yang mula berkecimpung sepenuh masa dengan PAS. Selepas bergraduasi, aku menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, dan Ustaz Azizan adalah salah seorang anggotanya. Di kesempatan itulah aku semakin mengenali Ustaz Azizan dengan sifat-sifat yang dinyatakan sebelum ini.
Dalam mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri bersama, Ustaz Azizan adalah kuat mempertahankan pandangannya, malah beliau begitu tegas dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Beliau sering mengingatkan supaya 'ikut buku' ataupun sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat. Sebagai contoh katanya, "sekiranya enta berniaga, enta jangan sesuka hati beri anak enta barangan yang diniaga (seperti gula-gula dan lain-lain). Kalau mereka ambil, minta mereka bayar atau enta sendiri keluarkan duit enta untuk membayarnya". Ketegasan Ustaz Azizan itu, menyebabkan kadang-kadang berlaku ketegangan dalam mesyuarat, tetapi selepas selesai mesyuarat, Ustaz Azizan akan kembali ramah seperti biasa.
Bagi mereka yang tidak biasa dengan sifat-sifat Ustaz Azizan ini, pasti mereka akan terkedu pada permulaannya, tetapi setelah mengenali beliau barulah kita akan memahami tingkahlakunya. Demikianlah sifat-sifat Ustaz Azizan dalam berkecimpung sepenuh masa dengan PAS, sehingga beliau menjadi salah seorang pimpinan PAS yang sangat kritis dalam memberi pandangan dan membuat keputusan. Ustaz Azizan terlibat dengan organisasi PAS di peringkat tertinggi, iaitu Majlis Syura Ulama sehinggalah ke peringkat akar umbi kawasan dan cawangan. Beliau mula menjadi tulang belakang utama PAS di Kedah selepas pemergian Ustaz Fadzil Mohd Nor. Selepas kemenangan PAS di Kedah dalam PRU 2008, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.
Sewaktu menjadi Menteri Besar Kedah, beliau menunjukkan kesederhanaan sebagaimana Mursyidul Am PAS yang menjawat jawatan Menteri Besar di Kelantan. Ustaz Azizan tidak mengambil elaun-elaun selaku pengerusi beberapa syarikat berkepentingan kerajaan negeri (GLC), malah memotong elaun Menteri Besarnya untuk diinfaqkan bagi kegunaan rakyat dan parti. Beliau tidak mendiami rumah rasmi MB, sebaliknya terus hidup di tengah-tengah rakyat bawahan di rumah yang serba sederhana. Cara beliau berpakaian juga sangat sederhana, dengan membeli pakaian-pakaian yang berharga murah sepertimana rakyat kebanyakan. Banyak sekali catatan mereka yang bersama-sama dengan Ustaz Azizan, melihat sendiri kesederhanaan beliau dalam kehidupan sehari-hari.
Ramai yang tidak menyedari bahawa Ustaz Azizan berpendidikan tinggi disebabkan kehidupannya yang seperti orang kampung. Ketika beliau mula menjawat jawatan Menteri Besar, ramai juga yang menyangka beliau berkelulusan sekolah pondok, bekas guru sekolah rendah dan lain-lain sangkaan. Bila diberitahu Ustaz Azizan adalah bekas pensyarah UKM dan berkelulusan sarjana dari University of Kent, United Kingdom, ramai juga yang terkejut. Beliau menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris disebabkan pengalamannya hidup beberapa tahun di Mesir dan United Kingdom. Pengkhususan Ustaz Azizan adalah Shari`ah dan Perundangan Islam, di samping beliau mahir dalam Usul al-Fiqh. Dengan latar belakang tersebut, Ustaz Azizan sering menjadi kepercayaan Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk menyemak buku-buku yang ditulisnya sebelum diterbitkan.
Ketika aku menziarahi bekas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Jais Anwar, di rumahnya di London sekitar tahun 2008, aku diberitahu bahawa Ustaz Azizan adalah salah seorang rakan karibnya. Ketika berbual tersebut, Dr Mahfuzd Mohamad yang ada bersama dalam rombongan itu menyatakan, bahawa selepas tamat pengajian di Universiti Azhar Mesir, mereka seramai empat orang mengambil keputusan tidak mahu kembali ke Malaysia. Sebaliknya mereka merancang untuk menyambung pengajian di United Kingdom. Keempat-empat sahabat itu ialah Ustaz Jais Anwar, Ustaz Azizan Abdul Razak, Dr Mahfuzd Mohamad dan seorang lagi bekas pensyarah UKM yang aku lupa namanya. Mereka berkelana ke UK dengan tiada sebarang biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana pihak.
Mereka memulakan kehidupan mereka di UK dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah membasuh pinggan, menjadi buruh kasar keretapi, berniaga sate dan lain-lain. Bila mereka mempunyai kewangan, barulah mereka menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana. Tiga orang dari mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD, dan kembali ke Malaysia menjadi pensyarah di UKM dan UM. Manakala Ustaz Jais Anwar terus menentap di UK sehinggalah beliau meninggal dunia di sana. Aku diberitahu oleh Ustaz Jais dan Dr Mahfuzd, pengalaman mereka di sana menyebabkan mereka tidak begitu bergantung kepada orang lain danUstaz Azizan telah dijemput oleh Allah pada hari semalam 26 September 2013, meninggalkan jasanya yang begitu besar kepada anak bangsa yang pernah menuntut di UKM dan UIA, dan lebih utama lagi jasanya kepada masyarakat Kedah termasuk legasinya yang cemerlang dalam melaksanakan pentadbiran yang berhemah dan telus. Sudah barang pasti, jasanya kepada perjuangan Islam melalui PAS juga cukup cemerlang, sehingga beliau berjaya mengemudi PAS Kedah untuk menawan negeri Kedah dalam PRU yang ke 12. Semoga ALlah memayungi Ustaz Azizan dengan rahmatNya dan mengampunkan dosa-dosanya, agar ia ditempatkan bersama-sama dengan para anbiya', siddiqin, shuhada' dan salihin. Semua kita akan pasti melalui detik itu, yang berbeza ialah sama ada kita akan mati dalam perjuangan meninggikan kalimah Allah atau tidak. berani untuk menyatakan pendirian masing-masing. Ustaz Jais Anwar yang merupakan menantu Dato Asri Muda, juga meninggal dunia dalam keadaan hatinya terus komit bersama dengan PAS.
Orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir untuk Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak..
Sungguh sayu dan sedih mendengar berita pemergian Almarhum Ustaz Azizan..Ramai mengunjungi almarhum disaat akhir pertemuan..orang ramai membanjiri tempat pengembumian..Al Fatihah dan takziah buat keluarga Almarhum..
Suasana sepi menangisi pemergian almarhum..inilah penghormatan terakhir untuk pejuang Islam ini..Sampai ke luar orang ramai menunaikan solat jenazah..#Semoga aku juga pergi menghadap Illahi seperti pejuang ini..sama-sama kita istiqamah dalam gerakan haraki Islam ini..#
Jumaat, 30 Ogos 2013
Temukan kami dalam Sujud Cinta Mu
Rindunya pada blog nie..Last aku tulis blog nie 6 Jun 2013..Cepatnya masa berlalu..Dan tak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri,Maaf Zahir Batin..
Kini aku berkhidmat kepada bonda tersayang di kampung..Maklumla cuti setahun belajar..InsyAllah tahun depan aku sambung belajar..
Sejak aku tidak lagi berada di kolej (kuis), aku selalu berdoa kepada Allah SWT mohon supaya Allah SWT sentiasa menjaga si dia untuk aku..(calon baitulmuslim) tapi jangan lah fikir yg bukan2..si dia hanyalah calon..
Aku yakin setiap kali aku datang ke kuis, aku tak akan berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat-sahabat dalam majlis ilmu dan program ukhuwah..Mungkin Allah SWT tidak mahu aku bertentangan mata dan Allah tahu aku tak mampu nak melwan panahan mata syaitan..Namun aku tetapkan sabarkan hati ini untuk menunggu hari yang bersejarah itu..Bila? biarlah Allah SWT sahaja yang tahu..kerana jodoh itu rahsia Allah..aku hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah..aku tidak mahu terpengaruh dengan anasir-anasir couple yg khusuk bercinta tanpa hubungan yg sah...kerana aku yakin Allah pasti akan temukan jodoh yg terbaik..InsyAllah amin..
InsyAllah dalam masa yang terdekat aku akan mohon keje untuk menjadi cikgu..nak simpan duit untuk aku sambung degree nanti..sekurangnya aku bayar yuran dengan duit aku sendiri..aku dah berumur 21 dan aku nak berdikari untuk masa depan aku..aku tak nak menyusahkan family aku..
<doakan aku jadi anak yg solehah>
"Yakinlah kepada Allah SWT..Janji Allah itu pasti.."