Salam Pembuka Bicara

Khamis, 31 Mac 2011

Berlakon dan Hiburan..Sumber rezeki yang halal ker??

Apabila Rosyam Noor ‘dibelasah’ Ustaz zawawi….
Antara Halal dan Haram tak akan pernah bercampur Umpama air dan minyak ! Minggu lepas, ..kebetulan takde kt channel tv1, ustaz zawawi jadi ahli panel…termasuk fauziah nawi & nazrey raihan…tajuknya Hiburan…Jalan ke….? spt biasa, di hoskan oleh rosyam nor Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan…contohnya , si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive…tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan.
Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan.. Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua…rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak,
ustaz-zawawi
fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak…beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik…nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya… Then, ustaz zawawi balas balik…niat tidak menghalalkan cara…walau sebaik mane niat kita itu, tapi caranya bertentangan dgn syariah, maka akan jadi haram ler…walaupun sekadar lakonan..tapi kedua-dua pelakon tersebut bukanlah muhram, yakni halal berkahwin… maka mereka sememangnya tidak boleh sedemikian.
fauziah-nawiBanyak cara lagi yg boleh dilakonkan untuk menunjukkan kasih sayang antara ibu & anak… di Iran, filem mengisahkan kasih sayang keluarga tidak menunjukkan sebarang sentuhan antara pelakon berlainan jantina, tapi mampu menjadi filem yg berjaya & merangkul anugerah. kedua, ustaz zawawi cakap, berlakon @ menyanyi diwajibkan menutup aurat…jika mendedahkan aurat, maka akan jadi haram lah hiburan tu… ketiga, rezeki yg diperolehi hasil hiburan yang tidak mengikut syariah adalah haram…maka melentinglah sekajap si fauziah nawi tu…dia kata, hasil rezekinya selama ini telah disalurkan untuk menyara keluarga dia, tanggung kos belajar adik dia di oversea, buat kebajikan dsb…. Ustaz zawawi balas, yg dipersoalkan adalah sumber rezeki tu melalui cara ape, bukannya dia belanjakan kearah mane…jika rezeki itu hasil lakonan yg ade sentuhan laki & pompuan yg bukan muhram, buka aurat dsbnya…maka akan jadi haram ler… kemudian,
isteri-rosyam-nor-11 
Keluarga  Rosyam Noor

Fauziah nawi melenting lagi, ini bermakna dia dah tak boleh berlakon lagi lah…sebab dah jadi haram..mcm mane dia nak sara keluarga dia sedangkan punca pendapatan dia adalah hasil daripada hiburan…lagipun dia hanya menggunakan bakat yg dikurniakan oleh Allah utk berlakon…bukan semua org ade bakat utk berlakon… maka jawab ustaz zawawi…beliau masih boleh berlakon…spt mane ustaz zawawi sebut sbl ni, ade hiburan yg halal..maka carilah hiburan yg halal tu… Sebut ustaz zawawi lagi…kita perlukan perubahan minda dikalangan semua penggiat seni…baik dari pihak penerbit, penulis lirik, penulis skrip, pelakon, penyanyi, penganjur dsb…mestilah mencari jalan bagaimana untuk menghasilkan hiburan yang halal & diberkati oleh-Nya…memang ade caranya…kenalah berusaha.. Itulah serba sedikit rumusan drp forum tersebut…ape2 hal pun, aku ucapkan tahniah buat ustaz zawawi & nazrey raihan kerana mempertahankan haram tetap haram…halal tetap halal… Maka ape lagi wahai artis-artis malaysia? Sudah terang lagi bersuluh…carilah hiburan yg halal…tinggallah hiburan yg haram…kerana rezeki yg diperoleh itu sudah pasti akan disoal tentang halal haramnya… Bukan ke malaysiaskrg ni diisytihar negara islam hadhari? jadi carilah jalan bagaimana nak jadi artis islam hadhari..bukannya had-hari…hanya islam masa bulan puase shj…bulan yg lain..???? Mencari yang halal itu fardhu…… jangan berputus asa dengan rahmat Allah kerana rahmat tuhan itu terlalu luas…Allah berfirman ..”berdoalah .nescaya Aku akan makbulkan”.. …  Ustad Zawawi ada kata “Waktu saya blaja kt Mesir dulu, tuan guru saya ada sebut .. duit orang yg berlakon tu, TAK SAH dia buat utk mengerjakan Haji .. “ Maka terdiamlah si Rosyam & Fauziah .. wallahua’alam ..

Rabu, 30 Mac 2011

Musuh Islam membaca Al quran..

Assalammualaikum..


Isu nie memang menggeramkan aku sangat2...mane tak yer..orang islam de yg malas nak baca al quran..sampai ke anak cucu pun apa lagi terus buta al quran..Jadi perhiasan di almari..Erm sekarang nie memang susah nak cari anak- anak kecil fasih membaca al quran..Nie pe lagi kalau tengok bdk2 dewasa...entah kenal ke tak huruf,baris atas ke baris bawah,tajwid,kat mana nak berhenti,panjang pendek ayat 2.. Insan juga ada mengajar budak mengaji kat umah nie..Tapi waktu mak ada hal..Insan  yang ajar nye..paling tua bdk yang mengaji nie umurnya 14 tahun..perempuan..sebab dia nie kurang mahir dalam membca al quran sebab ayah dia nie keje polis..ermm tau2 jela keje polis nie..asyik2 kene tukar tempat je keje..so 2 yang ibu bapa dia malas nak uruskan hal agama dia..mak cakap dia waktu sekolah rendah tak bersekolah agama..haaa lagi la dasyat..ibu bapa dia pun tak ada ajar dia mengaji kat umah..DIMANA KAH TANGGUNGJAWAB IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK2 TENTANG AGAMA??....haa nie rasa sedih giler nie...cuba lah wahai ibu bapa yang kat luar 2 pikir..kalau kowang nie meninggal..ko nak suruh sape baca kn yasin??mandi kan kowang??mane ko nak dapat pahala dari anak soleh??erm...beringat-ingat la wahai ibu bapa sekalian...Dalam isu nie..Si kafir nie suka hati mulut dia nak baca ayat al quran..Moga2 Allah bagi dia petunjuk...tapi kalo ikut kn hati yang tengah geram nie dh lame Insan potong lidah dia..tapi kita nie manusia..bukan kita yang jatuhkan hukuman atas orang2 macam nie..

Selasa, 29 Mac 2011

Bila Diri di kawal oleh sifat marah Syaitan....

Assalammualaikum..


Hari ini aku menyaksikan dengan sendiri manusia yang perasaan marahnya di kawal oleh syaitan..Macam mana lah aku tak terkejut..Allah uji dia dengan tumpah air atas meja..Dia dah meradang...Walaupun dia marah dia sendiri tapi orang lain bila melihat rasa tak selesa..Bila dia meradang jer..semua dia nk hentam..hentam sana..hentam sini..Ya Allah.Kadang2 kita boleh tahu siapa yang mengawal siapa tentang perasaan..Ermm..pada pendapat aku..Perasaan marah nie adalah hasutan syaitan yang mana diri sendiri telah tewas dengan sifat sabar..huhuhu..Bukan nak mengata dia lah..cuma nak ambil pengajaran..Bila iman lemah..jati diri tak kuat..haaa...mula la si syaitan nie nak menghasut manusia..Tapi aku tak salahkan manusia..aku salahkan syaitan 2..dia yang menghasut manusia..Macam mana nak mengelak penyakit marah nie..??Kalau pendapat aku..aku de la baca buku tassawuf ne kan..dalam buku 2 kata..bila kita marah..kita ambil wuduk..kenapa??sebab air wuduk air suci..yang tiada kotoran campuran atau apa-apa najis..bila kita ambil wuduk dengan tertib dan sempurna..maka hati kita akan tenang..aman..dan perasaan marah 2 reda..Selain itu..kalau kita tengah marah dalam keadaan berdiri kita duduk..erm..sambil2 itu dalam hati cuba berzikir..berselawat..insyallah perasaan marah 2 hilang..Kita selalu mengucapkan kata-kata yang baik..Macam hari nie..selama aku kenal ngn dia..dia selalu melafazkan kata-kata kesat..Kadang-kadang melatah pun mengeluarkan kata-kata yang agak memeranjatkan aku..erm yela..alhmdulillah aku nie masih dapat dikawal dan sentiasa menjaga kata-kata aku..(bukan nak riak)...Maka semoga Allah memberi petunjuk kepada dia..

Ahad, 27 Mac 2011

Lebih simpan daripada Dibicarakan

Seminggu aku berkurung di dalam bilik..hati aku hancur bila khairi membuat aku begini..Tidak aku sangka dia sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu..Kenapa??Ya Allah aku mohon keampunan dari Mu..Lindungi aku dari perkara yang tidak aku inginkan...Hanya Dia tempat aku bermohon pertolongan..Khairi seorang yang aku kenali ketika sama-sama menuntut di Universiti Malaya telah menawan hati aku..Dia seorang yang pemalu..Sentiasa tunduk pandanganya..Itulah yang membuatkan hati aku terpaut akan si dia..Namun godaan syaitan harus aku tempis kerana impian aku dan cita-cita aku belum aku tercapai..Malah aku juga harus menjaga nama baik agama dan keluarga aku sendiri..Aku tidak mahu disebabkan perasaan aku ini mengundang kepada zina..Justeru itu aku simpan dahulu hasrat itu..Biarlah Allah yang menentukan..Setelah aku pulang aku dari menyambung pelajaran dalam Sarjana Penterjemahan bahasa arab aku dikejut dengan berita pertunangan aku..Siapa tunang aku??Bertubi-tubi soalan di fikiran aku..Namun aku tahu..pilihan ibu bapa aku adalah yang terbaik untuk diri aku..Dalam masa dua tahun aku akan di ijab kabulkan..Dalam masa itu aku telah digelar tunang orang..Dan aku harus jaga nama baik keluarga aku dan bakal keluarga suamiku..


  Hari demi hari berlalu..hari ini aku akan bertemu dengan tunang aku..siapakah dia??bagaimana rupa dia??arghhh itu aku tidak ambil peduli..yang penting dia seorang yang beragama..keturunan yang baik..itulah ciri-ciri suami yang baik di dalam islam..Aku tidak keseorangan untuk bertemu dengan si dia..aku mengajak adik aku Suraya untuk menemani aku..Walaupun kami telah bertunang namun ia bukan lesen untuk kami berduaan..
"Assalammalaikum"....aku di sapa oleh seseorang jejaka..Sekilas memandang si dia..aku bagaikan tidak percaya dia kini berdiri di hadapan aku.."Waalaikumussalam..."aku menjawab salamnya setelah kian lama aku terdiam tersentak melihat si dia..Muhammad Khairi Bin Muhammad Husin.Dia lah yang dulu pernah mencuit hatiku dengan sifat tawaduknya..Namun tidak aku sangka dia juga menyimpan perasaan padaku..Aku ingat aku menepuk sebelah tangan..ermmm..."Ana xsangka anta menyimpan perasaan pada ana..Ana ingat ana yang syok sendiri.."Tersenyum si dia tatkala aku mulakan bicara.."Tapi boleh ana tahu macam mana anta boleh pikir untuk bertunangan dengan ana?"....Dari tadi dia hanya senyum pada ku...."Sebenarnya ana terjumpa blog anta waktu kita sama-sama belajar lagi..Waktu 2 ana rasa ana tahu siapa anti..Bila ana tahu anti sambung belajar di mesir..ana pun sambung belajar di madinah..Tapi ana balik lambat..xsangka anti balik dahulu..2 yang ana suruh ummi dan walid ana masuk meminang anti..ana takut anti di sambar orang lain.."Tergelak hati aku dia menceritakan perasaan dia..Ya Allah aku bersyukur dengan anugerah cinta sejati untuk diriku..



"Aku terima nikahnya Siti Nuriman Binti Hj Ahmad Mukhtar dengan mas kahwinnya RM80 tunai dan senaskah al quran"......Dengan sekali lafaz saja aku selamat diijab kabulkan..Setelah usai majlis pernikahan aku dengan khairi..kami mengambil gambar bersama sama dengan ahli keluarga..Majlis perkahwinan kami berlangsung dengan meriah walaupun sederhana saja kami buat..Lagipun ini permintaan kami kedua-dua pihak..Kehadiran majlis kami dimeriahkan lagi dengan usikan gurauan oleh rakan-rakan seuniversiti kami..Aku bersyukur ke hadrat Illahi di atas segala anugerah yang Dia berikan kepada aku dan khairi..Malam itu setelah aku dan khairi selesai menunaikan solat isyak yang di imamkan oleh suami aku.."Abang..iman nak tanya satu benda boleh?"...Panggilan yang aku tidak sabar untuk ku ucapkan kepada suami aku.."Ya syg..tanya lah"..Ya Allah bahgianya aku rasa.."Kenapa abang tak pernah cakap dengan iman yang abang suka Iman??Iman ingat abang suka pada orang lain.."Aku inginkan kepastian dari dia.."Sayang Iman..sebenarnya bagi abang kalo kita mempunyai perasaan pada seseorang itu..lebih baik kita simpan perasaan itu daripada kita meluahkannya..kerana kita takut jika kita meluahkannya akan dapat zina..lagipun kita kan waktu masih belajar lagi..abang rasa belum sesuai lagi waktu 2..Dalam pada waktu itu juga abang sentiasa berdoa kepada Allah SWT memohon cinta sejati untuk abang..dan akhirnya doa abang dikabulkan...."......Penjelasanya membuatkan aku bersyukur dengan kebesaran Allah....Ya..betul katanya..Allah akan menjanjikan cinta yang sejati buat pasangan yang sama-sama menganggungkan cinta kepadaNya...




Khamis, 24 Mac 2011

Aku dan Dia di Sebuah Pertemuan..

Assalammualaikum..



        Ya Allah..ketika aku berada di dalam kegelapan..
         Terkapai kapai aku mencari sinar keinsafan..
         Mencari-cari nur untuk menyinari di dalam diri ini..
        Aku hanya harapkan secebis harapan..
        Kerna kesesalan ku terhadap langkah ku..
        Langkah yang membawa aku pintu kesesatan..




       Namun aku di pukau dengan suatu bisikan..
       Bisikan satu kalimah yang indah..
       Yang mengalunkan kata-kata keinsafan..
       Kehadirannya menyelubungi hidup ku..
       Memberikan satu semangat dan harapan kepada ku..
      Untuk aku bangkit dari kegagalan..








        Ya Allah..dia tersentakkan diriku dari kealpaan..
        Dan memberikan makna sebenarnya apa yang Kau katakan..
        Menyedarkan aku betapa jauhnya aku dengan Tuhanku..
        Dia juga membicarakannya..sehingga aku temui sinar keinsafan..
        Ya Allah..Kau menguji dengan ujian yang Kau berikan kepada ku..
        Dia bisikan sinar ketabahan..untuk aku menghadapinya..
        Dan di saat aku hilang arah..putus asa..hilang keyakinan..
       Dialah yang memberi harapan..




       Ya Allah..berjujuran air mataku..
       Bersyukur dengan sebuah pertemuan ini..
      Kerana kehadiran dia buatku..
      Menemani hati ku resah di saat dahulu..
      Kau Maha Segalanya..
     Menemukan dua hati..
      Ketulusan hati-hati ini..
      Membawa ke satu ikatan murni..
      Yang tidak di goyah oleh sesiapa...
      Dek kerana berkat kasih dari Mu..



     Ya Allah..aku menitiskan air mata..
     Kerana untuk menyuburkan cinta ku..
     Hingga ingin ku lihat berbungganya rindu..
     Mekar dan tidak akan layu..      
     Mendamaikan hati yang pernah resah dan keliru..
     Cintaku tidak akan pudar..
     Walau diuji dengan pelbagai dugaan..
     Kerana aku tidak akan dapat lari darinya..
     Kerana aku hamba yang lemah dan kerdil..


    Ya Allah..aku bersyukur di hati ini
    Kerana dikurniakan teman sejati..
    Menunjukkan aku jalan untuk mendekati Mu..
    Ketika aku dalam kebuntuan..
    Betapa aku hargai..
    Wahai teman..kejujuran mu..
     Mendidik aku erti cinta abadi..
    Terima kasih wahai teman..




  

Rabu, 23 Mac 2011

Jangan Jauhi Dari Aku.....

Assalammualaikum...




                 Ya Allah..Aku sunyi tanpa Mu..
                  Aku rindu dengan kasih sayang dari Mu..
                  Aku rindu akan kebesaran Mu.,.
                  Aku rindu dengan kedamaian hati ketika ku sujud pada
                   Mu..
                  Jangan Kau jauh dari kerinduan hati ku ini..


       Ya Allah..aku ingat lagi..
       Saat Kau menciptakan aku di dalam rahim ibuku..
       Kau menjaga aku..Kau meniupkan roh dalam diri Ku...
       Aku bersyukur dengan nikmat Mu..
      Kau menemani ku dengan nur yang menerangi kegelapan di alam rahim..
       Ya Allah..jangan pergi meninggalkan aku.


            Ya Allah..saat aku membesar..
             aku semakin alpa dengan duniawi..
             aku leka dengan kemewahan  dan kenikmatan..
             aku hanyut dek kerana arus duniawi..
              aku meninggalkan segala akan bicara di pandang masyar..
              aku lupa tentang siapa Tuhanku..
              aku berdosa..berdosa pada Mu..
              Ya Allah...Jangan palingkan hati ku dari Mu...


               Ya Allah...umur ku hampir dewasa..
               Aku mula memikirkan apa yang akan terjadi tatkala aku tua..
               Aku tertanya..bila saat malaikat izrail akan menjemput ku,.,
               Aku terbayang-bayang bagaimana keadaan aku di sekasa
               dengan azab neraka..
               Kerana aku begitu banyak dosa dengan Mu Ya Allah..
               Aku khuatir aku tidak dapat menjejak langkah ku ke Syurga
               Mu..
              Aku takut orang tua ku akan mendapat siksa dek kerana
              anaknya melakukan perkara mungkar....
              Ya Allah...pimpinlah aku ke jalan yang Kau redhai..









               Ya Allah..aku semakin menghampiri datang ke arah Mu..
                Aku bersyukur dengan hidayah dan pertunjuk dari Mu..
                Aku di beri peluang melahirkan zuriat dan tentera berjihad demi
                Mu..
                Aku dapat merasai nikmat-nikmat bahagia bersama mereka..
                Kembali ke pangkal jalan serta taubat ku...
                Kau menerima ku kembali...
                Aku malu dan kerdil dengan Kebesaran Mu...



                    Ya Allah..Kini aku telah kembali menemui Mu..
                    Malaikat Mu Izrail menjemput ku..
                    Aku tidak pernah ragu tentang alam kematian ku..
                    Itulah janji Mu kepada HambaMu..
                    Yang hidup akan mati juga..
                    Hanya Mu yang kekal selamanya..
                    Terima kasih Ya Allah..
                    Kerana Kau tidak pernah jauh dari Hamba-hamba Mu...




Selasa, 22 Mac 2011

Siapakah Yg Balas Cinta Kita?

Assalammualaikum..

Cinta..satu kalimah yang mengandungi perasaan..Perasaan yang membawa kita berkorban apa sahaja..Tapi untuk siapa kita cintakan..Adakah kepada pencipta kita atau manusia?Cinta adalah satu anugerah Allah kepada dalam diri kita..Cinta juga membawa kita hanyut dengan orang yang kita cintai..Hanya kpd DIA cinta kita dambakan.Tuhan pencipta kita..Yang melahirkan rasa cintaNya kepada kita dari sejak kita belum dilahirkan..Allah mengetahui segala apa yang kita ingin..Itulah tanda cinta sejati kita..Dia menjadikan kita sebaik baik kejadian..Bersyukurlah kita kepada Nya..Malu lah kita betapa indahnya cinta kita..Namun manusia alpa dan sombong dengan apa yang mereka miliki..Mereka lupa siapa yang mencipta diri mereka,mereka lupa siapa yang lahirkan cinta dalam diri mereka..Ya Allah..betapa hinanya kami di hadapan MU..Cinta kepada manusia membawa kebinasaan,kehancuran,kehanyutan dunia,kerugian dan kealpaan...Mereka bercinta dengan harta keduniaan..cinta pada nama dan darjat..Hingga mereka menganggap diri mereka adalah tuhan sehingga mereka lupa apa yang mereka miliki di dunia ini adalah milik Mu Ya Allah...Apa yang di dunia hanyalah sementara..Ya Allah..KAU tidak mengharapkan balasan apa-apa dari hambaMu..Hanya Kau harapkan hambaMu sentiasa melakukan AMAR MAKRUF dan NAHI MUNGKAR...mengikut syariat yang telah Kau tetapkan..Wahai Sekalian Saudara islam ku..Cintailah Allah..Jihadlah kepadaNya..Malulah kalian..Pencipta mu sentiasa menanti cinta sejati..Jangan kau harapkan selain dariNya..Jika tidak rugilah kalian..CintailahNya..Balasan mencintaiNya menanti kalian..Tawaran Nya sungguh besar hingga tidak terkira nilainya..tidak terkira hebatnya..Ingatlah..dunia hanya sementara..akhirat kekal selamanya..

Isnin, 21 Mac 2011

Akad Nikah di Masjid

    Perbuatan menyamakan upacara akad nikah di dalam masjid dengan amalan penganut Kristian adalah menyimpang daripada ajaran Islam. Demikian tegas Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang menayatakan bahawa masjid adalah tempat yang suci dan penuh kemuliaan dan tidak ada hadis serta nas al-Quran yang melarang upacara akad nikah diadakan di masjid.
“Oleh kerana berkahwin itu satu ibadat maka Islam tidak pernah melarang umatnya berkahwin di dalam masjid.“Sebaliknya, Islam menggalakkan kita mencari keberkatan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dengan kita bernikah di masjid sudah pasti berkat lebih berbanding di tempat lain kerana masjid itu tempatnya suci,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh yang mendakwa menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dilaporkan berkata, Nabi Muhammad pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Mengulas lanjut, Muhamad Baderudin yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, Jabatan Mufti Negeri Kedah tidak pernah melarang mana-mana pasangan yang ingin bernikah di masjid.
“Kita tidak ada larangan dan halangan untuk sesiapa bernikah di masjid sebaliknya kita galakkan mereka bernikah di masjid,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyifatkan pandangan Ahmad Jusoh itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya kenyataan Jabatan Mufti Negeri.
“Jabatan Mufti Negeri mengambil pendirian tiada larangan untuk bernikah di masjid dan sesebuah perkahwinan itu sah apabila ia mengikut rukun nikah.
“Tak kisah la, orang itu bernikah secara maya atau di rumah, selagi mereka ikut turutan rukun nikah maka perkahwinan itu sah di sisi agama Islam,” katanya.Juanda berkata, Ahmad Jusoh juga telah memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dan menerangkan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu atas kapasiti beliau sebagai pengerusi jawatankuasa masjid dan bukannya anggota Majlis Fatwa Perlis mahupun ahli MAIPs.Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mengesahkan bahawa Jabatan Mufti Negeri tidak pernah mengeluarkan larangan mengadakan upacara akad nikah di mana-mana masjid di negeri itu.“Di zaman Rasulullah SAW pun ada majlis akad nikah yang diadakan di masjid, memang tak ada larangan.
“Cuma yang tidak dibenarkan adalah jadikan masjid seperti tempat pemujaan yang meniru Yahudi dan Kristian,” katanya.

Jumaat, 18 Mac 2011

Istimewa Solat Jumaat....

Salam hari jumaat kepada rakan2 khususnya kepada kaum muslimin..Hari jumaat adalah penghulu segala hari..Dan pada hari jumaat kaum muslimin di wajibkan untuk menunaikan solat jumaat..Ia adalah solat fardu(dua rakaat) untuk menggantikan solat zohor..Sebelum menunaikan solat jumaat,khutbah akan di bacakan..Allah telah berfirman di dalam surah Al Jumu'ah ayat 9 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman!Apabila diseukan kamu azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat,maka bersegeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingatiNya(dengan mengerjakan solat Jumaat),dan tinggalkanlah jualbeli kamu,yang demikian adalah baik bagi kamu,jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya..

Dan Rasulullah berkata: Solat jumaat wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang islam dengan berjemaah,kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimilki,perempuan,anak-anak,dan orang sakit..(Hadis Riwayat Abu Daud & Hakim)

*Syarat Wajib Solat Jumaat
1)Islam- tidak wajib untuk orang kafir
2)Baligh- tidak wajib untuk kanak-kanak belum baligh
3)Berakal- tidak wajib untuk orang gila
4)Merdeka- tidak wajib untuk hamba abdi
5)Lelaki- tidak wajib untuk perempuan
6)Sihat- tidak wajib untuk orang uzur dan berhalangan
7)Bermastautin atau bermukim- tidak wajib untuk orang yang bermusafir

*Syarat Sah Solat Jumaat
- Didirikan pada waktu zohor
-Berjmaah sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap
-Dimulakan dengan dua khutbah

*Haram meninggalkan solat Jumaat
Dari Abu Jakdi Ad Dhamri bahawa Rasulullah bersabda:
                    "Sesiapa yang meninggalkan solat jumaat 3 kali dengan sengaja,maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis Riwayat Abu Daud)

*Pengecualian daripada menunaikan solat jumaat:
Orang muslimin yang menghadapi masalah daripada menunaikan solat jumaat dan perlu menunaikan solat fardu zohor sahaja:
1)sakit yang menyukarkan untuk pergi ke masjid
2)Hujan yang membawa kesukaran untuk pergi ke masjid
3)Musafir yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir
4)Takut dizalimi iaitu bersembunyi kerana takut di zalimi
5)Perang iaitu orang yang berada di medan perang

*Perkara Sunat yang dilakukan pada hari jumaat
1-Mandi sunat
2-Memotong kuku
3-Memotong,mencabut atau mengunting bulu(ketiak,hidung,misai)
4-bersugi
5-Memakai wangi wangian
6-berpakaian bersih dan cantik
7-Bersegera ke masjid
8-Berniat Iktikaf
9-Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik masuk ke masjid
10-Memperbanyakkan zikir.membaca al quran dan berselawat ke atas Nabi
Contoh Khutbah Solat Jumaat

Khamis, 17 Mac 2011

Bersama dengan Ustaz Farid Ravi Abdulllah




Di saat hati ini rindu untuk berjumpa dengan ustaz di INHAD KUIS...Dan akhirnya hasrat tercapai apabila Masjid Al Azim menjemput ustaz Farid datang ke Melaka..hehehehhe..ustaz!...Opppssss..terlebih sudah...walaupun ustaz xnampak saya..tapi saya nampak ustaz..maklum la...orang2 tua dah duk depan ...maklum excited nak jumper ustaz...hehehehe...owng melaka kate kan....ceramah ustaz memang best...len daripada yang lain....(xblh kantoi situasi dlm kelas)....Ermm ustaz mesti busy kan sekarang nie....ermmmxpe2 saya memahami nya....saya happy dengar ustaz ceramah...dapat dengar ustaz ceramah teringat keadaan dalam kelas...hehehehhehe...(yang mane eh??)hehehehhe...sengih saya sowang2 bila dengar ceramah ustaz..nasib baik tak ada orang nampak..kalau tak mesti diowang kate saya nie tak betul...hehehheheheh....Ustaz..mak saya krm slm..n sedara mara,sepupu sepapat...semua la...diowng nie peminat ustaz...ustaz kan Ikon MAIM....saya doakan semoga ustaz sejahtera dan sihat2 untuk berdakwah...amin

Aku dan Hidayah DariNya

*Hari pertama pendaftaran di sekolah menengah...

"Ibu..kakak tak nak la masuk sekolah agama!"....Tegas suara ku mengatakan protes untuk tidak memasuki sekolah agama berasrama penuh..Orang ramai yang berada di sekeliling melihat kami..Aku tidak menghiraukan apa mereka ingin katakan..yang pasti aku tidak ingin untuk belajar di sekolah agama ini.."Kenapa nie kakak?Ibu buat semua nie untuk kakak juga..Kakak duk sini eh..nie adalah tempat terbaik untuk kakak..Nanti bila ibu dan ayah dah tak ada..Sape yang nak baca yassin dan doa untuk ibu ngn ayah?Insyallah kakak boleh belajar dengan baik kat sini."...Ujar ibu dengan lembut...Lalu air mata aku tidak tertahan dengan rayuan itu..Berjurai seperti hujan membasahi bumi..Ya Allah..apa yang telah aku lakukan ini..Aku tidak pernah melawan kata ibu..

*   "Tanniah Alesya!..Ustazah tahu awak boleh lakukan...dengan kesungguhan hafalan awak..Awak telah berjaya dalam pertandingan hafazan peringkat negeri..Ustazah bangga dengan awak..Man jadda wa jadda Tapi ingat jangan kita sombong dengan Dia..."Aku tersenyum dengan ucapan dan kata-kata Ustazah Faridah..Ustazah telah banyak membantu dan memberi kata-kata semangat kepada diriku...Pertemuan kami bermula 4 tahun yang lepas  ketika aku bersendirian menangis kerana di tegur oleh seorang guru kerana tergagap membaca al quran...Dengan pujukan oleh Ustazah Faridah aku bertekad untuk mempelajari nya..


*   "Kakak dan adik!...cepat pergi ambil al quran mengaji dengan ibu.."Perintah ibu kepadaku setelah usai kami bersolat magrib berjemaah yang  di imamkan oleh ketua keluarga kami..Ayah seorang yang ketua keluarga yang bertanggungjawab...Sifat-sifatnya seperti pekerti Rasulullah..Betul apa yang dikatakan dalam kitab sirah kenabian tidak pernah menipu kita tentang Qudwatu Hasanah setiap sifat mulia Baginda..Ibu juga seorang isteri dan ibu yang memiliki sifat penyayang.. "Ibu..kakak penat la..boleh x kalo malam nie kakak xnak ngaji?..."...Adik aku memang rajin ngaji..Dia selalu mendengar nasihat ibu..Tidak pernah membantah..Tapi aku selalu protes dengan apa yang ibu katakan..."kenapa kakak?kakak tengok adik 2..dah masuk juz 20 dah..Kakak aru juz 5..nape kakak?cuba cakap dengan ibu..kakak ada masalah ker?"Ibu terpinga-pinga dengan sikap ku..Padahal aku tahu al quran adalah panduan hidup semua manusa di atas bumi  ini...Setiap isi kandungannya banyak rahsia dan menceritakan tentang hukum syariat dan kisah hidup pada zaman nabi terdahulu..."Kakak susah la nak baca ...lagipun kakak tengok kawan-kawan kakak x ada pun kene ngaji macam kakak..."

* Ustazah nak tanya pada Alesya..Dah berapa lama Alesya tidak baca al quran?"...Tanya ustazah ketika aku berada di bilik guru..Ustazah ingin membantu aku..Dan aku juga ingin di bantu...Aku merasa serba salah dengan diriku sendiri..Aku baru ingat kenapa ibu selalu menyuruh aku mengaji dengn bersungguh-sungguh dan menyekolahkan aku di sekolah agama berasrama penuh ini.."Ustazah..sebenarnya dulu ibu saya selalu menyuruh saya mengaji tapi saya malas...Saya selalu mencari alasan untuk tidak mengaji...Sampai saya rasa di marahi oleh ayah saya.."Tunduk aku menghadap ke bumi..Mali untuk aku mengatakannya namun itulah hakikatnya..Aku sendiri mula insaf dengan apa yang telah aku lakukan.."Saya menyesal ustazah,..Saya janji pada diri sendiri yang saya akan mempelajari dan memperbetulkan bacaan saya..."Mata ku berlinangan air mata sambil mengukirkan janji kepada ustazah..

* "Tanniah kakak!adik bangga dengan kejayaan kakak..."Gembira adik aku melihat kejayaan aku..Kini aku telah di gelar sebagai Hafizah yang mewakili Malaysia untuk pertandingan hafazan al quran di peringkat antarabangsa..."Alhamdulillah dik...nie semua kuasa Allah...Ibu mana dik??".....Tercari cari aku mendapatkan ibu...Akhirnya aku telah memberi kegembiraan kepada orang yang aku sayang..Walaupun ayah telah pergi meninggalkan kami namun aku telah menunaikan hasrat arwah ayah aku.."Ibu pergi tandas tadi...Ermm haa 2 haa ibu.."...Aku berlari memeluk ibu.."Ibu terima kasih ibu..Ibu banyak mengajar kakak selama ini...Kakak sayang ibu..."Kami berpelukkan di iringi tangisan kegembiraan..Aku bersyukur dengan hidayah yang Allah berikan kepada ku..Betu apa yang ibu katakan..jika kita bertaubat nasuha dan menyesal dengan perbuatan kita..Insyallah Allah akan berikan pintu hidayah kepada hambaNya...



Kisah ini bukan tentang saya...Jadikan teladan untuk diri saya dan rakan2 yang lain..Ingatlah Al quran itu sumber panduan dalam hidup kita..Al quran adalah bahasa syurga..Ia adalah Nur dalam diri kita...Hidayah  Allah sangat berharga..Jika kita memerlukannya maka kita harus menyakini akan kekuasaanNya...Allahuakhbar!


Selasa, 15 Mac 2011

Aku kecewa bercinta dengan manusia

"Awak marahkan saya?"Erm...Aku sudah bosan dengar ucapan itu..Semakin aku mendengar semakin aku menyampah pada si dia.Dengus hati aku...Kenapa aku ada pakwe macam nie...Sejak akhir2 nie fikiran aku mula runsing dengan diri aku sendiri..Entah nape aku sendiri pun tidak tahu..

"Humairah!..awak berangan ker?sampai tembus ke kelas sebelah tumpuan awak ustazah nampak?"..Alamak!kantoi aku dengan ustazah Sarah..Macam maner la aku boleh berangan kat dalam kelas nie..
"Eh xde la ustazah..mane der..saya fokus ustazah..hehehe".....Terketar-ketar suara aku menjawab..Aduhai..nasib badan aku hari ini...Nie semua gara-gara Radzi la nie..Tak pasal-pasal aku yang kene..."Erm bagus la macam 2..Saya x nak pelajar saya hilang tumpuan semasa belajar...Exam final awak semua dah nak dekat..Saya nak semua pelajar saya fokus dalam pembelajaran..saya nak awak semua mesti dapatkan 3.5 keatas..ok?...."Nasihat ustazah kesayangan aku...Aku dengan ustazah memang baik..
"insyallah ustazah"...."Serentak kami menjanji kejayaan..."Alhamdulillah..macam 2 la pelajar ustazah.."..


"Myra..myra.."aku memanggil amirah..kawan rapat aku..dan juga seorang yang bercita-cita menjadi pakar kaunseling agama..Amirah senang di kongsi masalah..Dia lah kawan yang pertama aku kenal sejak aku mendaftar di kolej islam..Kami mengambil jurusan yang sama..Ijazah Sumber Manusia..Walaupun kami mengambil jurusan untuk mendalami islam namun bagi kami itu bukan khususnya seseorang manusia..Agama islam untuk semua..Itulah pendapat amirah begitu juga dengan diriku.."Nie haa aku der masalah sikit la.."aku mula kan perbicaraan tentang masalah aku.."insyallah kalo aku boleh bantu aku bantu ok?"...Pertolongan myra memang aku harapkan..."Sebenarnya macam nie citernye..........................."...aku bicarakan tentang aku dan si dia..Radzi seorang pelajar di salah universiti..Pertemuan kami di sebuah majlis dakwah dan seterusnya berkawan..Dan hati aku mula terjerumus ke arah bisikan kerinduan dan sayang apabila dia melafazkan kata-kata manis yang cukup indah..
"Humairah..dengar nasihat aku nie..lupakan hubungan yang kau jalinkan dengan si Radzi 2...Bila kita dekatkan diri dengan Allah SWT..Dia akan menguji tahap keimanan kita dengan bermacam2 ujian...Mungkin ini salah satu ujian dariNya..Dia nak melihat kita nie jatuh atau dapat mengatasi ujian dari Nya..Godaan syaitan memang sukar untuk kita tahan tapi ketebalan iman kita yang akan menghalang..Kita harus yakin dengan Allah..Mungkin awak dah hilang rasa cinta pada manusia..sebab itu awak dah rasa bosan dengan si Radzi 2..Pintu taubat Allah sentiasa terbuka kepada hamba-hambaNya yang mengaku kesilapan..Insyallah Humaira..Bercinta pada usia belajar tak membawa kemana..habiskan belajar dulu..kita kan dah janji nak graduat same2...aku xnak kau nanti gagal dan kene tambah tahun belajar..lagipun dalam islam mane der istilah couple islamic 2 kan semua pengaruh barat jer"


Malam yang sunyi sepi cukup menyenangkan diriku..Aku bersujud pada Pencipta aku..Berderai air mata ku mengimbau kesalahan diriku..Berdosa aku menduakan cinta ku kepadaNya..Ya Allah aku mohon keampunan dari Mu...Aku telah menduakan cinta ku kepada Mu dan Rasullullah...Terimalah taubat ku dan terimalah cintaku..Kerana Engkau lah tempat aku mengadu...Amin..

Aku Da'ie yg Kecundang...

Cerita ini sy ambil pengajaran dari sahabat saya..Semoga ia memberi peringatan kepada saya dan kalian yang lain..Kisah Ini bermula....

tut..tut..tut..
                "Eh sape plak yg bagi mesej kat ana nie?"Dalam kelam kabut aku mencari handphone aku di atas katil.."haa kat sini rupe nyer...ermmm.."Berkata sendirian di hati...Lantas aku tekan untuk membuka peti mesej tersebut..Owh!.. Ahmad rupa nyer..aik?dia nak apa la nie??...Tertanya2 di hatiku..

Ahmad yang di kenali seorang yang tampan segak orangnya..Sekali pandang rupa nya boleh mencairkan hati wanita yang keras hati nya untuk bercinta..Lantas itulah yang terjadi kepada diriku..Dulu aku di kenali sebagai seorang muslimah yang sentiasa berdakwah bersama-sama rakan-rakan usrah di kampus ku..Aku selalu menghadiri majlis-majlis ilmu bukan sahaja di kampus malah di luar kampus...Aku memang sudah terdidik dari kecil oleh ibu dan baba ku..Dari kecil aku di ajar untuk berjuang agama Allah..Aku juga sering menjadi rujukan oleh rakan-rakan usrah dalam perkara mujahidah...Aku selalu membantu masalah rakan-rakanku terutamanya masalah cinta monyet mereka..Aku selalu menegaskan mereka agar meninggalkan dunia khayalan cinta mereka..Namun kini.....


*Bole x tolong ana pujukkan kakak angkat sy?sy x tau pe salah sy smpai dia merajuk pd sy..Bolehkan awk tolong sy..awk kn rapat dengan kak nisya...Tolong yer..Awak kn baik..*...aku membaca mesej dia...

Erm aku plak yg kene?diowng yg gduh aku plak yang kene pujuk,,,,,aduh....

*Erm insyallah sy akn tolong...*
*syukran yer..sayang awk*

Aik??SAYANG...Ya Allah...Jauhkan lah perasaan cinta ini dalam hati ku...

Malam yang sunyi sepi..angin bertiup mendayu2 mendinginkan diri ku yang gusar gelisah..Ermm..kenapa lah perasaan aku lain jer malam nie...Centus di hati ku..

'Ku pendamkan perasaan ini..
Ku rahsiakan rasa hati ini...Lagu Inteam Nur kasih yang ku pasang di handphone sebagai nada calling menepis ketenangan di fikiran aku..Sape pulak nie?ermmm


*Salam haruman kasturi buat puteri yang ku sanjungi..Indah rupawan mu menyentuh hati ku..Suara mu yang selalu melaungkan syariat Allah di hadapan rakan2 mu..membuatkan diriku ingin mendekatkan dengan dirimu...Ingin aku kenali dirimu lebih mesra dengan ilmu agama mu..*....Aduhai..apahal pulak mamat nie.....

Entah bagaimana hatiku terdetik untuk membalasnya..Kini dalam diam2 aku menjadi pasangan 'couple islamic'....Sudah hampir 6 bulan aku bersama dengan dia..Walaupun aku mendapat tentangan dari rakan2 sekelas aku tentang hubungan aku dengan Ahmad..Mereka menasihati kami agar hentikan hubungan ini..Aku rasa aku sudah cukup dewasa dengan apa yang aku lakukan sekarang...Aku dan Ahmad selalu berjumpa tapi di luar kampus..Kadang2 kami selalu berjumpa di belakang kafe asrama perempuan..Sekejap jer kami berjumpa..Hari ini kami tidak ada kelas..Ahmad mengajak aku berjumpa dengan kedua ibu bapanya..Alhamdulillah ibu bapa nya yang sporting dapat menerima aku..

"Ustaz panggil antum berdua untuk menanyakan keadaan antum sekarang..Ustaz mendapat tahu antum berdua sedang bercouple..Betulkah?"....kami di panggil ustaz kami.."dan ustaz mendapat tahu antum nie selalu berkeluar berdua.."....Aku terasa bilik tersebut panas sehingga aku merasa ingin pitam sahaja..
"Memang betul ustaz..tapi kami telah mendapat restu dari kedua ibu bapa kami ustaz"..Ahmad mengeluarkan rasa tidak puas hati tentang perjumpaan kami dengan ustaz.."Kami dah mendapat persetujuan kebenaran untuk keluar bersama ustaz"...Aku hanya diam membisu..Aku biarkan sahaja Ahmad berbincang dengan ustaz...Di dalam hati aku tidak putus beristgfar dan memohon taubat kepada Allah..
"Ya..ya..ustaz tahu antum berdua telah mendapat restu dari kedua ibu bapa antum..tapi adakah kamu telah mendapat restu dari Allah SWT...walaupun mereka telah memberikan kebenaran untuk antum keluar berdua tapi antum jangan lupa kepada orang yang ketiga...
Firman Allah SWT  dalam surah Al Isra' ayat 32 yang bermaksud "Dan janganlah kamu mendekati zina,Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan sesuatu jalan buruk.."..
Dan di dalam hadith Rasulullah berkata"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.(Ibnu Majah)....

"Ustaz mengerti perasaan antum yang ingin berpasangan tapi antum masih belajar lagi..Tumpukan pada pelajaran..Nanti kalau antum dah habis belajar antum kahwinlah..insyallah kalau Allah dah takdirkann antum berdua adalah pasangan hidup..Tidak kemana-mana ikatan tersebut..Ustaz tak mahu pelajar-pelajar ustaz sibuk bercinta semasa pengajian..Menghabiskan masa jer..Kalau kamu bercinta tapi tak berjaya..nanti anak-anak antun nak bagi makan apa..nak tinggal kat mana?bawah jambatan??.balik nie antum fikir2 kanlah...Insyallah jika kita cinta pada Allah..Allah akan tetap cinta kamu..."

Kini aku dan Ahmad selamat di ijab kabulkan..Betul kata ustaz aku dulu..Jika Kita dambakan cinta kita pada Allah..Insyallah Allah akan tetapkan jodoh kita dengan insan yang telah kita janjikan..Pertemuan semula kami berlaku apabila bertembung untuk memohon bekerja sebagai Pakar Kaunseling Agama di sebuah jabatan agama..


Jika kita mengutamakan cinta kita pada Allah..Allah akan menemukan jodoh kita dengan di kalangan orang yang beramal soleh...Insyallah..amin

Sabtu, 12 Mac 2011

Insan Bernama Kekasih: "Saya inginkan Wanita Solehah!"

Insan Bernama Kekasih: "Saya inginkan Wanita Solehah!": " “Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi h..."

"Saya inginkan Wanita Solehah!"




    “Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika. Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.

3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.

4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”. 

“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir. Ibu seorang kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali untuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Qadhi tanya kerja apa, ha..nak kahwin macam mana?” Begitulah bilang ibu.

Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua. Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. Ada yang mahukan keromantikan. “Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika. “Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?”Tanya balik akhawat tersebut. Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya. “Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. Kata saya dalam hati. "Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya.

Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya. Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja. Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kuikui,”. Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam. Ahhh..saya mahukan wanita solehah, tolonglah! Kenapa saya mahukan wanita solehah? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan. Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi mahukan yang solehah.

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah.“Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya.

Insan Bernama Kekasih: Dia Wanita dan Perempuan Solehah..Idaman hati sole...

Insan Bernama Kekasih: Dia Wanita dan Perempuan Solehah..Idaman hati sole...: "Wanita idaman lelaki ialah , yang hatinya disalut taqwa kepada Allah , yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam , yang sentiasa haus de..."

Dia Wanita dan Perempuan Solehah..Idaman hati soleh

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang hatinya disalut taqwa kepada Allah ,
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam ,
yang sentiasa haus dengan ilmu ,
yang sentiasa dahaga akan pahala ,
yang solatnya maruah dirinya ,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar ,
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu ,
yang sentiasa bersama kumpulan orang orang berjuang di jalan Allah .

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang menjaga tutur katanya ,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya ,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ,
yang mempunyai ramai kawan ,
dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang . 

Wanita idaman lelaki ialah ,
wanita yang menghormati ibunya ,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga ,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga ,
yang akan mendidik suami dan anak-anak mendalami islam ,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana ,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat . 

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan ,
yang hidup dibawah naungan al quran dan mencontohi sahabiyyat ,
yang boleh diajak berbincang dan berbicara ,
yang menjaga matanya dari berbelanja ,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya .

Wanita idaman lelaki ialah ,
tidak pernah membazirkan masa,
matanya kepenatan kerana penat membaca ,
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir ,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan ,
bangunnya subuh penuh kecergasan ,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan , 

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang sentiasa mengingati mati ,
yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat ,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik ,
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian . 

Wanita idaman lelaki ialah ,
yang tidak terpesona dengan buaian dunia ,
kerana dia mengimpikan syurga ,
di situlah rumah idamannya ,
dialah WANITA IDAMAN LELAKI .

Insan Bernama Kekasih: Siapa Musuh Kita?

Insan Bernama Kekasih: Siapa Musuh Kita?: "Umat Islam pada hari ini sememangnya tidak akan terlepas daripada menghadapi musuh. Di mana-mana pun kita berada musuh sentiasa ada. Sebag..."

Insan Bernama Kekasih: Bila Allah Dah Murka..Ini lah Jadinya..

Insan Bernama Kekasih: Bila Allah Dah Murka..Ini lah Jadinya..: "Kadang-kadang bila sesuatu negara telah maju dek kerana kemajuan teknologi dan menyalahgunakan hingga mendapat kemurkaan Allah..Allah telah ..."

Bila Allah Dah Murka..Ini lah Jadinya..

Kadang-kadang bila sesuatu negara telah maju dek kerana kemajuan teknologi dan menyalahgunakan hingga mendapat kemurkaan Allah..Allah telah memurkakannya..begitulah juga yang terjadi pada negara Jepun..Kita tidak bila,dimana,bagaimana,dan ditujukan kepada siapa tanda peringatan itu di lontarkan..Hanya Allah yang mengetahui keadaan itu..Dan kita sebagai manusia harus sedar akan kesilapan kita..Allah Maha Berkuasa dalam setiap peristiwa dan ujian yang diberikan kepada hambaNya..Untuk menguji dan memberi PERINGATAN kepada kita..Dunia ini hanyalah sementara..Tiada siapa yang akan hidup lama dengan kemewahan dunia ini..Bila Allah menurunkan peringatan ada manusia yang bersyukur dan ada yang menyalahkan Tuhan..Manusia yang bersyukur itu lah mengenali ketentuan Tuhannya dan manusia yang menyalahkan takdir itulah yang egonya tidak dapat menerima ujian..Kita manusia yang kerdil dan hina di hadapan Nya..Di dalam firman Allah:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Ruum : 41)


Dalam sekelip mata sahaja Allah menggunakan kuasa sahaja musnah segalanya..tiada kesempatan yang dapat diselamatkan..


Jumaat, 11 Mac 2011

Manusia Tidak Pernah bersyukur??

Kadang-kadang manusia tidak perasan dengan kata-kata atau sikapnya yang telah menolak takdir atau ketentuan Illahi kepada kita.Siapa tahu..dalam perkara kecil yang dikatakan rezeki atau nikmat Allah yang di berikan kepada kita..kita tidak bersyukur malah mengeluh..Contohnya hari ini Allah menurunkan hujan kepada semua mahluknya di bumi untuk menyuburkan tanaman-tanaman untuk menghasilkan rezeki atau sumber makanan kepada semua makhluk seperti manusia atau haiwan.Namun manusia yang di kurniakan akal fikiran tidak bersyukur malah menentang kenikmatan yang diberikan..Ada yang berkata"alaaa...kenapa lah hujan hari ini??susah la nak kerja kalo hujan turun!!!"..bohonglah jika anda tidak pernah mendengar ucapan ini..Dan ada pula "ieeee..asal la demam plak nie??aku baru jer nak kuar lepak-lepak!!"..Bila Allah di beri ujian atau nikmat..kita sebagai manusia harus mengucapkan alhamdulillah ke atas apa yang diberikan olehnya.."Ya Allah alhamdulillah Kau turunkan hujan pada hari ini..asyik panas jer..dapat la aku rehat-rehat"..."Ya Allah alhamdulillah Kau beri aku penyakit ini..dapatlah aku beringat-ingat untuk diri aku di dunia Mu..."..Tapi itu semua     tidak kita ketahuinya..sifat mazmumah telah membeku didalam hati iman kita..

Khamis, 10 Mac 2011

Siapa Musuh Kita?

Umat Islam pada hari ini sememangnya tidak akan terlepas daripada menghadapi musuh. Di mana-mana pun kita berada musuh sentiasa ada. Sebagai contoh, di negara Palestin musuh Islam adalah golongan zionis yang telah mencabul serta mengambil hak dan maruah Islam di negara tersebut. Di Barat pula, musuh Islam adalah mereka yang sentiasa cuba menyebarkan jarum-jarum propaganda yang bertujuan untuk menjatuhkan kedudukan Islam di mata dunia.
Alhamdulillah sekarang ini kelihatan semakin ramai pihak yang mula berani mempertahankan Islam daripada terus dipermainkan musuh. Semoga Allah memberkati mereka yang sentiasa berjuang dalam mempertahankan dan menegakkan kebenaran.
Namun begitu, masih terdapat ramai pejuang Islam pada hari ini yang seperti tidak mempunyai strategi dan rancangan perjuangan yang tepat. Mereka seakan-akan tiada panduan, lalu mencuba sesuatu teori dan akan menukar kepada teori lain kalau cubaan itu menunjukkan hasil yang negatif.
Sudahlah begitu, mereka pula seperti tidak sedar yang mereka mempunyai musuh yang banyak dan bermacam-macam jenis. Apabila rancangan mereka digagalkan, maka riuh rendahlah mereka mengatakan kesal terhadap musuh.
Realiti Masa Kini
"Tak patut musuh buat begitu." kata sesetengah pejuang Islam. Inilah realiti masa kini! Setiap kali musuh melakukan sesuatu yang bertujuan untuk menjatuhkan Islam, mulalah masing-masing menuding jari menyalahkan musuh. Bukankah musuh itu tugasnya menjatuhkan lawannya? Memang kerja musuh menjatuhkan lawannya. Di atas kejatuhan itu mereka dapat bertakhta dengan gagahnya.
Pejuang Islam hari ini kelihatan seolah-olah tidak bermusuh ketat dengan musuh Islam. Sebab itulah mereka tidak berfikir taktik apa yang perlu digunakan untuk menghadapi musuh. Yang mereka buat ialah marah kepada musuh kerana menggagalkan rancangan mereka, menyekat dan mengugut dengan memulaukan musuh.
Mereka harap dengan marah-marah begitu, musuh akan kasihan dan berpihak kepada mereka. Barulah musuh hendak bantu dan tidak lagi menghalang perjuangan mereka.
Kasihan pejuang Islam. Kita maki hamunlah dan berdemonstrasilah bagaimana dahsyat sekalipun, musuh tetap tidak akan menyokong, membantu atau berjuang macam kita. Bahkan mereka akan bertambah gembira kerana perbuatan mereka telah berhasil dalam menakutkan dan menggagalkan kita.
Dan selepas itu, mereka mungkin akan mengatur rancangan dan strategi yang lebih besar dan lengkap lagi, supaya matilah perjuangan Islam, terkunci mulut pejuangnya dan terhentilah segala aktiviti perjuangan Islam.
Marahkan nyamuk, kelambu dibakar
Orang yang menyalahkan musuh samalah seperti orang yang menyalahkan nyamuk kerana menggigitnya. Makilah nyamuk sebanyak manapun, kita tetap akan digigitnya juga sebab itu sememangnya kerja nyamuk. Kalau kita tidak berbuat apa-apa kepada nyamuk tersebut, dia akan menjadi suka dan bolehlah dia meneruskan aktiviti menghisap darah kita tanpa apa-apa halangan.
Sepatutnya kita lawan nyamuk itu dan katakan kepadanya, "Wahai nyamuk, jangan engkau gigit aku. Sebab engkau hanya boleh ambil sedikit darahku tapi aku boleh ambil nyawamu." Sekiranya nyamuk itu menggigit juga kerana tidak sedar diri, tunggu apa lagi?
Bunuh saja! Biarkan ia menjadi perhatian nyamuk-nyamuk yang lain agar mereka tahu hukumannya. Namun nyamuk yang lain juga pasti tidak akan mengalah dan tetap ingin menghisap darah kita. Maka kita pun begitulah sepatutnya. Jangan mengalah dan kasihan kepada nyamuk. Jalankan tugas kita! Kalau pun tidak sampai hati hendak bunuh, pasanglah kelambu atau ubat nyamuk. Barulah nyamuk tidak boleh gigit kita.
Demikianlah sepatutnya dengan musuh. Mereka tipu kita, kita tipu mereka. Mereka atur strategi, kita pun atur strategi. Mereka halang perjuangan kita, kita pun halang perjuangan mereka. Mereka membangun, kita pun membangun, malah kalau boleh biarlah jauh lebih baik daripada mereka.
Itu barulah namanya perjuangan! Kalau setakat menyalahkan musuh dan berharap musuh tidak tewaskan kita, itu langsung tidak akan menjejaskan musuh, malah lebih memberikan keuntungan kepada mereka. Ingat, jangan salahkan musuh saja tetapi bertindaklah.

Cinta ILLAhi......

Indahnya kasih Ilahi,
Sucikan dengan kewajipan,
Kau rasai satu kenikmatan,
Hidup dibawah taklukanNya...
Hiasilah diri dengan keimanan,
Tingkatkan ketaqwaan,
Tunaikanlah kewajipan,
Pada Allah yang menciptakan...
Semesta...
Warnailah kehidupanmu,
Iman itu mutiara penghias diri,
Peliharalah ia dengan kesungguhan,
Demi cintamu pada Allah...
Ya Rahman...
Dia yang memberi,
Dia Maha mengasihi,
Bersyukur cara terbaik,
Semakin kau meminta padaNya...
Moga dikau akan merasai,
Betapa indah kasih Ilahi,
Ku yakinkan kau akan dirahmati...
Betapa indahnya nikmat Ilahi,
Memohon doa kepada Tuhan,
Rasul junjungan diteladani,
Dunia akhirat kita imbangi...

Konsep Pertunangan Dalam Islam..

Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.
Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi  silapnya pada masa kini,  fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.
Konsep Pertunangan
Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah  pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.
Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Jauhi Perkara Zina
Kebanyakan umat Islam hari ini menganggap penzinaan itu adalah semata-mata melakukan persetubuhan haram. Sebenarnya, bukan perbuatan zina itu sahaja yang dilarang keras tetapi kelakuan dan tindak tanduk yang mendorong berlakunya perbuatan tersebut. Maksud perkataaan zina itu luas yang mana meliputi semua aspek perlakuan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Zina kedua-dua mata itu memandang perempuan yang ajnabi, zina kedua-dua telinga itu mendengar, zina kedua-dua tangan itu menyentuh, zina kedua-dua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini dan menangan-angankannya." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Jelaslah kepada kita semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan yang sudah akil baligh dan bukan mahram termasuklah yang sudah bertunang atau tidak, melainkan yang sudah berkahwin adalah dikira zina. Ia adalah perkara-perkara yang membuka peluang dan menimbulkan dorongan sekali gus memberi laluan mudah kepada pasangan bertunang untuk melakukan permulaan zina. Ini kerana, mereka telah meletakkan diri mereka berdua-duaan di suatu tempat dan seterusnya mendorong melakukan kemuncak kepada perbuatan yang terkutuk. Apabila berdua, maka akan ada yang ketiga.
Rasulullah SAW telah bersabda, "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan wanita, sesungguhnya yang ketiga di antara mereka berdua adalah syaitan." (Hadis Riwayat Imam Ahmad).
Ramai Bersubahat
Larangan berdua-duaan dan perlakuan yang membawa kepada perbuatan zina itu bukan sahaja ditujukan kepada pasangan yang bertunang sahaja tetapi termasuklah orang-orang sekeliling yang turut terbabit atau bersubahat. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa mereka secara tidak langsung terlibat dengan perlakuan yang hampir kepada zina. Contohnya dalam kalangan ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak teruna dan gadis mereka keluar berdua-duaan. Kononnya,  ibu bapa yang 'sporting' dan memberi kebebasan serta kepercayaan kepada anak-anak mereka.
Kerana ceteknya ilmu agama dan terpengaruh dengan amalan dan budaya sosial Barat yang moden dan terkini, mereka tidak mahu dipandang kolot dan dan dilihat alim. Ramai yang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa dan sudah menjadi tradisi malah selari dengan zaman moden sekarang ini. Tambahan pula, ada ibu bapa yang sengaja membiarkan anak-anak berdua-duaan dengan tunang dan kekasih mereka kerana mengingatkan manisnya zaman percintaan mereka semasa muda dahulu dan ingin anak-anak mereka merasai nikmat alam percintaan sebagaimana mereka dahulu.
Bertunang Bukan Tiket Buat Maksiat
Fenomena keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan muda mudi sekarang khususnya yang beragama Islam boleh menyebabkan merebaknya kelahiran anak luar nikah dan sebagainya. Itu adalah antara bukti-bukti penerimaan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kepada aktiviti berdua-duaan pada pasangan bertunang. Jangan biarkan diri terhantuk baru tengadah. Sedarlah, pengaruh budaya barat dalam bidang sosial ini harus dianggap sebagai virus berbahaya yang merosakkan budaya Islam sekaligus meruntuhkan kekuatan umat Islam.
Oleh itu, walaupun sudah bertunang, jangan anggap ia sebagai tiket untuk berdua-duaan dan menghalalkan segala bentuk perhubungan sebagaimana suami isteri. Pastikan jalinan hubungan cinta itu tidak melanggar hukum Allah dengan tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan, tidak mendedahkan aurat, tidak meninggalkan solat dan sebagainya. Jangan jadikan hubungan tersebut perkara yang melalaikan dan merugikan. Kita masih belum menjadi hak milik pasangan kita sepenuhnya. Jagalah maruah agama, diri dan keluarga. Jangan disebabkan racun dalam percintaan ini disangka baja dan mampu menyuburkan hubungan yang dibina berkekalan kerana setiap apa yang berlaku berbalik kepada ketentuan Allah.
Cinta yang suci dan terpelihara pasti akan membawa pasangan yang sudah bertunang ke gerbang perkahwinan sehingga kemanisannya dan kebahagiaannya tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ketika itulah fitrah menjadi anugerah.

Gambar Wanita Islam Di FaceBook??

Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.
Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."
Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..
Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.
Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!
Jalan Penyelesaian?
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.
Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.